Kisah ini berdasarkan tarikh yang dinyatakan..
DAY 172 (05 September - Sabtu)
Kisah hari semalam di SINI..
Petang.. Temujanji di Bahagian Pemulihan Carakerja berkaitan kedua-dua belah ibu jari tangan aku.
Dalam pada itu..
Dalam pada itu..
'Ibu, nak tadah air hujan tak? Dekat sini tengah hujan lebat'.
'Kakak tadah guna bekas Babah yang besar tu, tadah banyak-banyak'.
'Kakak tadah guna bekas Babah yang besar tu, tadah banyak-banyak'.
Hari Ini:
Selepas Subuh aku dan en. Hubby mencari air memandangkan air mineral habis diborong oleh ramai orang. Ini baru betul pembelian panik.. 😭
Kami ke tempat yang disediakan pili air awam, walau belum ramai tapi berbotol-botol menunggu giliran untuk di isi. Dua lori tangki air juga di dalam keadaan mood tandby di situ dan polis turut mengawal keadaan, tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
Kami ke tempat yang disediakan pili air awam, walau belum ramai tapi berbotol-botol menunggu giliran untuk di isi. Dua lori tangki air juga di dalam keadaan mood tandby di situ dan polis turut mengawal keadaan, tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.
Tidak mahu menunggu kami pergi pula ke tempat yang tidak terlibat dengan masalah ketiadaan air ini. Beberapa buah kedai yang kami singgah tiada stok air mineral botol besar.
Akhirnya..
Pasaraya GOOD DAY
Di pasaraya inilah kami membeli air mineral botol besar - sepuluh botol kesemuanya. Demi kelangsungan hidup sementara menunggu bekalan air pulih sepenuhnya. Mandi + cebok pun menggunakan air mineral.. 😂
Anak-anak dah mula rimas..
Aku pula semakin risau..
Hingga akhirnya..
Selepas Maghrib, air perlahan-lahan memasuki paip air tetapi masih belum sampai ke dalam rumah. Hanya paip air di hadapan rumah sahaja, takpelah dari tiada langsung tetap aku tetap tadah ke dalam bekas. Memandangkan air masih lagi perlahan, ke rumah mySIL kami tuju. Rimas teramat.. Ini baru sedikit dugaan dah panik semacam, belum lagi keadaan berterusan tiada air. Nauzubillah..
selingan..
Kesian si Oyen
Kebelakangan ni ia suka sangat minum air dalam baldi dalam bilik air.
Bila tiada air ni, menung ia di situ.
#KisahKita: ...
Semoga isu ini dapat diselesaikan dgn segera. kami tahun 2013-2014 teruk di Semnyih..kena hadap..syukur la ni dah okay.
ReplyDeletesimpati dengan mereka dikawasan terjejas. abang ipar ammi pun datang umah tumpang mandi bagai.
ReplyDeletekat office ammi dah ada air tapi nak buat cebok pun was-was. kuning je airnya
bila tengok gambar tampung air hujan tu teringat zaman dulu-dulu pun Cik TK ada buat macam tu juga. nostalgia betul
ReplyDelete