25 September 2024 - Rabu (21 Rabiulawal 1446H)
Hari ni aku cuti membantu en. Hubby yang menguruskan tempahan makanan dari myBIL dari Terengganu untuk sarapan pagi dan makan tengahari bagi rombongan sekolah beliau dari sana ke sini.
KidZania Kuala Lumpur, di sini kami hantar tempahannya. Hujan mengiringi.
Selepas selesai urusan berkaitan, kami meneruskan perjalanan ke luar negeri bagi melawat rumah yang akan disewa oleh dak Kakak dan kawan-kawannya. Sebagai wakil bagi semua anak-anak yang terlibat, kami bertemu tuan rumah dan berbincang segala yang berkaitan. Ini kerana sebelum ini, kami hanya berurusan melalui panggilan dan whatapps.
'house tour'
Ruang luar - meja untuk study, sofa dan meja makan
Bilik tidur - katil single dan almari satu pintu.
Bahagian belakang - ruang memasak, akan diletakkan dapur dan tong gas.
Peti sejuk akan ditukar yang baru.
Mesin basuh dan peti sejuk akan dibekalkan kemudian oleh tuan rumah.
Bahagian siling dibuka sedikit bagi ruang pengudaraan + sidai baju
Tuan rumah sangat baik dan friendly..
'Awalnya kami berbelah bahagi juga untuk sewakan ruang ni tapi bila tahu masih ada yang mencari rumah untuk disewa, ini yang kami buka, lagipun ruang ni kami guna hanya bila ada mesyuarat/perbincangan'.
Seperti yang dibincangkan, dari segi dokumentasi dan kunci akan diserahkan pada hari kejadian nanti. Selesai urusan berkaitan, terus gerak balik memandangkan en. Hubby kena outstation ke Johor malamnya. Penat tapi kenalah hadap.
26 September 2024 - Khamis (22 Rabiulawal 1446H)
Pagi..
Tiba-tiba dak Kakak mesej bagitahu yang dia dan kawannya diterima masuk ke kolej kediaman. Permohonan rayuan sebelum ini 'tewas' tapi tak sangka berita gembira yang diterima. Berkali-kali aku minta dak Kakak untuk semak semula, takut hanya sekadar harapan palsu tapi bila ku lihat sendiri, betullah.
Selepas maklumat telah disahkan betul dan semua kawannya turut diterima masuk, aku terus menghubungi tuan rumah yang kami jumpa semalam bagi memaklumkan perkara ini. Rasa bersalah kerana terpaksa menolak untuk menyewa di situ.
'Kami mohon maaf sebab terpaksa batalkan untuk sewa di situ kerana anak saya dapat kolej kediaman dan untuk kes macam ni, apa tindakannya? Adakah deposit itu dapat semula atau burn?'.
'Assalamualaikum puan. Tak apa, saya pulangkan semula duit. Bukan salah puan untuk saya hold duit tersebut. Nanti bagi no. akaun ye'.
'Wsalam. Sekali lagi saya mohon maaf sangat² bagi pihak kelima² anak² ni. Alhamdulillah semua dapat atas rayuan kedua kolej kediaman. Terima kasih kerana banyak bantu kami walau akhirnya kami tak jadi menyewa'.
Sedih + rasa bersalah sangat pula aku rasa. Aku harap akan ada mereka yang lain menyewa di situ. Kemudahan dalamnya lengkap bukan kosong. Moga tuan rumah diberikan rezeki yang melimpah ruah di atas bantuan dan kebaikan yang diberikan. InsyaAllah.. Aamiin..
27 September 2024 - Jumaat (23 Rabiulawal 1446H)
Jumaat terakhir bagi bulan September 2024.
Jumaat terakhir bagi bulan September 2024.
Alhamdulillah pagi Jumaat yang indah..
Syukur kita dibangunkan dengan pertolongan dari Allah.
Yakin pada Allah..
Rezeki yang Allah beri itu cukup dan ada rezeki buat dak Kakak..
Ya!Allah..
Aku bersyukur padaMU..
Terima kasih Ya!Allah..
Rezeki buat dak Kakak di saat sedang buntu memikirkan bagaimana nak kembali ke sana.
Alhamdulillah rezeki utk Kakak dan kawan²-nya.
ReplyDeleteInsha Allah ada rezeki lebih baik juga utk tuan rumah yg baik hati tu
Alhamdulillah dipermudah kan semua urusan.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah
ReplyDeletealhamdulillah dapat kenal dengan orang baik2
ReplyDelete