Followers Remaja Purba

Monday, December 14, 2015

Habis buruk kecut dah..


Sabtu - 12 Disember 2015..

Percubaan demi percubaan akhirnya membuahkan hasil yang sangat membanggakan..
Tahniah buat Pasukan Selangor yang telah memenangi Piala Malaysia buat kali ke 33..
Walau menang tapi keadaan padang yang teruk buat aku tak cukup stim untuk menontonnya.
Dan mungkin sebab tu pasukan Kedah tak mencapai klimaks seperti yang diidamkan..


Ahad - 13 Disember 2015..

Dak Kakak dan dak Adik selamat sudah mengikut my SIL and family bercuti di The Lost World of Tambun..
Huntunglah korang.. tinggal dak Nuha sensorang..

Sementara aku dok menyibuk membantu mengemas barang kenduri.. part ni kalau aku rajin ada masa nanti aku cerita..
Anak-anak jiran dok sibuk mandi kolam..
Dak Nuha tak cukup kental jiwanya.. tak senang duduk nak main air..
Awalnya.. biasalah aku tak bagi, rupanya hati aku yang tak cukup kental..

Bila dah cukup lama dak Nuha mandi, ajak balik pun tak nak, kupaksa sudahnya. Lepas bersihkan diri dia, dalam nada mengusik..

'Habis buruk kecut dah jari Nuha..' Dak Nuha cuba pegang aku tapi aku saje elak..
'eeee.. jangan pegang ibu..' Apalagi bertambah kuatlah dia menangis..
Makin galak aku menyakat dia, 'itulah, padan muka habis kecut dah semua jari..'
'Ibu yang bagi Nuha mandi' ooo.. pandai ye nak salahkan ibu..
'Ibu bagi mandi sekejap je, bukan berjam-jam sampai kecut.'
Tersedu-sedu dia menangis risau jari tangan dah tak cantik..

Kahkahkah.. tahu kau takut ye..


StatusHati: Saja nak highlight.. Selangor cuti..


10 comments:

  1. SELAMAT BERCUTI SAMBIL MELAYAN DAKNUHA...

    ReplyDelete
  2. Takut betul Nuha jari gebus dia kecut haha...

    ReplyDelete

  3. bdk2 kalu dh jumpa air mana lah ingat nk naik... lagi2 bila ada kawan berendam lah dia

    ReplyDelete
  4. kalo anak lelaki lagik kecut telor., harhar2

    wahh sonoknyer yg lain2 gi tambun tuu ;)

    ReplyDelete
  5. Siaan... takut si budak Nuha..Ibuuuu memang kaan

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...