Followers Remaja Purba

Friday, December 30, 2022

Minggu terakhir Disember 2022


25 Disember 2022 - Ahad
Tengahari:
Aku di SINI..

Malam:
Pukul 11:30 malam dak Kakak tiba dari Pahang. Alhamdulillah.. lega aku bila dah nampak dia ada depan mata.


26 Disember 2022 - Isnin
Meluangkan masa beriadah bersama anak-anak dengan bermain bowling. Sebelum itu aku bagi pilihan pada anak-anak sama ada nak tengok wayang atau main bowling.

Lega.. bowling menjadi pilihan anak-anak sebab MakBudak yang tak nak tengok wayang sebenarnya. Walau balingan dah ke gaung dalam tapi takdelah teruk sangat corak permainan aku.. hahaha..

Cikgu sedang mengajar anak-anak muridnya.

Bila Babah mengajar anak-anak bermain bowling.
Lucu tapi menyeronokkan.

Penat bermain bowling..
Kita sambung yang ini pula.
Anak-anak gembira, aku dan en. Hubby bahagia.


27 Disember  2022 - Selasa
Dengan langkah kanan memulakan perjalanan ke tempat kerja. Rutin harian kembali seperti biasa.


28 dan 29 Disember 2022 - Rabu & Khamis
Cuti Sakit diberikan oleh doctor dek kerana sakit pinggang + gusi sakit serentak. Sakit berdenyut-denyut dibuatnya.


30 Disember 2022 - Jumaat
Pagi:
Menyerah diri di klinik gigi bila mana semakin teruk aku rasakan. Sangat tak selesa + sakit berdenyut-denyut + susah nak tidur.

Rindu dengan laluan naik ke parking bangunan ini.
Dah berubah wajah sebahagian darinya.

Rindu... rindu serindu-rindunya..

Bila aku ada urusan di sini, aku lebih suka parking di dalam bangunan, senang untuk membuat urusan berkaitan di kawasan berhampiran. Tak perlu terkial-kial mencari parking kosong. 

Malam:
Bawa dak Kakak ke klinik - demam + batuk + selesema. Bila jarang sakit.. sekali kena boleh terbaring lesu dibuatnya.

#RemajaPurba: Masa untuk berehat.

Thursday, December 29, 2022

Baju Tema vs Kenduri Perkahwinan


25 Disember 2022 - Ahad

Menghadiri kenduri perkahwinan anak kawan en. Hubby di selatan tanahair.. eemm.. 🤔 Macam biasa warna baju aku mesti sama tiap kali pergi kenduri tapi kali ni aku rasa macam aku anak tuan rumah 🤣 - sampai ada yang bertanya aku siapa. Aku pulak selamba duduk menyelit di khemah utama bersama mak dan ayah pengantin. 

Dari jauh bila nampak warna khemah, aku tahu yang aku dah tak boleh nak patah balik.

Hitam + Ungu = Cantik

Sementara belum ramai orang, jomlah kita makan dulu.
Menu yang disediakan oleh pihak catering, semuanya sedap belaka.

En. Hubby bila dah jumpa geng, aku pun dia dah tak kisahkan.

Pasangan pengantin yang diiringi dengan paluan kompang..

Kompang dipalu pengantin baru..

Dulu...
Zaman aku Budak Purba, suka sangat tengok orang main kompang ni, bajet cun ler masa tu.

Sekarang..
Suka jugak tapi ambil gambar + video jelah.. dulu tak merasa.

Makan beradab

Gambar kenangan haruslah ada..

Baju asal yang ingin aku pakai - hijau

Nasib baiklah aku tak pakai warna senada dengan pihak pengantin perempuan.. last minute tukar pakai warna baju lain tapi warna itulah yang sama dengan family tuan rumah. Kau rasa.. 😆 (takkan aku nak tanya dengan tuan rumah 'tema warna apa' tiap kali pergi kenduri kan..) 😅

Lupa nak ambil gambar semua menu makan beradab kali ni.

Mak dan ayah pengantin lelaki.

Nasib baiklah corak baju kita tak sama.. 

Banyak sebenarnya gambar yang ada tapi sebab aku tak kenal, jadi ini jelah yang aku simpan di sini.

'Mak dan Ayah' kita.. 

Kakak dan Adik..
Geleng kepala en. Hubby melayan kerenah MakBudak..

Ice cream pun sama warna dengan baju aku.

Sebelum balik..
Bukan dua, bukan tiga tapi lima kuntum aku bawa balik..
Bunga telur untuk tetamu hasil buatan mak pengantin lelaki

Bunga yang diperbuat dari kertas suratkhabar

Bunga yang ini pula diperbuat dari sabun.. wangi.


SEBENARNYA..
Tuan rumah dengan en. Hubby pernah bekerja di tempat kerja yang sama sebelum ini. Bertambah rapat bila setiap kali menyambut hari raya Aidifitri yang mana rumah mereka antara 'kampung' yang mesti kami singgah. Jadi, tidak mustahil kerenah aku dah macam anak tuan rumah. 

Apa-papun..
Buat pasangan pengantin, moga rutin harian dipermudahkanNYA dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

#RemajaPurba: ...

Saturday, December 24, 2022

Perempuan Bukan Cerewet tapi Teliti


Orang perempuan banyak guna otak kiri sebab tu dia bukan cerewet tapi teliti.
Contoh: Kalau dia tengok langsir terjongket sikit, hilang mood dia nak masak.

Orang lelaki lain - dia berfikir (berpandangan jauh)
Contoh: Benda kecil, dia baca suratkhabar, langsir tu dah jatuh sampai ke kaki rileks dia baca lagi suratkhabar.
'Abang tak nampak ke langsir tu?'
'Nanti dia naik sendirilah tu'.

Selain itu, antara contoh-contoh perbezaan menarik antara orang perempuan dengan lelaki:
  • Pergi pasaraya, tempat lelaki yang allergic, walau dah berpuluh tahun dia mengulang pasaraya yang sama dengan isteri dia, dia tetap tak tahu nak cari itu kat mana, ini kat mana. Dia tak pernah simpan benda itu sebagai benda penting dekat dia.
  • Orang perempuan ni lain, bila dia pergi pasaraya, walau pasaraya itu baru dibuka hari ini, dia seolah-olah dilahirkan di sana. Dia tahu dah nak cari kat mana itu, kat mana ni - dia tahu.
  • Orang lelaki cari barang, sembilan barang dalam satu kedai tapi orang perempuan cari barang, satu barang sembilan kedai.
  • Sebab itu pasaraya menyediakan kerusi ajaib sementara nak tunggu isteri cari barang.
  • Tak boleh bagi orang perempuan jaga GPS - Fail! (Jauh nak kena u-turn, suami pulak sabar.. sabar.. keras tangan pegang stereng).
  • Orang perempuan kalau dia tahu jalan itu, janganlah kau ubah jalan lain. Orang lelaki tahu banyak jalan lain (jalan alternatif), orang perempuan ni tak.
  • Orang perempuan dengan orang lelaki perbezaan inilah yang menjadikan rumahtangga kita bahagia.


DALAM RUMAHTANGGA:
Kita takkan kenal pasangan kita melainkan kita dah kahwin dengan dia.
  • Dulu sebelum kahwin kita tahu fatamorgana je sifatnya - tak berpijak di bumi yang nyata.
  • Sebelum kahwin memanglah.. dulu kentut masuk bilik air, sekarang kentut bersepah.
  • Orang dahulu walaupun tidak kenal tapi bahagia. Hari ini kita dah kenal segala-galanya sampai dah tak tahu nak buat apa. Itu sebab nasihatkan anak-anak kita jagalah perilaku, jagalah perangai.
  • Anak-anak kita bercouple, berapa ramai budak-budak muda kena tangkap dekat tempat sunyi, duduk dekat tempat sunyi, parking berdua buat apa. 'Buat kuih cakoi' (Kuih cakoi tu kan melekap satu sama lain).

Kita kena ingat, pasangan suami isteri tak sama dengan yang lain, jangan dibanding-bandingkan.
  • Contoh: Kita dengan isteri/suami kita (pasangan hidup kita) - 'cuba ikut dia ni'. Jangan cakap tak elok, benda tu tak baik. Kita jaga ikut pemahaman kita suami kita macam mana.
  • Sebenarnya biarlah hidup kita tak senang, tak kaya tapi bahagia. Kekadang rumah kecik je tapi suami romantik, itu mustahak.
  • Menurut kajian: Suami yang romantik ini memiliki 'Roy' - Boroi. Kalau dia ada perut biasanya dia dinilai romantik. Lagi boroi lagi romantik. Menyanyi-nyanyi dia bila balik kerja tu.
  • 'Indah sungguh panorama' isteri jawab 'bagai bulan nirwana' anak pulak 'uh lala..' 'Oh!Bahagia betul keluarga dia'


Orang perempuan jangan guna posmen dah bila bab tegur suami.
'Long, kau cakap dengan abah kau, nasi goreng dah siap'.
'Bah, mak cakap nasi goreng dah siap'.
'Kau cakap dengan mak kau kejap lagi'.
Suami tengah basuh motor.
'Mak, abah cakap kejap lagi'.
'Kau cakap dengan abah kau, sekarang, now!' (Dia Timbalan Pengerusi Puspanita, cakap bahasa omputih je).
'Ni abah, mak cakap tau - sekarang, now!'
'Kau cakap dengan mak kau, tak reti bahasa ke'.
'Mak, ni abah cakap tau, tak reti bahasa ke apa?'
'Kau cakap dekat abah kau, jangan kurang ajar boleh tak?'
Sudahnya si anak 'Ibu cakap sendirilah dekat abah'.

Kan tak elok cara macam tu.
Jangan guna anak sebagai orang tengah/posmen. Jangan tinggalkan persepsi yang tak elok pada si anak. Biar dia membesar dalam keluarga bahagia, bukan membesar melihat ibu dan bapanya 'bercakaran'.

-Sumber - Syamsul Debat (2017)-

#RemajaPurba: Nak berubah tak perlu tunggu orang 'ubahkan'.

Thursday, December 22, 2022

GANTIAN CUTI REHAT (GCR) - Penjawat Awam


Sekadar berkongsi untuk pengetahuan bersama.



BAJET 2022_ GCR PENJAWAT AWAM DINAIKKAN KEPADA 160 HARI
Kuala Lumpur: Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi penjawat awam dinaikkan daripada maksimum 150 kepada 160 hari.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari.

Beliau berkata, kemudahan ini mengambil kira keperluan penjawat awam seperti menunaikan haji atau membiayai pengajian tinggi anak.



  • Pemberian awal award wang tunai GCR adalah satu keistimewaan atau kemudahan dan ianya bukan hak.
  • Ia juga tertakluk kepada syarat-syarat permohonan dan peruntukan kewangan Jabatan bagi membiayai permohonan pemberian awal award wang tunai GCR.
  • Prinsip kelulusan pemberian awal GCR adalah tertakluk kepada alasan atau tujuan yang dinyatakan oleh pegawai dan berdasarkan permohonan awal yang diterima.



Definisi Gantian Cuti Rehat (GCR):
Merupakan award wang tunai yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat.

Sejarah pemberian Gantian Cuti Rehat (GCR) bermula pada:
  • 1 Januari 1974 sebanyak 90 hari
  • 1 Januari 2003 sebanyak 120 hari
  • 1 Januari 2009 sebanyak 150 hari
  • 1 Januari 2022 sebanyak 160 hari <--- ini yang terkini



PUNCA KUASA (Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia - PPSM):
  • PPSM Ceraian PP.1.3.1 (Pemberian GCR)
  • PPSM Ceraian PP.1.3.2 (Pemberian GCR - Skim KWSP)
  • PPSM Ceraian PP.1.3.3 (Lebihan GCR ke Cuti Rehat
  • PPSM Ceraian PP.1.3.4 (Pemberian Awal GCR)
'Kerajaan juga akan melaksanakan kemudahan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50 peratus atau 80 hari' - (Pembentangan Belanjawan 2022, 29 Oktober 2021.


SYARAT PENGUMPULAN GCR:
  • Setengah daripada kelayakan cuti rehat pegawai bagi tahun yang berkenaan (terhad kepada maksimum 15 hari)
  • Mendapat Kelulusan Ketua Jabatan



SYARAT PEMBERIAN AWAL GCR:
  1. Tempoh perkhidmatan tidak kurang 15 tahun
  2. Telah mencapai umur 45 tahun (mengikut tarikh lahir)
  3. Jumlah GCR terkumpul sekurang-kurangnya 80 hari
  4. BEBAS daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib
  5. Pemberian awal GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan.
  6. Menyatakan alasan atau tujuan permohonan bagi tujuan kelulusan Ketua Jabatan.
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah ditetapkan.
  8. Mendapat perakuan dan kelulusan daripada Ketua Jabatan.



TATACARA PERMOHONAN:
  • Mengisi Borang Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (sebanyak 80 hari) di bawah Ceraian PP.1.3.4 - dua salinan.
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan (2 salinan).
  • Permohonan hanya boleh dikemukakan SEKALI sahaja setahun iaitu pada bulan MEI setiap tahun.
  • Pembayaran pemberian awal award wang tunai GCR yang telah diluluskan akan dibuat melalui bayaran gaji pegawai.


BAKI BAYARAN GCR APABILA BERSARA:
Sekiranya pegawai telah mendapat kelulusan bayaran awal GCR sebanyak 80 hari, maka apabila bersara kelak bayaran GCR tertakluk kepada baki jumlah GCR yang dikumpul (terhad kepada jumlah keseluruhan 160 hari).




PERMOHONAN MENARIK BALIK KELULUSAN PEMBAYARAN AWAL:
Setiap permohonan bayaran awal GCR yang telah diluluskan boleh ditarik balik atau dibatalkan, sekiranya pembayaran masih belum dilaksanakan.



JUMLAH GCR YANG BOLEH DIAMBIL:

Soalan:
Saya telah mengumpul GCR sebanyak 85 hari dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk pemberian awal GCR. Bolehkah saya mengambil kesemua 85 hari?
Tidak Boleh. Anda hanyak layak menebus sebanyak 80 hari sahaja.

Saya telah mengumpul GCR sebanyak 75 hari. Bolehkah saya membuat permohonan awal GCR?
Tidak Boleh kerana anda tidak memenuhi syarat kelayakan jumlah GCR yang terkumpul sebelum penebusan sekurang-kurangnya 80 hari.

Saya telah mengumpul GCR sebanyak 90 hari. Bolehkah saya mengambil GCR awal 50 hari sahaja?
Tidak Boleh. Jumlah minimum penebusan awal GCR yang boleh diambil adalah 80 hari.



PEMBAYARAN:
Pembayaran pemberian awal GCR yang telah diluluskan akan dibuat melalui bayaran gaji pegawai.

Soalan:
Apakah pemberian awal GCR mendapat pengecualian cukai?
Tidak. Pemberian awal GCR yang diterima tertakluk kepada cukai pendapatan tahun semasa di bawah Akta Cukai Pendapatan.



FORMULA PENGIRAAN:

1/30 x Gaji Semasa Yang Diterima* x 80 hari
(*Gaji Hakiki Bulanan + Imbuhan Tetap)

Senarai Imbuhan Tetap (tertakluk mengikut Gred):
  • Imbuhan Tetap Perumahan
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam
  • Imbuhan Tetap Keraian
  • Imbuhan Tetap Jawatan Utama





-'Penjawat awam diminta fikir dahulu jika ingin tebus awal GCR'-
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam


#RemajaPurba: ...

Hayya Hayya (Better Together) Lyrics | FIFA World Cup 2022


Keep it here as a memory
Aku janji ini kisah terakhir -FIFA World Cup 2022..

Song: Hayya Hayya (Better Together) ➡️ HERE.. 

The first single of the multi-song FIFA World Cup 2022™ Official Soundtrack
The title contains the Arabic word hayyā (هيا), an interjection meaning 'let's go!'

Trinidad Cardona - lyrics, composition, vocals
Davido - composition, vocals
AISHA (Aisha Aziani) - vocals
RedOne - lyrics, composition, production, arrangement, background vocals

=========================================================================

Song: Hayya Hayya (Better Together)


{Intro}
Hayya, Hayya, Hayya (Yeah)
Hayya, Hayya, Ha— (You know what it is)
Hayya, Hayya, Hayya
Hayya, Hayya, Ha— (RedOne)

Hayya, Hayya, Hayya
(Aisha)
Hayya, Hayya, Ha—
(Davido)
Hayya, Hayya, Hayya
(Trinidad)
Hayya, Hayya, Ha—


{Verse 1}
I wanna walk the walk on every street
I wanna ball out with the world at my feet
Hit every discotheque and not skip a beat, eh, eh
I wanna party, party eight days a week

I promise, I promise, I promise you now
Everything, everything gonna work out
Every tomorrow, no matter what goes down
I promise, I promise, I promise you now
Gonna be, gonna be sticking around
Every tomorrow, no matter what goes down


{Chorus} 2x
(Yo yo yo, yo ho)
You know we better together
(Yo yo yo, yo ho)
Don’t wanna wait forever
(Yo yo yo, yo ho)
You know we better together
(Yo yo yo, yo ho)
The time is now or never

Hayya, Hayya, Hayya
Hayya, Hayya, Ha—


{Verse 2}
Life can be up and down but what can you do, eh?
We navigate through all the rough and the smooth, yeah
We got that rock ‘n’ roll, that rhythm and blues, yeah, yeah
I’m never blue if I am rockin’ with you

I promise, I promise, I promise you now
Everything, everything gonna work out
Every tomorrow, no matter what goes down
I promise, I promise, I promise you now
Gonna be, gonna be sticking around
Every tomorrow, no matter what goes down

{Repeat Chorus}

{Bridge}
Yeah, you can hop on your own wave
(Yeah, you can ride it for life)
But every journey is better
(When you got love on your side)

{Repeat Chorus}

Hayya, Hayya, Hayya
Hayya, Hayya, Ha—
Hayya, Hayya, Hayya
Hayya, Hayya, Ha—

=========================================================================


Dreamers song during fifa 2022 opening ➡️ HERE..


#RemajaPurba: Sumber dari en. Google..

Tuesday, December 20, 2022

ARGENTINA vs FRANCE World Cup 2022 | FINAL


Semua dah tahu pasukan mana yang bergembira dan pasukan mana yang bersedih.

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2022
FINAL

LUSAIL STADIUM


ARGENTINA vs FRANCE
18 Disember 2022 - Ahad

Argentina team

France team

Perlawanan terakhir buat Messi pada Piala Dunia FIFA - nanti lepas cuci bersih gantung ye kasut bola tu kat rumah. Kali ni entah kenapa aku tak nak Argentina menang.. Mungkin sebab asyik Messi.. Messi je disebut orang. Takpelah.. dah rezeki team dia kan..

 Argentina vs France (3 - 3)
Penalties: 4 - 2




Sejarah tercipta tapi kali ini terbalik pulak, dalam beberapa perlawanan sebelum ini pasukan yang mendahului dengan penalti, akhirnya pasti pasukan tu kalah seperti di SINI tapi tidak pada perlawanan ini. Menang bergaya Argentina selepas kali terakhir pada tahun 1986 di Mexico. Congratulation to Argentina.

Lionel Messi

Kylian Mbappe

Menambah satu lagi kisah untuk dimasukkan ke dalam sejarah Piala Dunia di SINI..

Two players have scored hat-tricks in World Cup Finals. Geoff Hurst scored three for England against West Germany in 1966 Final. This is also the longest hat-trick to be completed - most time between the first and third goals. His first goal came at 18', while the second and third goals were in extra time at 98' and 120'. Kylian Mbappe scored a hat-trick in the 2022 FIFA World Cup final for against Argentina.

  • Golden Boot award - Kylian Mbappe (France)
  • Golden Ball award - Lionel Messi (Argentina)
  • Best Young Player award - Enzo Fernandez (Argentina)
  • Golden Glove award = Emiliano Martinez (Argentina)

Closing Ceremony | FIFA World Cup Qatar 2022 warms up the atmosphere again - HERE.. Love this song Hayya Hayya so much after Dreamers..

Sebelum ini  perlawanan Separuh Piala Dunia 2022 | Third Place play-off di SINI..


AKHIRNYA..
Tiada lagi debaran.
Tiada lagi tidur lambat terlajak bangun pagi.
Tiada lagi asyik tengok jadual perlawanan.
Tiada lagi.. cukup di sini semua kenangan yang ada.
Panjang umur kita jumpa lagi empat tahun di United States, Canada and Mexico..


#RemajaPurba: Gambar sumber dari en. Google.

Monday, December 19, 2022

Selamat Hari Lahir myAdik Bongsu


19 Disember 2022 - Isnin

Selamat Hari Lahir buat myAdik - the only one in my family.

Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan serta moga rutin harian dipermudahkanNYA.


Anak mak dan ayah aku ada dua orang je..
Sulung dan Bongsu.

#RemajaPurba: ...

Sunday, December 18, 2022

CROATIA vs MOROCCO World Cup 2022 | Third Place play-off


Separuh Akhir Piala Dunia 2022
Third Place play-off

CROATIA vs MOROCCO
17 Disember 2022 - Sabtu


Pasukan Morocco



Pasukan Croatia


Tamatlah sudah perjuangan Morocco selepas Croatia memadamkan impian terakhir Morocco untuk mendapatkan tempat ketiga dalam kejohanan kali ini selepas tewas di tangan France pada perlawanan suku akhir sebelum ini. 

Croatia vs Morocco (2 - 1)

Seawal minit ke-6 Croatia mendahului melalui jaringan dari Josko Gvardiol (reviewer comments: Brilliant.. magnificent.. set piece goal).

Josko Gvardiol

Tersentak dengan gol tersebut, Morocco mengejar dan menyamakan kedudukan pada minit ke-9 oleh Achraf Dari yang merupakan 1st International Goal buat dirinya.

Achraf Dari

Sebelum tamat separuh masa pertama, sekali lagi Croatia mendahului 2 - 1 dengan jaringan oleh Mislav Orsic pada minit ke-42 (Beautiful Goal, Outstanding Goal). Jaringan tersebut kekal hingga tamat perlawanan.

Mislav Orsic



Congratulations to the croatia team for winning third place in the FIFA tournament in Qatar. For you morocco team, congratulations because you managed to be in the top four in this world cup.


Malam ini.. 18 Disember 2022 - Ahad
Perlawanan Akhir di antara Argentina vs France.

Aku..?
Goalkeeper, coach, referee - menjadi pilihan. Menang atau kalah tak kisah.

#RemajaPurba: Gambar sumber dari en. Google.

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...