Followers Remaja Purba

Thursday, December 31, 2015

Azam Tahun 2016..?


Bila nak masuk tahun baru, macam-macam azam kedengaran.
Aku..? Senyum jelah..
Azam..?
Tak suka nak letak harapan, tak nak kecewa..
Aku lebih suka ianya datang secara semulajadi..
Dalam diam nampak hasilnya..

Antara yang berjaya dalam diam..
Kisah diet yang tak berapa nak diet aku di SINI.. sekarang tinggal nak maintain je..
Tahun depan nak kurus lagi..?
Mungkin..
Aku tak letakkan sebarang harapan tapi tunggu tahun depan..


Entry terbanyak setakat ni kalau nak dibandingkan tahun-tahun sebelum ni..
Tiap entry semuanya ada kenangan tersendiri..
Malah masih ada entry yang tertunda masih belum sempat nak publish..
Sebenarnya aku malas nak pilih edit gambar.. kihkihkih..

Selain itu, sepanjang tahun 2015 ni adalah sejarah juga buat diriku..
Tak pernah menggunakan cuti sakit yang diperuntukkan sepanjang tahun..
Mengulang rekod yang pernah kubuat dulu..
Demam, tak sihat tu normallah..
Sakit pinggang sampai dapatkan rawatan di hospital tu pun aku tak reti nak buka mulut minta sijil sakit dari doctor..
Entah.. muka tak pandai nak 'mengayat' doctor kot..

Dan.. menjelangnya tahun 2016 bermula esok.. aku nak sematkan dalam diri;
Pentingkan diri sendiri dulu sebelum sibuk nak fikirkan hal orang lain..
Aku tak harapkan balasan atas pertolongan yang dihulurkan tapi kecewa rasanya bila terkena..

 
StatusHati: Sejarah tetap tinggal sejarah tapi ianya boleh berulang dengan izin dariNYA.



13 comments:

  1. Setiap kita mengharap semoga hari-hari yg mendatang semuanya menjanjikan yg baik-baik belaka.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru mak aizamia tuuu ;p

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2016 kak...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru 2016 Aiza...moga apa yang adek ingin kan akan terlaksana pada tahun itu nnti....Insyaallah

    ReplyDelete
  5. Samalah..tak tahu nak berazam apa...

    Selamat tahun baru aiza

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru. Semoga tahun depan beroleh kejayaan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru 2016. semuga menjanjikan yg baik2 saja..

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baru 2016 Aiza..
    Semoga tahun 2016 lebih suksess lagi ;)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Tahun baru azam pun baru...biasalah tu..Insyalah azam yang baik dapat pahala kerana ia seumpama niat..niat untuk buat baik dah dapat satu pahala...Apapun semoga tercapai azamnya..selamat tahun baru 2016M

    ReplyDelete
  10. Saya tak pernah pasang azam sebabnya buat penat aje berazam di malam tahun baru tapi very rare lah dilaksanakan. Cumanya berharap agar tahun ini saya jadilah insan yang lebih baik lagi berbanding dulu. Bukannya dulu tak baik, cuma nak jadi lebih baik lagi ^_^

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...