2 Januari 2020 (Khamis)
Hari pertama sesi persekolahan dak Kakak, dak Adik dan dak Nuha di sekolah masing-masing.
Dak Kakak:
Masih berada di SMK yang sama dan tiada keinginan untuk bertukar sekolah. Dia semakin selesa di SMK sedia ada. Balik sekolah semalam, muka macam cuka tumpah gara-gara van sekolah lewat tiba.
Dak Adik:
Anak kedua dan satu-satunya anak lelaki bakal memulakan persekolahan di SMK. Rasa berdebar-debar kerana ini kali pertama dia ke sekolah menaiki basikal. Aku tengok dia relaks je, ibu yang risau lebih.. 😂 Balik sekolah, dia bercerita:
'Best ibu hari ni, cikgu tanya cita-cita nak jadi apa'.
'Adik cakap apa.'
'Nak jadi pemain bolasepak. Terus cikgu minta nama.'.
'Best, best jugak adik. Pelajaran jangan pulak diabaikan'.
Moga dia berjaya berada di dalam kesebelasan utama. InsyaAllah.. usaha agar berjaya..!
Dak Nuha:
Si bongsu yang penuh dengan ragam kali ini.
Di sekolah pagi, kelas dak Nuha nun di tingkat 4, berbanding tahun lepas hanya di tingkat 3. Hari pertama dah tertinggal van waktu balik sekolah. 🤦♀️💆♀️ Guru kelas telefon aku memaklumkan dak Nuha tertinggal van sekolah. Ok, yang ini aku dah agak pasti akan berlaku. Bila sampai rumah dia mengadu..
'Kelas Nuha tinggi sangat, Nuha lambat turun. Dahlah tinggi, penat Nuha'.
'Ibu, petang ni boleh tak Nuha tak nak sekolah? Penatlah ibu'.
Aku pujuk dan nasib baik dia tak terus merengek lagi.
Di sekolah petang pula, kelas dak Nuha di tingkat 3 dan jauh dari kantin sekolah berbanding tahun lepas, kantin hanya di sebelah kelas.
'Penatlah ibu sekolah hari ni. Dahlah kantin jauh, Nuha rasa tak cukup masa nak makan'.
'Nuha nak tukar kelaslah ibu'.
Malas aku nak layan, nanti makin menjadi-jadi ragamnya. Tengah letih macam tu, ada je yang dia tak puas hati.
Aku doakan, moga anak-anak aku kuat dalam meledani rutin harian. Menjadi insan yang baik dan berguna buat ibu dan Babah serta semua.
Aku doakan, moga anak-anak aku kuat dalam meledani rutin harian. Menjadi insan yang baik dan berguna buat ibu dan Babah serta semua.
Bertabahlah wahai telinga mendengar rungutan + rengekan anak-anak.
#KlisahKita: Syok cuti.. rasa takmo kerja dah.. 😆
bertabah la
ReplyDeletePaling best cerita & ragam si bungsu tu hahahaha
ReplyDeletemacam2 helah
Alhamdulillah best dengar cerita anak2 di sekolah 😁
ReplyDeleteMacam2 ragam. Semoga dipermudahkan urusan mak and anak2
ReplyDelete