31 Disember 2014
Adakah kita akan diberi kesempatan berjumpa lagi pada tahun 2015..?
Sepanjang tahun 2014..
Jika diimbau banyak kenangan pahit manis masam masin telah aku lalui..
Banyak kenangan yang aku peroleh sepanjang tahun 2014.. dan kebanyakkan dari kenangan itu hanya yang manis-manis je kutinggalkan jejak di sini..
Manakala yang pahit kelat masam, kusimpan jauh dilubuk hati dan hanya secubit yang pahit kuabadikan di sini.. agar aku menjadi lebih kuat juga sebagai peringatan di masa depan..
Buat hubby, anak-anak dan keluarga..
Tanpa kalian, hidup pasti tidak bermakna..
Buat kawan, teman, sahabat..
Moga ukhuwah yang dibina berkekalan hendakNYA.. walaupun jarak masa membataskan perhubungan kita..
Buat teman di alam maya..
Terima kasih kerana masih sudi menerima dan singgah di blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba ni..
Buat semua mangsa banjir dan sukarelawan..
Bertabahlah.. kuatkan semangat..
Moga urusan kalian dipermudahkanlah hendakNYA..
Sedih memang sedih.. payah memang payah.. tapi bukan kemahuan kita keadaan sebegitu..
Janganlah mengambil kesempatan atas kesusahan mereka.. hari ni hari mereka.. akan datang kita tak tahu keadaan kita macam mana.. 'Hidup ibarat roda berpusing..'
Moga pengakhiran 2014 ini bukan penutup segalanya..
DIA menguji kita kerana DIA sayangkan kita..
Terima kasih abam sayang kerana mengingatkan aku..
psstt: Selamat Tinggal 2014.. Selamat Datang 2015..