Followers Remaja Purba

Monday, August 2, 2021

Rahsia Kekal Sihat


Bertemu kembali denganmu wahai Ogos.
Tahun lepas tak banyak kenangan yang aku simpan sepanjang bersamamu di SINI.

Kali ini - Ogos 2021:
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih berjalan seperti biasa sehingga akhir bulan ini. Begitu juga dengan aku masih meneruskan rutin bekerja dari Rumah (WFH). 

Alangkah bahagia dapat bersama keluarga yang jauh nun di kampung. Namun, hanya titipan doa mengiringi rutin harian mak, ayah dan keluarga aku di sana, tak lupa juga family mertuaku di sini. Situasi Covid-19 makin menjadi-jadi, pemangsa yang mampu menggoyahkan kehidupan kita dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Bertenang selagi boleh.

Keadaan aku..?
Rasa bersalah kerana mengabaikan kesihatan diri. Makin jauh terpesong dari pengambilan makanan berkhasiat. Hailaa MakBudak, macam mana nak kekal sihat, kalau masih cuba abaikan kesihatan diri. Nenek dah bagi rahsia kekal sihat pun kau macam tak ambil peduli. 

Rahsia kekal sihat..
Kisah asal di SINI..

'Takde rahsia apalah, makan sama macam biasa. Nenek tak makan burger, makanan segera macam maggi nenek tak makan. Sebelum tidur minum air suam, susu pun ada jugak minum'.

'Dulu masa dalam pantang, nenek jaga makan, pakai bengkung. Jaga elok-elok.'
'Kalau nenek sakit, nenek makan panadol. Nenek hancurkan, letak dalam susu lepas tu nenek minum'.
Mudah + senang = hanya perlu rajin dan berusaha ke arah yang lebih baik.

#RemajaPurba: Cabarlah diri tu kembali MakBudak..

4 comments:

  1. dah tua tua ni, saya pun malas nak diet beriya sangat....

    ReplyDelete
  2. Godaan tekak biasa menghancurkan program diet kita

    ReplyDelete
  3. Salah satu cara untuk mendapatkan badan yang slim adalah dengan menggunakan bengkung. Antara kebaikan menggunakan bengkung ialah boleh sokong tulang belakang dan abdomen, kempiskan perut, buang angin dalam badan dan banyak lagi. Jadi kalau nak kurus, gunalah bengkung bengkung ^^

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...