Followers Remaja Purba
Friday, December 11, 2015
Bila Virus Rajin menguasai diri
Malam tadi..
Bila virus rajin menguasai diri..
Habis semua isi dalam bilik tidurku ku alihkan..
Itupun atas bantuan hubby dan dak Kakak..
Aku buat sendiri..?
Pinggang masih belum pulih dah terima beban..
Mahu lepas tu kena check in atas katil hospital..
Pagi tadi..
Gara-gara semalam aku takde ambil heavy meals, bukan setakat lapar migrain turut menyerang..
Pukul 10:30 am dah siap menu lunch, terus makan untuk tenaga seterusnya..
Nampaknya aku masih disampuk dek virus rajin..
Dalam sakit tak selesa, kugagahkan mengemas bilik dak Adik keseorangan..
Totally berubah 360° aku buat..
Barulah puas hati..
Cuma bilik dak Kakak je aku tak buat lagi..
Migrain makin kuat melawan virus rajin aku..
Ambil peluang bersihkan diri..
Diikuti dengan minum air suam bercampur dengan madu kelulut dan perahan lemon..
Dak Nuha pulak aku cuma layan seadanya..
Syukur dia tak banyak ragam, leka dengan mainan legonya..
Aku cuma mampu bertahan, cuba mengelak cahaya dari terkena mata.. dah macam pontianak lak takutkan cahaya..
Cepatlah kau pergi Migrain, terganggu rutin harian aku..
StatusHati: Moga DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang menyambut hari keputeraan yang ke-70 dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian baginda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ingatan Purba
The author will not be responsible for any comment left by the readers.
Please comment using polite language.
Thank you.
Ohhhh...PJ cuti...ptut la rajin...jeles....
ReplyDeletemood rajin kalau dtg xboleh dilarang ai.
ReplyDeleterajinnyeeee :)
ReplyDeletehuuuu selalu gitu kan. time kita tengah rajin la segala virus pun rajin nak menghingap kita ni haaaa
ReplyDelete