Followers Remaja Purba

Monday, January 6, 2020

ISNIN pertama bagi Tahun 2020


6 JANUARI 2020..
Hari ISNIN pertama bagi tahun 2020..
Usaha dan berdoa yang baik-baik..
Jangan mencebik..

Dunia kita sama je bentuknya bulat..
Tak rugi pun menghulurkan bantuan..
Tak usah nak mengelat..
Percayalah dengan rezeki pemberian Tuhan..
===============================================

Alhamdulillah..
Masih lagi di sini..
Hari pertama memulakan langkah dengan tugas di tempat kerja di tanah jajahan baruku ini. Perjalanan yang panjang menanti di hadapan. Emosi dan perasaan perlu dijaga sebaiknya.

Menangis..?
Tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah. Sokongan dan dahan yang kukuh amat diperlukan agar ranting di sebalik dahan tersebut tidak patah dan menyembah bumi.

Sedih..?
Hidup perlu diteruskan, ujian takkan hadir andai kita tak mampu menghadapinya. DIA lebih mengetahui segalanya.

Jangan hanya pandai berbicara tapi tiada jalan penyelesaian. Moga kasih sayang tidak berkurang agar tiada hati yang rasa tidak dihargai.

#KisahKita: #AkuTerasaHati

4 comments:

  1. keep fighting! inshaAllah kita pasti boleh. sebab ada Allah Taala ^_^

    ReplyDelete
  2. terus kuat, terus hebat kak... hidup kene steady harung je semua kak

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...