Followers Remaja Purba

Tuesday, January 21, 2020

Kisah Seram 🤤 😵


Kisah pagi semalam:
Menjadi kebiasaan sejak bertukar tempat kerja di tanah jajahan baru yang melangkau 60km ni, cikPutih paling aku risaukan selain dari keselamatan diri, ini dah tentu.. bukan sekali dua kejadian menyeramkan berlaku di tengah highway.

Berbalik kepada kes cikPutih, pagi dalam perjalanan dari rumah dah ada satu bunyi pada bahagian depannya tapi aku gagahkan juga memandu. Tetapi disebabkan makin kuat bunyi tersebut, aku terpaksa patah balik dengan menukar kereta kepunyaan kawan aku. CikPutih ku tinggalkan di rumah beliau dan akan diambil kemudian oleh en. Hubby untuk pergi check up.

Aku memang cepat panik bila berkaitan cikPutih hinggakan terganggu kerja dan hampir hilang fokus semalam. Petang tu, en. Hubby bagitahu masalah pada cikPutih dah selesai. Sikit je masalah tapi dia punya panik buat en. Hubby terkejut.. 😓


Hari ini:
Perjalanan seperti biasa dimulakan dengan lafaz Bismillah..

#KisahKita: Itulah kisah seramnya..

4 comments:

norhidana said...

jauhnya kak 60km.... dana jarak sehala 15km pun selalu rasa lama sangat... kiranya 60km tu pergi balik ke sehala je kak?

yelah bila kene bawak kereta awal pagi dan memandu jarak jauh sendirian memang kita risau walaupun sikit je bunyi... dana pun macamtu kak

aizamia3 said...

Norhidana:
Sehala - 60km.. 😂 tapi berteman bukan sensorang.

Umi Nazrah said...

Allahu jauh sehala 60km. dulu penah keja 45km sehala pun rasa bosan sangat dah T_T

mamapp said...

Semoga cik putih ok

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...