Alhamdulillah.. selesai sudah kenduri berkhatan dak Adik dan dua orang sepupunya di rumah my SIL pada 2 Disember 2017 (Sabtu) lepas.
Terima kasih buat semua adik-beradik ChefHubby dan ipar semua serta jiran di rumah mySIL di atas bantuan yang dihulurkan. Terima kasih juga buat semua tetamu yang hadir.. kami mohon maaf andai ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung. - FB.
Entry kali ni lebih kepada di sebalik tabir sebelum, semasa dan selepas kenduri tersebut.
Dua hari sebelum dak Adik disunatkan, kami mengambil peluang mengemas belakang rumah bagi nampak bersih sikit dari sebelum ni. Takdelah semak dan lalang membiak dengan jayanya. Sejuk dan tenang sikitlah bila tiap kali buka pintu belakang rumah kan..
Moga pokok serai wangi ni membesar dengan baik hendakNYA.
Penunggu setia..
Belakang rumah kami ni memang banyak kucing. Asal buka je pintu dapur pasti tersembul kucing-kucing menunggu habuan dari kami. Tiap kali aku bagi kucing-kucing ni makan, pakej aku minta doakan aku dan keluarga sihat..
MALAM SEBELUM KENDURI..
Sibuk bergotong-royong..
Menu malam ni Asam Pedas Jenahak..
Asalnya mySIL nak guna khidmat catering tapi aku tak nak sebab chefHubby pernah cakap pada aku yang dia lebih suka masak sendiri.. 'kalau takde orang tolong pun takpe, abang boleh buat sendiri.' Bukan sombang tapi sebenarnya lebih kepada kami nak guna semua peralatan yang ada di rumah untuk majlis tersebut, tak perlu pinjam dari sesiapa. Yelah, bila lagi nak guna kan.. inilah masanya.
Pelamin by #AndamanSirehPersona mySIL
PAGI SEBELUM KENDURI
Masak-memasak kita serahkan pada orang lelaki..
Menu kenduri:
Nasi Hujan Panas
Kari Kambing
Ayam Masak Merah
Jelatah
(Maaf, tiada gambar)
HARI KEJADIAN
Dak Adik dan kedua-dua sepupunya di arak menuju ke pelamin untuk diraikan.
Sesi makan beradap bersama kawan-kawan..
Menu:
Kerapu masak stim
Udang galah
Ayam bakar
Ikan Jenahak masak tiga rasa
Pulut kuning
Sesi bergambar bermula..
Bersama blogger kak Hamidah Jamil
Terima kasih kak sudi datang..
Bila bapak budak kena paksa bergambar dengan #MakBudak.. hahaha..
Cenderahati yang rare untuk tetamu.
Telur dibungkus menggunakan tisu.. legend tak..
SELEPAS KENDURI..
Selesai sudah..
Lega dah selesai.. Alhamdulillah..
StatusHati: Terasa tak puas makan kari kambing chefHubby.. hehehe..
tahniah dak adik dah masuk jawi.
ReplyDeletemeriah, mmg betul2 di raikan dak adik kali nih...
ReplyDeletekalah pantin... menu pun superb2...
heee sentiasa terliur bila nmpk gmbr makanan
ReplyDelete