Followers Remaja Purba

Saturday, August 28, 2021

Selamat Hari Lahir buat my MQA @ dak Adik

 
28 Ogos 2021 (Sabtu) 

Tiga hari sebelum tarikh Kemerdekaan Negara Malaysia, budak ni menjengah dunia. Dah besar dah + lagi tinggi dari ibunya ni. Secret weapon dia.. Aku je yang boleh buat dia menangis tapi yang tak best dengan aku sekali turut menangis.

Budak ni memang tak suka bergambar, usahlah dipaksa. Kalau ada pun.. 'Ibu jangan post dekat mana-mana'.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU my MQA @ dak Adik.
Selamat Hari Lahir my 2nd Bodyguard in d house.
Moga rutin harianmu dipermudahkanNYA.

Nasib kaulah dik, ibu sabotaj gambar ni.

Sempena meraikan hari lahir dak Adik, kami buatkan pulut kuning, ayam masak merah dan air kotak untuk diagihkan ke rumah di kawasan rumah kami. Alhamdulillah.. lepas juga hajat aku. 

Dah siap agih, baru teringat nak ambil gambar bungkusan makanan ini bersama dak Adik. Takpelah dik, janji apa yang ibu hajat, berjaya direalisasikan. 

Roti jala + kari telur dari mySIL buat dak Adik.

Hadiah..?
Dah beli tapi sayang dak Adik tak muat. Kena beli lainlah jawabnya.

#RemajaPurba: ...

2 comments:

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...