DAY 167 (31 OGOS 2020 - Isnin)
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 tahun. Kisah awal di SINI..
Seperti tahun-tahun yang lepas, aku menyambut di hadapan tv di dalam rumah je. Tahun ini dalam norma baharu dan pertama kali dalam sejarah tiada perarakan besar-besaran.
DAY 168 (01 September 2020 - Selasa)
Setiap hari proses kerja dan rutin harian berulang-ulang bak roda treler di tengah lebuhraya. Penat.. hingga adakala terasa nak abaikan sahaja sebahagian dari rutin tersebut.
Aku pujuk hati..
Sabarlah.. Kuatkan semangat.. Jangan terlampau melayan rasa penat itu dan bagi meredakan rasa penat selepas melakukan rutin harian, sebelum tidur bacalah Zikir Fatimah ini..
Subhanallah 33 kali
Alhamdullilah 33 kali
Allahuakbar 33 kali
Sumber dari SINI..
DAY 169 (02 September 2020 - Rabu)
Dak Kakak bagitahu kipas biliknya 'mati'. Alahai.. kenapalah waktu macam ni ia nak mati. Matilah lambat lagi.
'Buat sementara ni Kakak tidur dalam bilik ibu dulu sementara nak beli kipas baru'.
Maka, Babahnya kenalah mengalah, terpaksa tidur di luar.
#KisahKita: Aku pernah catatkan di SINI..
Lahai sian kaka, bertabahlah kakak
ReplyDeletethanks share ya
ReplyDeletebetul tu , saya time pkp awal awal dulu peti ais rosak . alahai -,-
ReplyDeleteterima kasih share zikir