Followers Remaja Purba

Wednesday, April 30, 2014

April meninggalkan kita..



Sekejap masa berlalu.. dah nak masuk bulan Mei..



Kepada yang kurang sihat..
Moga cepat sembuh hendakNYA..


Kepada yang sedang memandu..
Berhati-hati ketika memandu.. peka dengan keadaan sekeliling..


Kepada yang sedang membaca entry ni..
Ketahuilah.. aku cuba perlahan-lahan untuk singgah ke teratak kalian..





psstt: Sepatutnya ada entry bergambar tapi gambar yang ada merajuk takmo munculkan diri dalam entry hari ni..




Tuesday, April 29, 2014

Rutin harian kembali normal..



Kembali bersiaran selepas bergedik santai dengan keluarga di kampung..


Memandangkan ibu baru masuk kerja hari ni, maka saya akan menemani auntie dan uncle semua di sini..






psstt: Moga kita semua beroleh kesihatan yang baik dalam menjalani rutin harian.. insyaAllah..



Saturday, April 26, 2014

Ni bukan terapi minda namanya..



Kisah semalam..

Aku cuti menguruskan beberapa perkara.. ada yang selesai.. ada yang tidak.. juga hari yang memenatkan..
Memandangkan dak Kakak dengan dak Adik sekolah, hanya dak Nuha peneman setia aku dan hubby..
Puas dia berjalan sakan semalam dan malam tadi dia paling awal tidur kat rumah atoknya..



Sebahagian kecil memori semalam..

tangan gebu dak Nuha..
Pertama kali makan tengahari di Secret Recipe.. sambil berborak panjang dengan satu-satunya adik aku..



Terima kasih ye Nuha sebab tak meragam..


Petang pulak..
Aku singgah di Shah Alam.. 


dalam perjalanan balik, jangan kata aku penat.. dak Nuha lagilah.. lena sepanjang jalan..



Malamnya pulak..
Tak jadi sambut birthday dak Nuha kat rumah MIL.. MIL kata tak payahlah beli kek sebab takde orang.. kebetulan semua tengah sibuk dengan urusan di luar rumah..
Hanya sedikit makanan yang dibawa ke rumah MIL..


Hampir lewat malam tadi..
Aku ditemani hubby dan adik ipar ke uptown Seksyen 24 Shah Alam..
Masa ni tak bawak dak Nuha sebab dia dah tidur.. kalau tak.. bergilir-gilirlah jawabnya dukung dak Nuha.. kihkihkih..
Dalam pada cuci mata tu, ada gaklah sambar dua tiga barang yang berkenan di hati..


Lewat tengah malam..
Layan pulak makan tosei dan ayam tandoori kat Glenmarie Shah Alam sebelum balik rumah MIL..

kuah hijau tu tak 'kick' pulak kali ni..
tukar tukang masak ke..? Frust aku..





psstt: Plan nak ke Semenyih terpaksa ditangguhkan..




Thursday, April 24, 2014

Menyambut Hari Lahir dak Nuha..



Kisah semalam..

Walaupun sederhana dan tak semeriah mana.. hanya family pengasuh dan nenek sedara yang dijemput tapi tetap meninggalkan kenangan manis buat kami..
Plan asal nak sambut kat rumah MIL tetap akan diteruskan malam esok.. kembang lagi mak budak jawabnya..




Sebahagian kecil moment bersama dak Nuha..

 Kita suruh dia posing bergambar, dia pulak amik gambar kita..



Udang goreng tepung..
psstt: dalam FB aku boleh salah letak caption 'sotong goreng tepung'.. huhuhu..


Menu yang mudah dan disukai anak-anak..


Dak Nuha dah tak sabar nak makan..


dak Nuha bersama dak Adik..



Kek bukan tajaan dari King's

Kek biasa tapi aku suka 'minion' tu.. kehkehkeh..


 
Birthday Girl yang takut nak tiup lilin..



Sebenarnya aku tak pernah beli kek yang ada gambar bagai ni..
DAN..
Gambar semasa makan lupa nak amik..







psstt: Esok hingga Isnin aku akan bercuti rehat menguruskan beberapa perkara berkaitan keluarga sebelah aku..




Wednesday, April 23, 2014

Selamat Hari Lahir buat dak Nuha..



Hari ni genap 2 tahun masa berlalu meninggalkan kenangan di mana sebahagiannya tersimpan di sini..
Aku rindukan waktu itu..
Perit menanggung kesakitan..
Risau dengan segala kemungkinan..
Takut akan kehilangan..
Namun akhirnya.. diakhiri dengan kegembiraan..
Kehadirannya memeriahkan suasana.. menjadi kesayangan semua..

Kenangan yang bukan sedikit aku kongsikan di sini..
Biarlah ianya hanya kenangan yang terbaik dari yang terbaik aku paparkan di sini..




Buat Nur Nuha Husna..
Moga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah..
Ibu dan babah sentiasa di sisimu selain dari dak Kakak dan dak Adik..





psstt: dak Nuha masih lagi yang bongsu setakat ni.. belum nampak sebarang bayangan penambahan ahli keluarga.. tak tahu berapa tahun lagi nak K.I.V..




Tuesday, April 22, 2014

Alhamdulillah.. permohonan cuti telah diluluskan..



Alhamdulillah.. permohonan cuti hubby bermula Jumaat ni telah diluluskan..
Keputusan minggu lepas pun memberi petanda baik terhadap aku..
Alhamdulillah..


Makanya hujung minggu ni dan mungkin minggu depan akan penuh dengan aktiviti yang telah aku rancang sejak minggu lepas..
Geleng kepala hubby dengan kerenah aku..
Segala macam perancangan tu tak boleh diwar-warkan dekat dak Kakak dengan dak Adik..
Nanti hari-hari dok bertanya menda yang sama..
Budak-budak.. bila ibunya ajak pergi jenjalan mulalah terlebih excited sampai tak sedar adakalanya seronok bercerita kat kengkawan..
Bukan apa.. kita hanya merancang.. dan moga perancangan tu dipermudahkanNYA..




psstt: Tak sabar nak jumpa pak sedara aku kat Semenyih.. apa khabar agaknya pakcu aku tu..



Petua nak perangkan rambut cara dak Kakak..



Kisah dak Kakak..
Ketika dalam perjalanan mengambil babah dia kat tempat kerja Jumaat lepas..

K: Ibu.. cikgu kat sekolah bagitahu, kalau sesiapa yang warnakan rambut nanti cikgu potong pendek rambut.. Kakak tak warnakan rambut..
I: Kenapa.. cikgu ada check rambut kakak ke..?
K: Takdelah tapi cikgu cakap macam tu..


dak Kakak jadi risau bila cikgu cakap macam tu sebab rambut dia bukanlah hitam berkilat tapi perang sikit.. sikit jelah..tapi kalau tengok dari jauh, warnanya tetap nampak hitam..


K: Ibu.. warna rambut kakak memang dari kecil warna perang kan ibu..
Aku iyakan je..

K: Ibu.. rambut kakak memang macam ni kan..?
I: a'ah.. kenapa kakak..?
K: Nanti bila cikgu tanya, senanglah kakak nak jawab..


Bila tengok dia dah senyap, aku pun teruskan pemanduan..
TAPI.. tiba-tiba aku dengar dia mengomel sendirian..


K: Rambut kakak ni jadi perang sebab banyak berjemur main kat tengah panas.. sebab tu jadi perang.. kalau nak rambut perang kenalah main kat tengah panas..

Part ni aku rasa nak tergelak.. macam mana boleh terlintas agaknya dalam kepada dia..


I: Kakak.. mana boleh berjemur main kat tengah panas boleh perangkan rambut.. tu hitamkan kulit bolehlah kakak.. kalau nak perangkan rambut kena ada pewarna rambut baru boleh tukar warna rambut..
K: oooo..




psstt: Kalau sesiapa nak perangkan rambut bolehlah ikut petua dak Kakak ni.. tapi jangan salahkan aku kalau lain yang nak, lain pulak yang dapat.. kihkihkih..



Monday, April 21, 2014

Masa berkualiti bersama keluarga..



Kisah dihujung minggu bersama keluarga kecik aku..

Sebenarnya malam tu kitorang makan burger je..
KFC tu baki semalamnya.. dak Nuha baru nak makan bahagian dia punya..


dak Adik.. sambil makan sambil jeling-jeling nak main tab babah dia..
Bila ajak bergambar terus hilang senyum sengih dia..



dak Nuha.. suka makan sendiri takmo bersuap..



'peace'.. semua jari dikembangkannya..


dak Kakak..?
eemm.. nak makan dengan kawan-kawan kat rumah jiran depan rumah aku.. jiran aku ni meniaga waktu malam..
Lepas dah kenyang.. aktiviti membesarkan badan sambil layan tv.. sambil borak santai dengan hubby..
dak Adik pulak sambung main dengan dak Kakak kat luar rumah..
Cukup waktu.. babah dorang panggil balik.. masa untuk tidur..




psstt: Moga kita semua dilindungiNYA selalu.. insyaAllah..




Sunday, April 20, 2014

Budak zaman sekarang mana kenal sayur Kelo @ Remunggai..



Macam mana dorang nak kenal kalau tak diajar makan sejak kecil.. ye tak..
Aku.. dulu membesar dalam suasana perkampungan.. jadi memang ada pokok ni ditanam tapi kat rumah nenek saudara akulah..

Kalau nak makan, tak payah beli.. petik dan boleh masak..
Sekarang susah nak jumpa pokok ni dah.. tapi orang India mesti ada tanam pokok ni sebab ni antara sayur yang mesti ada dalam masakan kari dorang..

Aku dah lama sangat tak makan sayur ni.. lama sangat..
Baru-baru ni ada tengok dalam blog Kak Kamsiah.. bertambah kuat keinginan nak makan sayur kelo @ ramunggai ni..

Kebetulan kelmarin singgah NSK beli barang basah.. terjumpa pulak sayur ni.. terus jadi pilihan untuk dimasak bersama ketam..

Akhirnya semalam selamat di masak dan dimakan TAPI.. hanya aku sorang je yang makan sebab family kecik aku tak suka..
Anak-anak hanya makan ketamnya je.. Nak buat macam mana, dari kecil aku tak ajar makan sayur ni..



Ketam Masak Lemak Cili Api bersama sayur Kelo @ Ramunggai..
Resepi boleh tanya kat en. google.. Aku main campak-campak je bahannya..



Isi dalam sayur Kelo @ Ramunggai yang belum di masak..
Kalau dah dimasak, bahagian dalamnya jadi lembut.. makan isinya dan buang kulitnya..






psstt: Adakah sayur Kelo @ Ramunggai ini akan jadi menu pilihan lagi selepas ini..? Nak gedik mintak hubby masak kari guna sayur ni sebab tak pernah masukkan ia dalam kari..





Saturday, April 19, 2014

Malang tak berbau.. kes langgar lari..




Sungguh kejadian malam tadi bukan sesuatu yang disengajakan..
Kejadian berlaku ketika dalam perjalanan pulang selepas menjemput hubby dari tempat kerja..
Memang tak sempat nak elak apatah lagi brek.. ia dengan tiba-tiba lari laju ke arah tengah jalanraya..
Sangat dekat malah memang tak sempat nak brek kecemasan..
Masih terasa teringat hentakan padanya..


Allahuakbar..
Kami terkedu..
Itulah kali pertama berlaku pada kami..
Kalau selama ini hanya pernah terjumpa 'mangsa' kesan langgar lari tu tapi tak pernah mengalami sendiri..

YA!Allah ampunkanlah hambamu ni.. kami tak sengaja..



Friday, April 18, 2014

Gambar Nuha je banyak.. gambar Adik takde pun..



Hari ni nak bercerita mengenai dak Adik pulak..

Sejak adanya dak Nuha.. memang banyak gambar dia ada dalam simpanan, kalau nak dibandingkan dengan dak Kakak dengan dak Adiklah..
La ni turn dak Nuha pulak berselfie bagai.. macam-macam aksi dan posisi yang ada..
Dari lengkap berbaju hingga tak berbaju pun ada..
Samalah macam dak Kakak dengan dak Adik dulu..


Tapi dak Adik cukup tak puas hati bila ibunya ni asyik ambil gambar dak Nuha je..
A: Ibu ni asyik ambil gambar Nuha je.. gambar adik sikitpun takde..


Masa tu aku tengah leka ambik gambar aksi dak Nuha, spontan aku halakan camera ke arah dak Adik.. terus buat aksi malu-malu kucing..
Bila disuruh bergambar, malu-malu pulak.. adik.. adik..

Apa-apapun Adik jangan risau ye..
Semua gambar baik dak Kakak, dak Adik dan Nuha semua ibu simpan elok-elok.. cuma belum dibukukan menjadi satu koleksi untuk tatapan akan datang..





psstt: Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama, Ketiga dan Keempat masih diteruskan sehingga diputuskan semula oleh Kerajaan Negeri Selangor.. diharap anak-anak babah dapat bersabar nak rasmikan kolam mandi yang babah baru beli tu ye..



Thursday, April 17, 2014

Fuh.. Nasib baik bukan patah kat depan..



Kisah dak Kakak baru-baru ni..

K: Ibu.. gigi kakak patah..
I: Gigi yang mana.. mana giginya..?
K: Gigi sebelah atas ni ibu (sambil tunjuk kedudukan gigi yang patah tu)
I: Mana gigi yang dah patah tu..?
K: Nah.. ni dia ibu.. kakak dah basuh dah.. ibu amiklah simpan..


Simpan gigi..? untuk apa..?
Baik dak Kakak atau dak Adik (dak Nuha je belum lagi).. sejak gigi pertama dorang patah memang aku simpan..
Tunjuk bukti kat dorang.. ni kesan kalau malas nak gosok gigi.. walhal gigi susu memang akan patah jugak..
Tapi ada jugak gigi yang tak sempat diselamatkan.. macam dak Adik, pernah sekali gigi dia patah kat sekolah, dia terus buang.. 'adik lupalah ibu..' itu jawapan dia bila aku tanya mana gigi dia..



Tak habis kat situ..

K: Nasib baik bukan patah kat depan.. (sambil belek gigi kat depan cermin)
I: Kenapa..?
K: Yelah.. kalau patah kat depan, tak cantiklah ibu.. Cuba ibu tengok.. nampak tak gigi kakak yang patah ni..? (sambil senyum kat aku)
I: eemm.. tak nampak pun..
K: Fuh.. nasib baik..



Esoknya dak Kakak bagitau kat aku.. dia rasa ada gigi dah nak tumbuh.. punya happy dia.. aku layankan aje..



psstt: Walaupun hanya secebis kenangan tapi tetap berharga bagi aku melihat dak Kakak membesar depan mata..



Wednesday, April 16, 2014

Model terbaru Iklan Gardenia 2014



Bab menyakat.. memang semua sepakat..
Lepas tu teruklah dak Nuha menangis cari perlindungan..
Bila sesekali dapat menyakat.. bertambah 'geram' tengok reaksi dia..
Bila terkenang adegan menyakat tu.. terlintas difikiran.. pasti akan rindu dengan moment macam tu bila dia dah besar nanti..




Dia akan senyap bila camera difokuskan pada dia.
Masa ni Babah dia pun sama jadi geng menyakat..






psstt: Alhamdulillah.. misi semalam selesai.. dan setakat ni berjalan dengan baik..



Tuesday, April 15, 2014

Dah bosan tak tahu nak buat apa..



Kisah biasa-biasa dari keluarga kecik yang biasa-biasa..


Dak Kakak dengan dak Adik sibuk dengan musim persekolahan masing-masing..
Dak Nuha baru baik dari demam panas baru-baru ni..
Chef Hubby.. bertabahlah bang melayan kerenah rakan-rakan di tempat kerja..
Moga ilmu yang diturunkan oleh sifu menaikkan semangat dan memahirkan lagi skill memasak abang..

Aku..? Masih di sini mengarang kisah keluarga kecik sebagai kenangan..




Makan sos lebih dari kuih..
Budak tahan makan pedas..
 


Kesunyian bila dak Kakak dengan dak Adik keluar rumah..





TAPI..


Menyakat dak Nuha.. 
#Dah bosan tak tahu nak buat apa..






psstt: Hal semalam berjalan dengan baik dan moga hari ni keputusannya juga tidak mengecewakan..




Monday, April 14, 2014

Berehat bersama..



Kisah semalam..
Bukan senang hubby dapat cuti hujung minggu..
Dak Kakak dengan dak Adik merengek nak jalan-jalan..
Dak Nuha pun sama gedik manja lebih bila babah dia ada..
Aku..? Rutin harian mana boleh tinggal..


Bila memasing dah mula bosan, hubby ajak keluar..
Jalan-jalan cuci mata buat terapi minda..
Tak pergi jauh mana pun.. sekadar jalan-jalan sekitar kawasan kampung berdekatan..


Dalam perjalanan terjumpa pulak trek motocross..
Trek ni jadi perhatian bagi peminat motocross..
Masa kami sampai ni ada yang tengah main.. ada yang baru sampai.. ada yang tengah warm up nak main..
Jangan kata aku.. anak-anak pun teruja tengok..
Treknya pun boleh tahan..
psstt: Tetiba feeling nak main motorcross.. kehkehkeh..



Aku: Abang.. rasa macam nak patah balik rumah amik camera.. 
(masa ni aku tak bawak hp pun.. yelah.. dah kata nak jalan-jalan sekitar kampung..)
Dak Kakak: Alah ibu.. tak payah amik gambar.. guna mata je tengok ibu..
Aku: ... huhuhu.. (terdiam sekejap)



Lokasi: Jalan nak ke puncak alam.. ada satu susur naik bukit ke arah Bukit Cerakah..
psstt: Next time aku lekat sekali gambar kat sini..


Sebahagian kecil memori semalam..





psstt: Berdebar-debar dengan urusan yang nak dibuat sekejap lagi.. Moga ianya berjalan dengan baik hendakNYA..



Saturday, April 12, 2014

Bukan semua anak-anak suka dengan mainan macam ni..




Mainan tu tak bergerak, dia sungguh-sungguh nak naik..
Bila mainan tu mula bergerak.. apalagi.. menangis takutlah dia..





psstt: Minta maaf pada kengkawan, aku tak dapat nak singgah teratak kengkawan sebab line internet bermasalah..



Friday, April 11, 2014

Peneman setia..






Peneman setia.. sampai tertidur menunggu aku selesai lipat baju malam tadi..





psstt: Tekak masih sakit dan suara pula masih belum pulih.. masih serak garau lagi..





Thursday, April 10, 2014

Paras air di Sungai Selangor.. it's worse than 1998..




The Star hari ni..



Semua orang sedia maklum dengan krisis bekalan air ketika ini..
Kawasan sekitar perumahan aku termasuk dalam catuan air siri kedua..



Petang semalam..
Risau dah sebab air tangki dah kering.. tong simpanan pulak dah nak tinggal separuh.. air paip pula mengalir amat perlahan..
Namun usaha tetap diteruskan.. dapat jugaklah penuhkan semula air dalam tong simpanan tu.. cukup untuk 2 hari lagi kalau air masih tiada..


Pagi tadi..
Alhamdulillah bekalan air kembali pulih.. lega sekejap.. sekurang-kurangnya takdelah aku risau nak tinggalkan anak-anak kat rumah pengasuh..


Eh!Aku baru perasan.. yang aku ada 5 bekas air yang agak besar tak digunakan.. ni kalau betul-betul terdesak boleh guna ni.. tak pernah terfikir nak gunakannya sebab dok fokus kat tong besar tu je..






psstt: Kesan dari catuan air tersebut, dak Kakak dengan dak Adik pun tak berani nak main air ketika mandi..




Orang tua-tua kan dah pesan.. 'Jangan dijolok sarang tebuan'



Kau tak rasa apa yang aku rasa, jadi jangan nak jatuh hukum sesuka hati kau..
Kau nak cakap apalagi suka hati kau..
Kau nak maki.. kau nak kutuk pun suka hati kau..
Sampai masa aku sendiri akan uruskan..
Tak payah kau nak ajar aku..
Bukan aku nak kurang ajar tapi kau yang provok aku dari awal supaya nampak aku yang kurang ajar..





Aku ingatkan aku sorang je yang kena.. rupa-rupanya adik aku pun turut kena tempiasnya..
Ok.. suka aku ingatkan.. apa yang berlaku selepas ni jangan salahkan aku sebab aku tak pernah usik malah sentuh hal peribadi kau..
Aku tak pernah ganggu-gugat hidup kau sekeluarga.. kenapalah kau cuba nak buat onar pada kami..?
Jangan ingat aku berdiam diri macam ni aku takkan ambil sebarang tindakan..
Sabar.. bagi hati aku sejuk dulu.. sebab aku percaya kau pasti takkan suka kalau aku cari kau dalam keadaan aku tengah marah macam ni..

Kau dah silap percaturanlah kali ni..
Orang tua-tua kan dah pesan
"Jangan dijolok sarang tebuan.." Kau macam tak nak fikir pulak apa kesan akibat dari perbuatan kau tu..


Sampai masa.. kau pasti akan dapat satu pengajaran berguna dari aku dan adik aku..





psstt: Ya!Allah.. kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menangani masalah ini..





Wednesday, April 9, 2014

Lori Sampah dan Taman Perumahan..




  • Aku tabik springlah pada mereka yang bekerja mengangkut sampah di kawasan-kawasan perumahan tanpa mengira hujan atau panas..
  • Nak lagi mencabar bila kawasan tu padat dengan kenderaan hingga menyukarkan lori sampah nak melaluinya...
  • Ini aku merujuk di sekitar kawasan perumahan di rumah MIL.. serius memang padat dengan kenderaan..



Sebenarnya aku teruja sebab dah lama tak tengok lori sampah lalu depan rumah macam ni..

sebab kawasan tempat tinggal aku tak menggunakan khidmat lori sampah macam ni..
Hanya menggunakan lori biasa 1 tan tu je..



 
Ngam-ngam je laluan untuk lori sampah tu..



psstt: Kesukaran untuk berbicara bila mana suara aku menjadi serak garau gara-gara batuk dan selesema..





Tuesday, April 8, 2014

Disebalik kisah Cik Mek Molek..



  • Cik Mek Molek ni memang antara kuih yang aku gemari.. cuma tak pernah terfikir untuk membuatnya memandangkan aku bukanlah seorang yang suka memasak..
  • Berkebetulan dari entry blogger KakZakie mengundang rasa teruja nak membikinnya..
  • Cuma ketika itu dak Nuha dalam keadaan tak sihat ditambah pulak aku sendiri dah mula rasa tak sedap badan..
  • Tapi demi keinginan yang kuat dan semangat yang tak berapa nak berkobar-kobar ni, misi untuk merealisasikan keinginan akhirnya berjaya dibuat semalam..
  • Lagi hebat ditambah dengan jari tangan tersepit dekat cikputih ketika membeli ubi keledek itu..
  • Hasil dari usaha aku.. yang sebenarnya dibantu oleh chef hubby, akhirnya.. AKU BERJAYA..
  • Nak buatnya bukannya susah mana tapi sebab aku bukanlah dari kategori suka memasak.. tapi aku tetap rasa bangga dengan usaha aku itu..


Bahan-bahan yang diperlukan:


ubi keledek oren..


Rebus dengan garam sehingga empuk, buang kulit dan lenyek sehingga lumat..
Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul bersama keledek tadi..
Agak-agak je sukatannya.. takut kalau terlebih tepung nanti cik mek molek jadi keras..
Bentukkan adunan tersebut dan letakkan sedikit gula.. kalau suka manis letaklah lebih gulanya..
Kemudian bentuklah ikut citarasa.. aku buat bentuk panjang.. bentuk tradisi yang biasa dijual..
Goreng sehingga kekuningan..
Angkat dan hidang..
Sungguh sedap dimakan bersantai bersama keluarga..


DAN..

Hasil dari usaha murni itu..



psstt: Pagi semalam aku gedik post kat group office aku pasal cik mek molek ni.. sudahnya ada permintaan..



Monday, April 7, 2014

Bila anak tak sihat, bawalah berjumpa dengan doktor..





Merengek nak berdukung je dia..


  • Ingatkan rasa tak sedap badan yang aku alami disebabkan berjaga malam jaga dak Nuha.. tapi rupanya-rupanya itulah permulaan demam buat aku dan juga dak Nuha..
  • Kemuncaknya hari ni aku dok rumah temankan dak Nuha..
  • Suhu badan dia pun agak tinggi..
  • Sebagai langkah berjaga-jaga aku kerap mandikan dan basahkan kepala dia..
  • Baru tadi aku balik dari klinik.. nak pergi sebelah pagi takut tak sempat nak masak untuk dak Kakak dengan dak Adik..



  • Sebelum jumpa doktor boleh gelak main-main lagi..
  • Tapi bila staff doktor panggil masuk bilik, dia tarik tangan aku ajak balik.. huhuhu..




Gara-gara keledek ni..


Jari tangan kanan aku tersepit dekat pintu cikputih.. Sengal dan kebas sekejap..





psstt: Percubaan kali pertama agak berjaya tapi nak cuba lagi sekali malam nanti.. harap-harap menjadilah usaha murni nak buah kuih menggunakan keledek tu..


last psstt: dak Nuha penakut makan ubat tapi ku paksa jua dia makan.. paksa manja gitu..





Saturday, April 5, 2014

Akhirnya tewas jua..




Lewat petang semalam.. dak Nuha dok merengek-rengek..
Ingatkan berebutkan mainan dengan dak Adik..
Rupa-rupanya badan dia dedo.. sebelum melarat.. aku mandikan dia dan bagi ubat..
Tak habis kat situ.. merengek manja kat babah dia.. aku tengokkan je.. dah babah ada depan mata..


Pasal bekalan air takde tu memang ye dari pagi semalam sampai.. eemm.. aku rasa hari ni kot..
Bukan sebab catuan air tapi ada paip pecah..
Moga masalah tu cepat selesai hendakNYA..


DAN..
Malam tadi.. tak dirancang sebenarnya.. kami balik ke rumah MIL..
Hubby rindukan makler tu..

Kat rumah MIL.. sekali lagi aku mandikan dak Nuha..
Bila sebut 'ubat' je.. terus nanak.. nanak.. sambil gelengkan kepala..
Nampak sangat penakut makan ubat..




Sekejap je lenanya.. tengah tak sihat.. merengek jelah..
dak Kakak dengan dak Adik dah selamat tidur dengan sepupu-sepupu dorang..







psstt: ok babah.. turn babah pulak jaga Nuha.. ibu nak lelapkan mata jap..





Friday, April 4, 2014

Adakah kawasan catuan air telah diperluaskan..?




Kisah lewat petang semalam..
Balik kerja dapat maklumat mengatakan tiadanya bekalan air bermula malam tadi hingga hari Sabtu..
Mungkin ada kerja pembaikan paip air dikawasan berdekatan sebab nak kata kena catuan air, setakat ni kawasan tempat aku tak termasuk dalam carta..
Aku tak ralat sebab memang ada tong besar kat rumah, syukur tak payah nak beli tong air..





Cukuplah untuk keluarga kecik aku..


Hubby yang uruskan..


Aku jaga sampai air penuh..




Sementara nak tunggu air dalam tong tu penuh..

kita main cak.. cak.. dulu..


Bila nak amik je gambar dia, terus dia lari menyorok dari aku..





Kisah pagi tadi..
Perkara pertama.. try cuba test tengok ada air tak..
Ok.. setakat pagi tadi ada lagi air.. takpelah.. sekurang-kurangnya aku dah bersedia dari awal..
Kalau berita petang semalam 'palsu'.. anggap jelah air takde, kita guna dulu bekalan air yang dah disimpan tu..





psstt: 'Ibu kata takde air.. tu adik mandi ada je air..' 'Memanglah.. tu guna air dari tangki kat atas bumbung..' 'oooo...'





Thursday, April 3, 2014

Ada gaya Man Kidal tak..?




Masa pergi terapi minda kat GM Klang hari tu, aku baru perasan gambar ni..
Nampak tak budak lelaki tu..
Seakan-akan dia tengah buat gaya sedang bermain gitar..
Ye.. dik.. nak goreng macam Man Kidal ek dik..?
Tapi kalau cerita meleret-leret pun dak Nuha jugak tetap jadi perhatian..









psstt: Selamat Hari Lahir Atok dari dak Nuha pulak..





SELAMAT HARI LAHIR AYAH..




Hari ni..
03 APRIL 2014 bersamaan 03 Jamadiakhir 1435H 
Genap 58 tahun usia ayah..

Ayah seorang yang pendiam.. tak banyak cakap.. 10 patah aku cakap, sepatah je ayah balas..
Ayah memang penyabar orangnya tak pandai nak marah-marah..
Ayah memang cool dan pendengar yang setia dan sebab tu aku lebih suka meluahkan perasaan dekat ayah berbanding mak..
Ayah tak pandai nak tunjukkan kasih sayang beliau tapi aku tahu ayah sayang anak-anaknya..
Pernah bila aku tak sihat, ayah sanggup pandu motor bawa aku pergi jumpa doktor pukul 2 pagi.. Masa ni kami belum ada kereta..
Hidup kami sederhana.. tak mewah mana tapi Alhamdulillah semua sempurna untuk kami..

Terima kasih buat ayah kerana bersusah-payah membesarkan aku..
Terima kasih buat ayah masih sabar dengan keadaan semasa keluarga kita..
Terima kasih ayah.. terima kasih ayah..
Walaupun aku tak mungkin bagitahu pasal blog ni tapi ketahuilah ayah.. along sayang sangat-sangat pada ayah..





Selamat Hari Lahir AYAH..
Moga panjang umur.. dimurahkan rezeki.. sihat serta kuat dalam melayari kehidupan seharian..





psstt: Rindu kat ayah..
last psstt: Sambil menaip menahan airmata dari gugur ke pipi.. kenalah cover.. kang ada pulak tanya kenapa..



Maaf.. pembetulan telah dibuat.. bukan 4 tapi 3hb. Terima kasih pada blogger HainomOkJe..

Wednesday, April 2, 2014

Paparazzi yang terlampau..






Kita tenangkan hati.. jangan kusutkan fikiran



nampak macam tak nak bergambar..
sebenarnya nak buat 'peace' tapi habis semua jari dikembangkannya..







psstt: Biarlah hanya kisah yang menarik dan ceria terkandung di sini.. yang tak best kita buang ke tepi.. tapi andai tak tertahan satu hari nanti.. ternoktah jua di dalam blog ini..





Tuesday, April 1, 2014

Kimchi hasil buatan blogger Rai..




Asalnya memang niat aku nak beli kimchi blogger Rai ni..
Lagi buat aku terasa nak bila ada pulak yang order dengan beliau..
Teruja nak cuba sebab tak pernah rasa dan tak pernah tahu apa itu kimchi kalau tak jenguk blog Rai ni..
Dan.. alamak.. bila ye.. minggu lepas tak ingat hari apa.. en. shujin husband Rai datang kat office aku sebab nak pulangkan tray.. eemm.. pakej sekali dapat kimchi tu..
Rai kata kimchi tu masam sikit dan memang ye.. tapi kalau makan dengan nasi ok je..
Memula makan rasa pelik tapi bila dah hadap ratah pun aku sanggup..
Tapi itulah.. aku sorang je pun yang hadap kimchi tu.. anggota keluarga aku yang lain tak minat..




Terima kasih buat Rai sebab bagi kimchi ni..
Tinggal sikit lagi nak habis.. sayang pulak nak habiskan.. kihkihkih..

 





psstt: Kepada kengkawan yang suka atau nak cuba kimchi tu, bolehlah order dengan menghubungi blogger Rai.. InsyaAllah dijamin sedap..






dak Nuha yang ceria.. dak Adik yang monyok.. dak Kakak yang merajuk..



Petang semalam.. di rumah pengasuh..
Jangan kata nak ikut aku balik, salam aku pun dia tak nak dek penangan mandi kolam..
(kualiti gambar kurang menarik..)




seronoknya dia..


dak Kakak balik sekolah merengek gedik manja nak main air dengan dak Nuha..
aku tak bagi.. terus merajuk..




Kisah dak Adik balik sekolah petang semalam..

Biasa balik rumah ceria je muka dia.. tapi tidak petang semalam..
Bila aku tanya tak nak cerita..
Bila babah dia balik, baru nak cerita.. eeemm..
Rupa-rupanya kena marah dengan kawan perempuan dia.. huhuhu..
Nak gelak pun ada tapi bila ditanya kenapa, tak nak cerita pulak..
Adik.. adik.. ingatkan apalah.. balik sekolah monyok terus nangis.. buat ibu risau je..




Malamnya pulak..

Kari Ikan Jenahak by chef hubby.. menu malam tadi..






psstt: Adakala pening hadap kerenah dorang ni tapi itulah penghibur aku dan hubby kat rumah..





Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...