Followers Remaja Purba

Wednesday, May 13, 2015

Karnival Agrotaman 2015 di Taman Botani Negara Shah Alam


Ahad.. 10 Mei 2015

Ramai yang ambil peluang update status sempena Hari Ibu..
Aku..?
Tiap-tiap hari adalah Hari Ibu..
Tanpa Mak Budak ni sunyi sepilah rumah..
Bebelan dirumah menjadi muzik yang mendamaikan halwa telinga anak-anak gamaknya..


Pagi tu..
Selepas sarapan.. aku dan family kecikku terus ke Taman Botani Negara Shah Alam..
Subject utama aku nak berjumpa dengan seseorang di sana..
Gigihlah semuanya demi menjayakan misi aku ni..


Selepas bertahun aku tidak ke sini..


Buat julung kalinya..
Pertama kali hubby dan anak-anak ke sini..
Aku suka tempat macam ni.. sunyi.. jauh dari hiruk-pikuk kota..
Tapi masa hari kejadian takde sunyi mana pun..
Ramai orang dengan pelbagai aktiviti masing-masing..

Aku takdelah enjoy mana pun..
Geram dengan kerenah dak Nuha yang meragam luarbiasa..
Berterima kasih pada hubby yang berjaya memujuk dak Nuha..


Berjaya memujuk kan..?


Masa ni hari belum betul-betul panas.. dalam pukul 10am gitu..
Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha je yang conquer tempat mainan tu..
Berpeluh sakan dorang.. dengan aku berjemur sekali.. tukang amik gambar dorang..
Ngam-ngam anak-anak stop main, ramai budak-budak terjah mainan tu..
Fuh.. selamat..

Kitorang cuma sempat pergi ke Taman Haiwan dan Taman Iklim Sederhana Empat Musim je..
Kalau ikutkan rasa hati, semua tempat aku nak jelajah tapi sebab anak-anak yang tak bagi kerjasama yang baik, itu jelah tempat yang sempat dijelajah..

Bayangkan.. dari pintu masuk sampai ke Taman Iklim Sederhana Empat Musim tu, kitorang jalan kaki..
Siapa yang pernah ke Taman Botani Negara Shah Alam tu pasti tahu berapa jauh..
Kalau ikutkan tak penat tapi sebab adanya dak Nuha yang meragam tu, jarak yang dekat terasa jauh..


Kawasan berhampiran Taman Iklim..


Sampai juga akhirnya..


Dak Adik yang terasa nak mandi je dalam kolam tu.. sebab dah berpeluh kepanasan..
Ni kalau biarkan, mahu dorang selamba terjun dalam kolam tu..
Nasib baik dah beli tiket sesiap masa dekat pintu masuk sebab ada yang tak beli tiket dengan harapan dekat kaunter masuk Taman Iklim tu ada jual..
Fuh.. selamat kami..


Musim bunga..


Memasing bukan nak tengok sangat pun bunga tu tapi lebih kepada nak sejukkan badan..
Dak Nuha meragam lagi berebutkan handphone nak ambil gambar..


Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha..


Ok.. jom kita balik.. kali ni naik bas..


Sampai kat pintu masuk, kitorang singgah di Karnival AgroTaman 2015 ni..
Sebenarnya masa sampai pagi tu, dah singgah dah beli dan dah jumpa orang yang aku nak jumpa tu.. Sebelum balik kita jumpa lagi.. wefie dengan dak Nuha..


Pemandangan waktu pagi sebelum majlis perasmian..


Bersama Owner DreamyTreatBakeryStudio Fiza Zahari wife blogger DaddyZiyyad..
 Berjumpa juga kita akhirnya.. cuma frust tak dapat jumpa anak bujang bertiga tu..
Dak Nuha yang dah kepenatan sebenarnya, suruh senyum pun takmo dah..

Macaron beliau super duper yummilicious ai tell u..
Siapa suka macaron less sweet bolehlah contact beliau..


Murah.. dan buahnya besar..



Setengah hari kenangan di Taman Botani Negara Shah Alam yang eeerrrr.... eeeemmm..
Next time aku nak repeat lagi ke situ tapi nak pergi time tak ramai orang, nak bagi anak-anak rasa kayuh basikal..
Hari tu aku tak bagi sebab orang terlampau ramai, takut anak-anak terlanggar orang yang lalu-lalang atau jatuh basikal..
Next time.. entah bila..




psstt: Rindunya aku pada dirinya..


8 comments:

  1. Wah mcm bestje...teringin nk pi...dulu zaman sekolah rendah ada la pergi sini ikut rombongan sekolah...ni dh tua bangka x pernah jejak lg....

    Ehem!!! Rindu sapo tu?

    ReplyDelete
  2. 1- Saya sendiri, first time ke situ minggu lepas! hahaha

    2- TQ sebab sudi singgah booth wife saya, dan beli macaron.

    3- Saya pun teringin nak ke sana lagi, nak kayuh basikal..jalan2 secara santai.

    ReplyDelete
  3. mintak MC tak kat DR daddy ziyyad tu ...heheheh

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masuk lg ke Taman Botani ni, bila balik sana sll tak sempat..huhu.. seronoknya jumpa isteri Doc ya.. teringin nak rasa macaroon yg dijual beliau...:)

    ReplyDelete
  5. depa tanam tulip eh dalam RISEM tu?

    ReplyDelete
  6. kesiannya mesti penat dan kurang syok bila salah sorg anak meragam huuuu. mujur mission imposible jugak kalau tidak lagi frust ibu hihihhihii :p

    ReplyDelete
  7. Assalam aiza,
    aloloooooooooo
    hari bad mood dak nuha yer he3
    besala bebudak kan3

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...