Followers Remaja Purba

Friday, January 31, 2020

True Color


Fikirkan dari sudut positif..

Kisah A:
Satu aduan dibuat kerana aku tidak menjalankan tugas dengan baik, mengabaikan tanpa diambil tindakan yang mana aku perlu adil dalam mengambil tindakan. Pada aku isu tersebut tidak perlu diperbesarkan yang mana boleh je dengan menghubungi pegawai atasan aku. Akhirnya tindakan telah diambil dengan menjawab aduan tersebut oleh pegawai atasan aku dan aku anggap ianya telah selesai.

Sayangnya..
Biasalah manusia mana pernah puas, begitu jugalah dengan mereka ini. Aku rasa terkilan bila mereka yang tak berpuas hati dengan tindakan aku hingga tahap tak boleh tengok aku.. 🤦‍♀ Alahai, kenapa terlampau childish sangat seperti di SINI.. 


Kisah B:
Isu yang hampir sama dengan kisah A. Silap aku juga masukkan nama dia di dalam laporan media utama A, sedangkan nama dia sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan media utama B.

Disebabkan itu, dia sanggup mencari dan menyertakan bukti orang lain yang buat kesalahan sama seperti dilakukan oleh dia. Apa sahaja penerangan aku, dah macam tak boleh diterima dengan lapang dada walau aku dah memohon maaf di dalam media utama dan juga mesej secara peribadi dengannya tapi orang tengah marah mana nak terima permohonan maaf tu.

Lama.. bila dia dah ok, baru dia minta maaf kepada aku. Aku takde masalah, orang minta maaf, aku terima tapi dia tak sepatutnya 'membebel sesungguh hati' kepada aku seolah-olah aku dah buat satu kesalahan yang besar.

Tapi..
Bagus juga sebab aku nampak true color perangai dia macam mana, cuma sedikit terkilan bila ada yang tak puas hati dengan kerja aku seolah-olah aku pula yang bersalah.


Bak kata seorang kawan:
Kerja di mana-mana pun sama je. Apa yang penting adalah diri kita sendiri, dapat melaluinya atau tidak; sebab apa yang berlaku sedikit sebanyak sebenarnya bagus sebab dapat mengajar kita erti kehidupan. Dapat mengenal perangai manusia yang berada di sekeliling kita. Secara tak langsung kita dapat bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebab kita dah ada pengalaman bagaimana nak uruskan keadaan yang pelbagai.

#KisahKita: Aku ok je..

3 comments:

  1. cabaran kerja kan dimana2 ada politikus nya. ya Allah kadang2 tak faham golongn macam ni.. sabar ya..

    ReplyDelete
  2. Stay strong.. Ada hikmah nya..

    ReplyDelete
  3. Outstanding quest there. What occurred after? Take care!

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...