Followers Remaja Purba

Wednesday, October 31, 2012

dak Nuha nak tumbuh gigi..


Untuk maklum ---> sila rujuk entry semalam.. entry yang saling berkait..


Pagi raya hanya sempat beraya di rumah atok sedara dan rumah pengasuh je..
Lepas tu dak Nuha dah mula meragam merengek menangis, kitorang terus gerak balik kampung yang tak berapa jauh mana tu..
 
on the way ke rumah MIL.. dari cantik berbaju gaun, terus tak berbaju dah..
masa ni baru aku perasan ada 2 gigi sebelah bawah bakal tumbuh keluar..
 

Baru bangun tidur selepas penat meragam sepanjang perjalanan ---> macam jauh sangat.. tak sampai pun 30km..
Aku pulak lupa bawa mainan dia, maka handphone jadi mainan..
 

Hari kedua..
Makan sup gear box..
 
Ni aku share dengan dak Kakak.. dak Adik tak minat.. dak Nuha hanya dapat merasa supnye ajelah..
 
 
Hari Ketiga..

Bakal dijadikan sup kepala lembu..
 

Untuk makluman.. bukan hubby yang kerjakan tapi jiran kat rumah..
 

Alhamdulillah.. selesai sudah..
Seronok dan meriah.. yang pasti.. marvellous.. kalau tak.. takkan tinggal tulang je kan..



dak Nuha dilanda selesema dan batuk ---> melarat hingga ke hari ini
(semasa entry ni di publish, suara dak Nuha semakin serak)..
 
 
Dia punya ragam.. memang tak puas tidur dibuatnya..
Aku gagahkan diri memujuk dan menyusukan dia.. Tapi syukur malam tadi babah dia ada.. lega sikit aku.. sama-sama jaga dak Nuha..



psstt: By hook or by crook, hari ni aku kena pergi renew lesen.. Jangan jadi macam tahun lepas.. Dah dua minggu 'mati' baru sedar..

psstt lagi: Nampaknya awek hubby lambat lagi sembuh memandangkan doctor peribadinya sibuk dengan pesakit-pesakit yang dah menunggu lagi lama..

last psstt: Masih tercari-cari nama sesuai untuk 'my new baby' belum ada nama tu..

Tuesday, October 30, 2012

Rentetan peristiwa Aidiladha 2012..


Jumaat - Aidiladha 2012
  • Selepas selesai urusan 'my new baby' belum ada nama tu, aku tak bercadang nak buat persiapan raya ---> memandangkan pinggang aku semakin berdenyut-denyut sakitnya..
  • Sambutan raya tahun ni bukan hambar tapi pergerakan aku jadi terbatas, tak boleh nak agresif macam biasa..
  • Pagi raya di rumah MIL..
  • Petang raya di rumah mak aku ---> mak sempat urutkan pinggang aku..
  • Malam ---> zzzzz.. semua kepenatan..



Sabtu - Aidiladha 2012
  • Hubby berkebun kat belakang rumah, pindahkan pokok-pokok cili yang semakin membesar kat tanah sekangkang gajah tu ---> gambar lupa nak amik..
  • Petang.. makan sup gear box kat rumah jiran.. marvellous.. dalam sakit-sakit tu habis aku makan..
  • Malam.. makan ikan bakar kat lorong 4 TDBi.. paling tak tahan.. satu taman tahu aku sakit pinggang ---> habis hubby dok kena sakat dengan dorang..
  • Lepas tu.. ronda-ronda, pusing-pusing, jalan-jalan sekitar Shah Alam..

Tiba-tiba dak Kakak tanya..

K: 'Ibu.. kat bank cuma ada kereta ni je ke..?'
A: Kenapa pulak kakak tanya cenggitu..
K: Yelah.. nanti ibu kena pulangkan kereta ni balik kat bank kan..?

Huhuhu.. oh! Anakku..

Padan muka aku.. main-mainkan lagi dak Kakak.. sebab masa 'my new baby' tu sampai kat rumah dak Kakak ada tanya
'Ibu beli ke..?' Aku bagitau 'Taklah.. ibu pinjam kat bank, nanti nak kena pulangkan balik..'



Ahad - Aidiladha 2012
  • Pagi.. ke pasar pagi Shah Alam.. dalam sakit tu masih larat lagi nak berjalan..
  • Tengahari.. makan sup kepala lembu pulak kat pondok depan rumah..
  • Marvellous.. makan lagi.. kenyang lagi.. habislah diet aku..
  • Sudahnya.. sampai ke pagi Isnin aku cirit-birit sebab banyak sangat makan daging lembu + vitagen.. best kan.. 
  • Malam.. k.ana jiran lorong satu datang urut pinggang dan pergelangan tangan aku.. (syukur sehingga entry ni dipublish, rasa sakit agak berkurangan)



psstt: Itulah sebahagian rentetan peristiwa sepanjang Aidiladha 2012 kali ni..

last psstt: SEMUA GAMBAR berkaitan akan diupload kemudian gara-gara EHD aku tertinggal kat rumah..





Monday, October 29, 2012

Dak Nuha dah ada saingan..?


  •  Alhamdulillah..
  • Semua urusan berkaitan 'my new baby' yang belum ada nama ni berjalan seperti yang dirancang.. 'My new baby' keluar sehari sebelum Aidiladha.. Punyalah berdebar-debar + excited sebab hubby yang uruskan pengeluarannya..
  • Kenapa B bukan W..? Kalau ambil B nampak muda sikit.. sesuailer dengan aku 'remaja purba'.. Kalau ambil W, cepat sangat tuanya..
  • Buat pertama kali, aku siap buka buku nak mahirkan diri dengan segala macam fungsi kat dalamnya..
  • Macam mana pun aku lebih memerlukan awek hubby dari 'my new baby' yang belum ada nama tu.. Kena tunggu doctor peribadi dia balik dari Terengganu dulu..
  •  Buat pertama kalinya, aku perkenalkan kepada korang 'my new baby' yang belum ada nama ni..

Ini je yang mampu aku 'tangkap' sebab tak muat nak masukkan dalam 3310-i aku yang tak besar mana tu.. hikhikhik..



psstt: Nantikan kisah perjalanan berhari raya bersama 'my new baby' belum ada nama tu..

psstt lagi: Aku tak boleh nak agresif + lasak buat sementara.. pinggang aku 'cedera' balik.. malam tadi baru berurut.. segala pergerakan jadi terbatas dibuatnya..

last psstt: Seronok dalam sakit.. :(



Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha dari dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..


  • Sekiranya anda semua membaca entry ini selepas pukul 3 petang, ini bermakna mak budak a.k.a remaja purba tidak dapat online di rumah kerana connection to internet tidak berfungsi ---> aduan telah dibuat dan redha jelah tunggu bila dorang call/datang untuk baiki <--- bab ni yang aku letih nak tunggu..
  • Esok dah raya.. Kat area rumah aku dah start gerai-gerai menjual bahan mentah untuk raya.. rasa sayu je tengok sebab aku tak cuti.. Ni kalau raya puasa mahu aku nangis ni, orang lain dah balik kampung, aku masih terkial-kial pergi kerja..
  • Hubby dah start cuti.. untunglah bang..
  • Sebenarnya aku tak sabar nak balik petang ni sebab SESUATU YANG BESAR sedang menanti kepulangan aku.. nak kena bentang karpet merah ke..?
  • Nampaknya tertangguhlah hajat nak share kat sini tentang SESUATU itu (rujuk point pertama)
  • Setakat ni, aku masih belum ada perancangan nak beraya di mana memandangkan perlu selesaikan SESUATU YANG BESAR itu.. Selagi tak selesai, selagi tu lah tak boleh nak buat keputusan nak ke mana.. tapi yang pasti pagi esok akan ke rumah MIL di P.J..
  • Selamat Hari raya Aidiladha buat semua.. Moga perjalanan ke mana sahaja korang beraya selamat hendakNYA..
  • Kita jumpa minggu depan..


psstt: Kalau dapat online kat rumah MIL alangkah syoknye.. boleh BW lama-lama..



Wednesday, October 24, 2012

Orang tua-tua cakap nak adik lagi..


Semalam genap 6 bulan dak Nuha...
Ni ragam dia nak beralih bulan..

Dah pandai angkat kaki.. tapi setakat ni belum lagi cecah ke mulut..
Jangan ye Nuha.. hahaha..

 Langsung taknak tidur.. Lagi-lagi bila dak Adik bergurau-senda dengan dia..

 Ni sebenarnya tengah merengek nak tidur..
Puas pujuk taknak tidur.. tidur pun sekejap..

Ha.. kan aku dah kata.. sekejap je pun dia lena..
Sambil layan angkat kaki, sambil main air liur..
Nuha.. Nuha.. makin banyaklah rambut ibu gugur macam ni..





psstt: Korang balik kampung ke Raya Haji ni..?


Tuesday, October 23, 2012

Oh! Tidak.. Tolonglah Bertahan..


  • Jangan awek hubby nazak koma sudah, patah kaki kalau dia menginap kat ICU..
  • Doctor peribadi dia check malam tadi, kesihatan dia dah semakin berkurangan..
  • Aku kena ambil tindakan secepatnya..
  • Jangan dia lena kat tengah highway sesak tu sudah..
  • Dahlah hubby jauh.
  • Sayang.. aku akan pastikan kau selamat sampai dan masuk ke dalam ICU sebelum hujung minggu ni.. Janganlah merajuk saat-saat aku memerlukan kau.. <--- sambil pujuk rayu kat awek hubby tu..



psstt: Hari ni dak Nuha genap 6 bulan.. semakin aktif dan lasak.. <--- takdan nak upload gambar.. aku risaukan awek hubby tu..




Monday, October 22, 2012

Unable to Connect..




  • Biasa tengok iklan dalam tv pasal kecurian kabel telefon.. La ni kawasan tempat tinggal aku kena.. Patutler aku tak dapat online, connection tu ada cuma unable to connect..
  • Bila mana cable network kena curik.. maka tiada apa yang boleh buat selain tunggu jelah ianya dibaik pulih..
  • Orang yang buat kerja tu nak untung cepat tanpa memikirkan orang lain.. yang jadi mangsa mereka yang menggunakan talian tersebut..
    Aaaarrrggghhhhh... Memang 6 jahanam punya org..!!

  • Ada hikmahnya tak dapat online sebab dak Nuha meragam tak hengat.. ragam dia nak beralih bulan gamaknya.. Biasa dia tidur lama.. ni sekejap jaga-sekejap tidur..
  • Time mandi pulak dia dah pandai nak pusing-pusingkan badan.. Nampaknya aku kena semakin berhati-hati time mandikan dia..

  • Kelantan vs ATM (3 - 2).. kisah dah basi, aku baru nak upload kat sini ---> alasan 'cable Telefon kena curik..'
  • Aku confident bet dengan sorang ni.. Aku sokong ATM (bukan apa, sebab adanya Hai O si budak botak tu.. cute je aku tengok..). Sekali aku kalah daa.. psstt: Janganlah dia mintak yang mahal-mahal dah.. kahkahkah.. padan muka aku..

  •  Hari ni tengahari baru lapor diri kat office.. ada urusan peribadi..
  • Nak sampai office.. kereta lak meragam.. oh.. sabarlah lalink.. petang nanti balik kerja aku bawa kau jumpa doctor peribadi kau ye..


update: terima kasih kakcik sebab perbetulkan.. 3 -2 bukan 3 - 0..


psstt: Mintak maaf pada kengkawan.. aku tak dapat nak BW buat sementara selagi Telekom tak selesaikan masalah yang dibuat oleh penyangak-penyangak yang terdesak nak untung cepat tu..

psstt lagi: Berdebar-debar.. adakah berjaya sebelum  Raya Haji..

last psstt: Nak B ke nak W ek.. B tak kena bayar.. W kena bayar..




Friday, October 19, 2012

adik dan Nuha..



Malam tadi..

'Jangan meniarap.. kalau tak adik pukul kaki..' <--- dak Adik tarik dak Nuha suruh telentang balik sambil pukul-pukul manja kaki dak Nuha..

dak Nuha gelak-gelak.. dia ingat dak Adik ajak dia main..


 
 tangan dak Nuha nak capai 3310-i aku sambil diagah oleh dak Adik..
 
dak Adik nak jugak menyelit kat tengah-tengah bila aku nak amik gambar..
dak Kakak pulak dah tidur.. letih sangatler tu..


 Malam tadi dia meragam balik.. aku ingatkan dia lapar susu dan nak main..
Tidur dia pun jadi tak lena.. rupa-rupanya suhu badan dia naik balik..
Bangun pagi tadi, badan dia masih panas lagi.. 





psstt: dak Nuha ni demam rindu kat babah dia agaknya..



Thursday, October 18, 2012

Cak.. uncle.. auntie..


 
  • Semalam bawa dak Nuha ke klinik ---> sebagai langkah berjaga-jaga takut sebelah malam suhu badan dia naik balik..
  • Petang semalam suhu badan dia pun dah turun, takdelah panas macam malam semalam..
  • Berat dak Nuha ---> 7.9kg.. Gen ikut babah dia bukan aku.. Aku tak gemuk tapi gebu..
  • Percayalah, aku masih belum ajar dak Nuha makan.. Ni kali kedua Doctor Ariff pesan ajar anak makan.. Ok doctor.. kali ni confirm saya akan ajar.. agak-agak makin gebu dan montel tak dak Nuha bila dia dah pandai makan nanti..?
  • Malam tadi lena sampai ke pagi dak Nuha tidur tak meragam.. sebab malam sebelumnya dia tak cukup tidur, ni kira qadak tidurler ni.. sekali dengan aku tidur tak sedarkan diri..
  • Pagi tadi, dia merengek menangis.. sebak pulak aku tengok dia.. seolah-olah 'Ibu.. janganlah tinggalkan saya..'

Bekalan ubat untuk dak Nuha.. percayalah.. aku tak bagi pun kat dia..





psstt: Alhamdulillah.. semalam semuanya berjalan dengan lancar..




Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, October 16, 2012

sssyyy... Jangan Ketuk kuat-kuat..


Sepanjang minggu ni dak Kakak akan menghadapi peperiksaan akhir Tahun..
Aku doakan beliau dapat baca dan jawab dengan tenang, begitu jugak untuk semua anak-anak di seluruh Malaysia.. good luck and do the best for your final exam..


Tiba-tiba terkenang masa zaman Remaja sebelum Purba dulu..
Kat pintu dewan mesti ada ni..


'TOLONG SENYAP - PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN'


Tiap kali hadirnya peperiksaan, mesti aku risau kalau kena duduk depan sekali..
  • Markah aku secara mendadaknya akan turun bila aku duduk depan sekali
  • Tapi tak jugak tinggi bila aku duduk belakang..
  • Yang best dok kat belakang, dapat tengok ragam kengkawan yang jawab.. sambil jawab sempat berangan.. cuba kalau duduk depan sekali.. Aku rasa semua mata dok hadap aku, tang ni memang aku protes dalam hati.. Nak buat macam mana, dah kedudukan ditentukan mengikut abjad (A - Z)..
  • Cikgu/Pengawas peperiksaan suka sangat dok lalu kat aku (dah meja cikgu dekat dengan aku).. kalau bagi jawapan best gak..
  • Kalau dalam dewan pulak.. tak leh tengok pemandangan luar.. cuba kalau kat tingkat 3.. puas.. dapat cuci mata, nak pulak dalam keadaan sunyi sepi.. rasa tenang sekejap jiwa ---> padahal dalam hati risau ya amat..
  • Sekarang turn anak-anak pulak.. hidup ni ibarat roda.. sentiasa berpusing..



psstt: Minggu depan nak raya tapi hubby belum dapat pelepasan cuti..



Monday, October 15, 2012

Dah boleh menuai dah..?




 Pokok ni hubby semai sejak bulan puasa hari tu.. ---> cili besar..
Kalau ada yang perasan masa open house hari tu pokok-pokok cili ni baru nak membangun dengan jayanya..

Hasilnya.. eemmm.. baru nampak bunga dicelah-celah dedaunan pokok tu..


Yang rimbun ni pulak pokok cili padi.. yang ni hubby beli.. 
Kini sedang mengeluarkan hasil.. 
Sedap dan rangup dibuat ulam.. (tak pedas mana best..)






psstt: Malam minggu dak Nuha langsung takmo tidur dekat aku.. dapat bau babah dia, melekat habis kat babah dia..

psstt lagi: Baru nak gedik manja, malam tadi babah dorang outstation balik..

last psstt: Syukur.. pagi  tadi aku dikejutkan oleh bunyi dentuman guruh, kalau tak confirm highway tu jadi Litar Sepang bagi aku..



Saturday, October 13, 2012

Nak buat apa sebenarnya ni..


  • Dah lebih sejam aku hadap skrin lappy ni..
  • Sindrom taip padam.. taip padam menguasai jemari..
  • Nak layan astro dah Adik dah conquer remote..
  • Nak masak awal lagi..
  • Nak baring-baring takut terlajak nak amik dak Kakak balik kelas Iqraq kat sekolah..
  • Nak baca novel mood ke gaung..
  • Nak makan perut dah kenyang ---> takut berat naik lagi..
  • Nak kemas rumah.. aku pandang kiri.. aku pandang kanan ---> dah macam nak jampi serapah pulak..
  • Nak ajak dak Nuha main, dia tidur..
  • Nak keluar jalan-jalan hubby tak balik lagi..


psstt: aarrrggghhhhhh...


Friday, October 12, 2012

Sejak 2 minggu lepas..


  • Dah habis baca novel 'Sunan'.. punya kedekut, aku terus simpan dalam kotak.. ni sebagai langkah berjaga-jaga agar takde yang nak pinjam.. takmo jadi macam kes dulu.. dah pinjam tak reti nak pulang..
  • Sejak 2 minggu lepas aku teramat sibuk 'nak cuti pun fikir kerja kat office..' baru semalam dapat bernafas lega sikit..
  • Pergelangan tangan aku sakit sejak 2 minggu lepas, berkemungkinan besar disebabkan cara penggunaan keyboard computer office yang salah.. Rasa macam terseliuh tapi aku rasa tak melibatkan tulang, lebih kepada urat pada pergelangan tangan..
  • Hari ni hari terakhir dak Kakak menghadapi peperiksaan akhir tahun SRA..
  • Dak Adik asyik mengomel bila babah nak balik.. kesian pulak dengan dia..
  • Dak Nuha ---> aku belum ajar makan lagi.. 2 minggu lepas berat dia 7.3kg..
  • Hampir 2 minggu ni berat aku naik mendadak.. Aku berat atau penimbang tu dah takmo terima beban menimang badan aku ni..
  • Aku cukup tak suka bila kereta depan aku slow ---> hello cik kak.. kalau nak bersantai jangan masuk highway dok lorong kanan ni..
  • Dah bagi signal nak masuk laluan aku lepas tu boleh kau slow pulak ye cik abang.. Tadi bukan main 'semangat' nak masuk lane aku, sudahnya kau boleh makan angin pulak depan aku.. Nak je aku 'cucuk angin' montot kereta kau..
  • Inilah dia bila on the road je berubah 360 darjah sikap individu tu ---> akulah tu..

psstt: Sambil menaip sambil mengurut pergelangan tangan..


Thursday, October 11, 2012

dak Adik dan dak Nuha


Kisah Petang Semalam..

 Lepas aku amik dia dari rumah pengasuh, dah pekena sebotol susu mesti dia nak tidur.. TAPI..

 disebabkan flash 3310-i aku ke muka dia.. mana maunye dia nak tidur..


Kisah Malam Tadi pulak..

dak Adik dengan gaya machonye.. 'Ibu amiklah gambar lagi..'


Sudahnya dak Adik 'paksa' dak Nuha bergambar sama.. dak Kakak jangan tanya.. dah tidur dulu.. budak berdua ni je yang tidur lambat --> selagi aku tak tidur selagi tu dorang takkan tidur..

 aku suka aksi ni..

 yang ni pun..
bukan senang nak tengok dak Nuha nak senyum.. asyik masam je dengan muka boolat dia tu..

dak Nuha kena ragging dengan dak Adik..
sebenarnya ada lagi candid gambar tarik telinga ni tapi sebab ada unsur-unsur seksi di situ maka faham-faham jelah.. 



psstt: Ni kalau dak Kakak tengok mesti dia bising sebab gambar dia takde sekali..

psstt lagi: Ramai yang bertanya apa siapa 'Dia' tu.. sabarlah walaupun aku sendiri dah tak sabar.. hahaha..

last psstt: mood geram on the road tadi hilang bila tengok wajah anak-anak.. tapi lagi aku tengok lagi aku tak sabar nak balik rumah..



Wednesday, October 10, 2012

Rindu kat ikan ni..


Pejam celik.. pejam celik.. sekarang dak Nuha dah menjangkau usia 5 bulan.. InsyaAllah 7 Zulhijjah ni genap usia dia 6 bulan.. Dia dah mula meneroka objek-objek berhampiran dengannya ---> Jadi.. sila pastikan tiada menda yang tidak sepatutnya berada berhampiran dak Nuha ye mak budak..

Banyak kenangan pahit manis mewarnai sepanjang tempoh 44 hari berpantang bersama dak Nuha.. Terima kasih jugak pada rakan-rakan di alam maya yang 'menemani' aku sepanjang tempoh berpantang dari hujung bulan Mac hingga awal Jun 2012 lepas..

 Tetiba rasa rindu kat ikan ni sampai sanggup mintak hubby belikan Ahad lepas..


Kalau aku siapkan dak Nuha.. dah rupa macam lori bedak tumpah depan rumah aku buat..
Tapi kalau tak pakai bedak pun dia dah cukup wangi ---> wangi seorang bayi..
Nanti bila dah besar, tak dapat dah nak lagi peluk cium gomol macam sekarang ni..





psstt: Berdecit tayar pagi tadi gara-gara 2 buah kereta depan aku brek mengejut elak dari tercium sang kancil yang slow dilorong kanan.

psstt lagi: Andai semuanya berjalan lancar, Raya Haji ni akan kuperkenalkan 'dia' kepada semua..

last psstt: Kupujuk hati agar sabar dalam kerja-kerja di office..




Tuesday, October 9, 2012

Sepantas ekspress aku update



Semalam tak update..
  • Aku cuti bukan sebab ada yang tak sihat tapi KENA cuti..
  • Teratak ni pun aku tak sempat jengah semalam.. sibuknya aku semalam sampai ke malam ---> yang ni aku tipu.. petang semalam aku dok syok tidur dalam aircond dengan dak Adik dan Nuha..
  • Aku bahagi masa dengan novel.. 'tak aci.. asyik hadap lappy je.. saya ni bila nak hadap..' <--- novelku berkata-kata.. ni pun aku tipu..
  • Gara-gara dok layan novel.. sampai terbawa-bawa dalam tidur.. ni 'Sunan' punya pasaller ni..


Hari ni dah tengahari baru nak update..
  • 2 jam pagi tadi ada sesi perbincangan.. maka kena gandakan usaha untuk siapkan kerja hakiki..
  • Kerja berlambak.. nak senyum pun rasa tak boleh..


psstt: dak Kakak sedang menghadapi peperiksaan akhir tahun SRA. Moga Kakak dapat jawab dengan tenang dan lancar hendakNYA..

psstt lagi: dak Nuha dah pandai ke depan (bukan merangkak).. gambar takdan nak upload lagi..

last psstt: Alhamdulillah.. sesuatu yang besar semakin menghampiri aku dan keluarga..

Sunday, October 7, 2012

Makan Tengahari ditaja oleh..




Hari Ahad adalah hari untuk gedik manja kat chef hubby..

Rasa macam makan ayam percik pun ada..
 



 
psstt: makan.. makan.. makan.. mana tak gemuk ---> statement dari chef hubby.. hikhikhik..
 
 

Saturday, October 6, 2012

onyomark getsetgo..



Sejak hadirnya dak Nuha ni, takde chance dah nak bangun lewat sikit dari biasa.. Perkembangan dak Nuha berbeza setiap bulan..

Kalau bulan lepas aku boleh tidur dalam jangka masa yang lama, la ni tak dapat dah.. Kena bangun tetengah malam time orang lain syok tidur.. Rasa liat je tapi high note dak Nuha tak tahan mendengarnya.. Babah dia yang jenis tidur tak sedar diri pun boleh terjaga..

Sementara dak Nuha sambung tidur balik, aku layan lappy sambil mata dok ralit tengok novel sebelah lappy ni.. Hati meronta-ronta nak baca.. Okey.. aku tipu.. yang sebenarnya aku tunggu hari nak siang, nak hantar dak Kakak pergi kelas Iqraq kat sekolah..


Rutin hari ni..
  • Uruskan dak Kakak pergi dan balik ke sekolah pagi ni
  • Setengah hari dak Kakak takde, aman sikit rumah.. kalau tak, macam Tom and Jerry dia dengan dak Adik..
  • dak Nuha macam biasalah.. meneroka ruang tamu rumah..
  • Hubby yelek.. outstation.. malam nanti baru boleh gedik manja..


psstt: Dah lama tak pergi pasar malam kat Puncak Alam.. rindu dengan jagung bakar kat sana.. gebu-gebu.. pasar malam kat rumah aku tak best sebab jagung dia tak mampu nak goda mata aku..


Friday, October 5, 2012

Karangkraf Shah Alam



Semakin hari aku semakin sibuk.. Bila dah masuk tengahari, aku rasa nak putarkan balik masa tu jadi pukul 8 pagi.. Rasa macam tak cukup masa aku dibuatnya.. Tapi dengan masa 'suddent death' yang ada (time lunch), gigih aku cuba siapkan kerja-kerja yang ada..
 
 
Dipendekkan cerita..
  • Kelmarin.. aku dan segerombolan yang tak berapa ramai telah berjaya meninggalkan jejak di Karangkraf Shah Alam..
  • Kalau tak mengenangkan lawatan sambil belajar bukan budak sekolah hanya beberapa jam, ikutkan nafsu.. nak je aku borong banyak-banyak.. tapi beringat sebab hubby pernah pesan 'nak cepat habis, rebus buku tu minum airnya..' sebelum apa-apa berlaku baik aku sedarkan diri dari terus memborong lebih banyak lagi..
  • Nak kata aku tak bergambar.. rasanya banyak gambar aku cuma memandangkan bukan dalam camera 3310-i aku, maka tak dapatlah nak upload bebanyak ---> sebenarnya malas.. aku dengki takmo masukkan gambar dorang je..
 
 DAN..
Inilah hasil tangkapan aku di Karangkraf kelmarin selain dari dapat beberapa buah majalah free dari dorang.. Aku ingat dapat novel free.. kihkihkih..
Novel air tangan Ramlee Awang Mursyid (RAM) memang idaman kalbu..
psstt: Ada member aku sampai sekarang tak reti nak pulangkan siri 1 dan 2 novel 'Sunan' aku tu.. Agaknya laki dia bagi dia minum air rebusan novel aku tu gamaknya..
 
 
 
 
DAN..
Buat pertama kalinya mak budak a.k.a remaja purba memperkenalkan diri geng-gengnya..

Saja nak bagi yang ikut ke Karangkraf tu jealous sebab gambar dorang takde..
 
 
 
 
 
 
DAN.. (berapa banyak kali DAN daa..)
 Buat pengubat rindu uncle and auntie untuk weekend ni..
'tak sabarnya nak balik nak peluk gomol dak Nuha..'
 
 
 
 
psstt: Kesemua hasil tangkapan aku telah siap berbalut kemas dan simpan ditempat selamat.. DAN pasti lambat lagi aku baca sebab ada 3 novel adik ipar yang belum aku baca lagi.. Tamak kan aku..
 
 
psstt lagi: Ada yang bertanya apa yang sedang aku nantikan.. belum dapat maka tak boleh cerita lagi.. Aku tak mengharap tapi kalau boleh biarlah sebelum Raya Haji ---> Kira mengharapler jugak tu kan..
 
 
last psstt: Gigih nak sudahkan 'last psstt' ni..
 
 

Wednesday, October 3, 2012

Raya kan lambat lagi..?



 Petang Ahad, kupaksa hubby teman belikan bahan-bahan untuk buat 'setakat conflakes tak mencabar langsung..' Ntah kenapa mood terlebih rajin datang tiba-tiba.. Malam tu jugak aku buat dibantu oleh dak Kakak ---> sanggup tu.. padahal esoknya sekolah, aku pulak kerja..


 Hasil yang dak Kakak buat.. banyak masuk mulut dari buat..
dak Adik sibuk bertanya 'dah boleh makan ke ibu..'
DAN hasilnya dapatlah dak Kakak dengan dak Adik makan sambil layan 'Ninja Warrior' kat channel 617..



Manakala cubaan kali pertama ---> biskut mazola
Ni chef hubby buat.. selepas cubaan kali ketiga.. hubby bagitau..
'abang memang tak boleh buat kuih agaknya..'
Ok.. yang ni aku setuju..
 
psstt: tu ler bang.. walaupun biskut ai tak mencabar tapi hasilnya semua dapat makan.. kihkihkih.. takpelah bang.. nanti kita cuba lagi ek..
 
 
 
 
Dak Adik tak boleh tengok aku amik gambar.. 

Kalau takde orang hilang malunya nak bergambar..
tapi bila ramai orang payahnya bukan main..
 
 
 
 
psstt: Menanti dengan penuh sabar akan sesuatu yang besar..
 
 

Tuesday, October 2, 2012

Baru 3 hari menghilang..



aaarrrggghh....
macam mana aku boleh lupa..


aaarrrggghh....
dah pertengahan jalan baru teringat..


aaarrrggghh....
USB tertinggal bersama lappy kat rumah..




psstt: Maka.. berhabuk lagilah teratak mak budak ni..




Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...