Followers Remaja Purba

Wednesday, December 20, 2017

Kembalinya dak Nuha ke pangkuan Mak Budak



Alhamdulillah..
Selamat tiba di kampung pukul 1:20am awal pagi tadi.  Surprise kan dak Nuha.. biar dia bangun dari tidur tengok ibu dengan Babah ada di sebelah dia.


DAN..
Aku dah bersedia untuk mendengar segala celotehnya sepanjang dia bercuti balik kampung Pak Busu aku di Melaka ni.

Tahap kerinduan aku akhirnya hilang bila dapat bertemu mata dengan dak Nuha. Bukan sejam.. bukan sehari tapi sembilan hari beb tak dapat jumpa. Telefon..? Ni tak boleh buat sebab kerenah dak Nuha boleh meragam tantrum tak hagak kalau dengar suara aku. Nanti satu kerja pulak aku kena berlarian balik Melaka untuk memujuk.

Sesekali lepaskan pergi biar dia boleh berdikari. Kalau balik kampung Babah dia dah biasa sangat, masih dalam bandar.. ni kita bagi ruang yang lagi besar untuk dia bergelumang dengan suasana kampung yang jauh dari menarik dari bandar. Paling best dan awesome dah tentu jadi cucu kesayangan. OK.. part ni aku cemburu.. wakakaka..


Babah dak Nuha?
Jangan ingat orang lelaki ni pandai sembunyikan rahsia hati. Dengan anak boleh kalah beb..!  Lagi hebat rindunya dari rindukan Mak Budak.. Kahkahkah..

Anak Babah..
Rinduler tu.. kihkihkih..


Dak Kakak dengan dak Adik?
Deme berdua ni takde perasaan rindu dekat adik deme tu. Lagi suka kalau dak Nuha tinggal lagi lama dekat kampung tapi bila lama takde tahu pulak bertanya bila dak Nuha nak balik rumah. Wah! Senanglah korang nak buli dak Nuha ye.

Aku..?
Dah tentu rindu tapi buat rileks, buat cool je.. walhal hampir setiap hari bertanyakan keadaan dak Nuha dekat kampung.. huhuhu.. Jangan nak membongaklah kalau kata tak rindu dekat anak sendiri..


Last but not least..
2nd boss Bahagian aku tegur aku semalam.. 'kali ni kerap pulak awak cuti ye..?' Berkebetulan aku baru cuti rehat yang agak lama menjaga dak Adik yang bersunat di SINI dan menjayakan kenduri berkhatan beliau di SINI.. tapi bukan selalu boss.. ni kali pertama kot saya cuti agak kerap. Maklumlah.. aku ni jarang cuti pendek atau panjang.. sesekali 'balas dendam' asyik aku je yang kena.. hehehe..



StatusHati: Celik mata dak Nuha mula mengomel dah..



4 comments:

norhidana miswan said...

seronokla si dak nuha tu, celik2 mata tgk mak pak nya dh ada kt sebelah...

msti rindu kt celoteh dia kan kak, klu tak hari2 dgr... ni berhari2 tak dgr... mak mana tak rindukan anak nya kan...

kalau cuti masih banyak apa salahnya amik cuti kan kak... hak kite gitu

Ann Ishak said...

biasanya macam tu la, jarang bercuti tapi sekali ambik cuti mesti ada yang perasan :D

Kakcik Nur said...

Rindu hati ibu, anak-anak tak pernah tahu...

Mummydearie said...

Ohhh... dah tamatlah tidur honeymoon berdua? Hahaha!

Kira you boleh juga tahan berpisah 9 hari dengan Dak Nuha walaupun rindu membara katanya. Kalau I lah, memang sehari pun tak boleh tahanlah. Anak tak meragam, I pulak yang nangis-nangis nak balik tengok anak nanti!

Mesti macam-macam cerita Dak Nuha nak kasi tahu kat Ibu dan Babah tersayang ni. Tahan ajelah telinga ya dengar celotehnya nanti.

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...