Followers Remaja Purba

Sunday, August 8, 2021

Kenduri pada 8.8.2021


Pukul 12 tengah malam 8 Ogos 2021 (Ahad)

Dak Kakak, dak Adik dengan dak Nuha dah bersedia dengan list memasing untuk 'kenduri'kan duit ibunya di 8.8 Shocking Sale - Shopee.

Bila dah tengok apa yang ada dalam 8.8 tu, mulalah jemari klik sana, klik sini. Hailaa anak-anak, ni kalau dilayan mahu susut duit ibu, mahu kusut kepala ibu.

Dalam menepis permintaan anak-anak yang dah mula rambang mata, dapat jugalah barang yang mereka inginkan. Bila musim shocking sale macam ni, aku tak nak deme mengharap + ketagih dengan benda macam ni. Aku sorang ketagih takpe.. hahaha..

Kalau mereka nak juga, kena bagi justifikasi tujuan dan kepentingan barang tersebut selain aspek kualiti juga perlu diambil kira, tak nak main aci redah je. 

Seronok sebenarnya melayan kerenah anak-anak disamping ibunya yang macam budak-budak ni. Dalam masa yang sama, ku titipkan nasihat buat deme..

'Jangan tamak, jangan rambang mata. Duit nak guna bukan untuk hari ni je tau. Sakit pening, mati pun kena ada duit. Ibu ingatkan.. tak nak kita semua lupa'.

#RemajaPurba: Anak-anak seronok, aku gembira.

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...