31 Ogos 2024 - Sabtu
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dihentikan.
Tarikh ini pasti menjadi kenangan buat mereka yang terlibat dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam lubang susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2024 lepas.
Rakaman CCTV mangsa sebelum kejadian
Selepas sembilan hari Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan, akhirnya operasi ini dihentikan pada jam 3:42 petang, Sabtu, 31 Ogos 2024. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merumuskan operasi SAR ini terlalu berisiko bagi penyelam di mana terdapat halangan keras, ruang sempit dan keadaan arus di saluran kumbahan. Keputusan ini diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa.
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan pasukan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium (IWK), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Unit K9 dan Agensi lain yang berkaitan. Sepanjang operasi dijalankan, kaedah selaman di enam lurang kumbahan loji kumbahan IWK di Pantai Dalam serta teknik flushing, jetting, simulasi tong dan botol yang digunakan gagal membuahkan hasil.
Kami kecewa tidak dapat menemui mangsa - BOMBA
Anggota Bomba ingin meneruskan operasi SAR tetapi terpaksa akur kerana faktor keselamatan di lokasi kejadian. Sepanjang 206 jam operasi, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi pasukan SAR dan mereka telah melakukan yang terbaik dalam operasi yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
di SINI..
Beginilah keadaan sebenarnya yang kami alami. Risiko operasi kami yang jarang kami tunjuk dan ada ketika kami tidka benarkan petugas ramai masuk ke ground zero ini sebab bahaya. Keselamatan semua petugas adalah di bawah tanggungjawab kami. Biar kami tanggung risikonya kerana tanggungjawab ini yang kami pikul sebagai pasukan peneraju penyelamatan negara - BOMBA
Keluarga wanita mangsa terpaksa menerima keputusan SAR dihentikan.
01 September 2024 - Ahad
Suami dan anak mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebelum itu, keluarga mangsa melakukan upacara keagamaan di lokasi insiden berkenaan.
Keluarga mangsa pulang ke India
Kini tindakan selanjutnya di lokasi kejadian akan diteruskan dengan proses pemulihan (search and recovery) dan setakat ini sekatan pergerakan belum dilonggarkan sepenuhnya di kawasan sekitar kejadian.
Teringat..
31 Ogos 1997
Teringat satu berita menggemparkan dunia. Diana, Princess of Wales meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan kereta bagi mengelak jurugambar paparazzi.
#RemajaPurba: Sumber dari en. Google..
siapa sangka tanah boleh jerlus macam tu kan....
ReplyDeletePasukan SAR kita dah berusaha sehabis baik.. Tahniah
ReplyDeleteSedih kan..tapi terpaksalah demi keselamatan anggota lain...ntah dasar mana la mayat mangsa agaknya
ReplyDelete