Kanan..
Hendak melintas pagar rumah pun rasa serba-salah walau memang ada urusan tertentu.
Kiri..
Senaman paling bahaya ketika berada di ruang dapur. Semua anggota badan saling bekerjasama tanpa dipaksa.
Belakang..
Dinding yang dilatari penuh dengan warna kehijauan. Hijau sejuk mata memandang tapi sekarang rasa berbahang kerana belum dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan balik kampung. Sabar.. jauh lagi untuk menjadikannya realiti.
Depan..
Siapkan kerja sekolah tu..!
Siapkan tugasan online dari tempat kerja tu..!
Atas..
Mulalah mata ni mengecil sambil merenung bilah kipas yang sedang berpusing. Terasa seperti dijampi dek ahli silap mata pula rasanya.
#RemajaPurba: ...
sebab tu lebih pilih buat kerja di pejabat dari di rumah, banyak rehat dan tidur dari buat keje heheheh
ReplyDelete