Followers Remaja Purba

Thursday, December 24, 2015

Dedikasi buatku Ayah


The only man never ever hurt my heart is My Father..

Dedikasi buatmu Ayah..
Ayah seorang yang pendiam.. tak banyak cakap..
Ayah bukanlah berjawatan tinggi, hidup sederhana..
Ayah bukan jenis suka memukul anak-anak..
Ayah sangat penyabar orangnya..
Ayah banyak memendam perasaan..
Ayah pandai menyimpan masalah jauh dari pandanganku..
Tak pernah kudengar ayah merungut apatah lagi meninggi suara.. 


Zaman Kanak-kanak..
Aku tak rapat dengan ayah.. ketika itu aku tinggal di kampung..
Ayah hanya dapat pulang sebulan sekali menjenguk aku dan adik di kampung.. 


Zaman Remaja Purba..
Aku semakin mengenali ayah..
Walaupun ayah tak tunjukkan kemesraan pada kami tapi kasih sayang ayah tak pernah terbahagi..
Ayah yang melayan kami seadanya..
Ayah yang sesekali suka mengusik menyakat kami..
Teringat waktu aku demam panas..
Pukul 2 pagi ayahlah yang bawa aku ke klinik untuk dapatkan rawatan..
Ketika itu hanya motor nadi pengangkutan utama ayah..


Zaman Mak Budak..
Inilah permulaan kehidupan..
Barulah kutahu bagaimana susahnya hidup bersama dengan lelaki lain..
Betullah kata orang tua..
'Selepas berkahwin barulah hijab sebenar pasangan terbuka'
Bila dah ada anak.. barulah kutahu bagaimana susahnya ayah mencari sesuap nasi untuk kami dahulu..
Barulah kutahu 'bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah..'
Aku paling suka mengusik ayah dengan meminta beliau mencium pipiku..
Dan hanya ayahlah satu-satunya lelaki yang tak pernah menyakiti hatiku..
You are my real HERO Ayah..



Buatmu ayah..
Terima kasih ayah..
Terima kasih kerana membesarkan aku dan adik..
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah kami..
Terima kasih kerana menjadi wali kepadaku..




StatusHati: Ayah.. along rindu.. rindu sangat-sangat..



4 comments:

  1. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga kasih Ayah Tiada Tolok bandingnyer., huhu2

    ReplyDelete
  2. Kata-kata "ayahlah satu-satunya lelaki yang tak pernah menyakiti hatiku" yg diulang sebanyak 2 kali seperti membawa makna tersirat. Tentu "lelaki yang pernah menyakiti hatiku" akan sedikit tercabar jika membaca teks ini...

    ReplyDelete
  3. cita cita uncle ialah boleh menjadi sebaik ayah kamu...

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan saya, arwah abah saya adalah lelaki terbaik dalam dunia yang saya pernah jumpa. Abah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab, seorang ayah yang sangat mengambil berat tentang kehidupan anak-anaknya. Walaupun abah saya sangat garang, sejujurnya saya tahu hati abah tersangatlah baik.

    Sudah bertahun-tahun lamanya abah pergi tapi dalam hati saya ni kasih-sayang yang pernah dicurahkan beliau tetap kekal tak berubah. Rindu sangat pada arwah abah.

    Selagi ada ayah, sayangilah beliau Aiza. Bila kita dah kehilangan, barulah kita tahu erti rindu.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...