Followers Remaja Purba

Sunday, September 20, 2020

Virus Mula Mengganas


DAY 183 (16 September 2020 - Rabu)
16 September 1963 adalah hari pengisytiharan Malaysia yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman di hadapan kira-kira tiga puluh ribu rakyat.

Ambil Tahu?
dari en. Google


DAY 184 (17 September 2020 - Khamis)
Tahun lepas aku hanya sebagai 'mangsa' tetapi pada tahun ini aku pula adalah 'pemangsa' disebalik Latihan Pengungsian Bangunan (Evacuation Drill) yang  telah diadakan di tempat kerja aku. Pemangsa yang bermaksud kali ini aku antara sebahagian dari urusetia.

Kali ni bukan abang 'Celoreng Bomba' yang mai..
Kalau deme yang mai, aku bagi sipi-sipi je kenangan bersama deme.. 😄


DAY 185 (18 September 2020 - Jumaat)
Akhirnya virus selesema mula mengganas dengan menyerang diri aku yang mana menjadikan aku mangsa terakhir di dalam rumah yang dijangkiti. Sebelum itu dak Adik orang pertama, diikuti dak Nuha dan seterusnya menyerang en. Hubby dan akhirnya dak Kakak.

Punca jangkitan ke atas diri aku adalah dari dak Kakak. Bagaimana? Menjadi kebiasaannya akan peluk cium aku sebelum tidur.
'Tak payahlah cium ibu, nanti berjangkit..'
'Ibu takkan kenalah..'
Penuh yakin dak Kakak cakap, dia ingat aku ni macam penapis air yang boleh menapis bendasing agaknya.. 😂

Aku terpaksa batalkan temujanji aku di hospital.. tak larat + tak selesa.

DAY 186 (19 September 2020 - Sabtu)
Seharian aku di rumah, berehat..

#KisahKita: ...

3 comments:

  1. rasanya dah hampir 3 tahun jugak tak terlibat dgn "Fire Drill Session" ni..

    ReplyDelete
  2. Ohooo... baca tajuk, sangkaan saya virus yang jahat tu... rupanya selsema. Moga cepat sembuh. Bawa-bawa berehat dan rajin-rajin makan ubat ye.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...