Followers Remaja Purba

Friday, January 1, 2016

Makna sambutan Tahun Baru 2016 pada aku..?


Setiap tahun punya sejarah tersendiri..
Kita tak tahu apa akan terjadi untuk tahun mendatang..

Alhamdulillah..
365 hari telah dapat kita lalui bersama..
Banyak sejarah tercipta.. ada yang berulang.. ada yang terpinggir..
Bukan mudah nak lalui andai tiada kekuatan..
Bukan mudah nak atasi andai bukan izin dariNYA..

2015..
Banyak kenangan pahit terselit.. terbeban di pundak..
Hampir hilang fokus seketika..
Terus bertahan walau sesulit mana sekalipun..
Moga yang pahit itu akan hilang seiring dengan pemakanan yang sihat peredaran masa..

Dan..
Makna sambutan Tahun Baru 2016 pada aku..?
Sangat bermakna kerana ketika orang lain sibuk nak sambut tahun baru, tapi aku hanya terbaring atas katil.. tetiba rasa dedo macam nak demam, siap berselimut berstokin bagai..
Ok.. itu malam tadi..

Tapi 1 Januari.. adalah tarikh aku selamat diijabkabulkan..
Dan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami..
Buatmu..
Happy anniversary to you my chef Hubby..
Kekalkan momentum yang ada hingga ke akhir hayat..


Gambar kiri kisah di SINI..
Gambar kanan kisahnya di SINI..
Motif: Nampak tak.. nampak tak.. #miahahaha..


Terima kasih atas segalanya buat my chef Hubby..
2016.. Kita buka sejarah baru..
'Hadiah mana bang..?'
'Anak boleh..?'
Krik.. krik..


StatusHati:Moga 2016 ni lebih membahagiakan kita semua dan mencorakkan sesuatu yang indah sebagai kenangan.



11 comments:

  1. selamat tahun baru, tahniah anniversary keberapa tuuh., hehe2

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semoga terus berbahagia
    Selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak.

    ReplyDelete
  3. ASSALAM..TAHNIAH SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN DI TAHUN BARU...MOGA KEKAL BHGIA BERSAMA HINGGA SYURGA...

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru dik...moga di tahun baru ni kite melangkah dengan penuh rahmat dan nikmat kurnian Allah...happy annivesary moga bahagia sampai jannah

    ReplyDelete
  5. Happy new year and happy anniversary.
    Semoga berbahagia hingga ke Jannah :-)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. semoga kekal berbahagia hingga akhir hatat.
    Selamat ulangtahun perkahwinan..

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru dan selamat ulang tahun perkahwinan.

    ReplyDelete
  8. selamat tahun baru..moga segala impian tertunai..amin

    ReplyDelete
  9. Selamat tshun baru 2016, moga tahun 2026 lebih baik daripada tahun 2015.

    ReplyDelete
  10. salam singgah dari blog kak mia.
    semoga dipermudah Allah urusan kita pada tahun ini, Aamiin.

    -cahayakehalusankelembutan.blogspot.my-

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah! Semoga kekal bahagia bersama anak-anak tersayang. Selamat ulangtahun perkahwinan ya!

    Itulah siapa suruh minta hadiah. Kan dah kena beri hadiah istimewa. Kena berusaha lebihlah kalau macam tu ^_^

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...