Followers Remaja Purba

Wednesday, April 10, 2019

'Mak akak dah takde'


Kisah lewat petang kelmarin..
Terkejut dengan berita yang tak disangka, ibu kepada kawan aku telah kembali kepadaNYA. Dia apatah lagi, hanya mengetahui ketika tiba di rumah.

Kisah semalam pula..
'Mak akak dah takde.' Dua kali kawanku itu bagitahu aku sebelum dan selepas subuh pagi semalam. Sedih menitik airmata aku, kawanku itu apatah lagi dan pagi semalam juga, aku dan beberapa orang kawan mengambil peluang menziarahi beliau.

Di Masjid..
Melihat cara urusan kafan allahyarhamah ibu beliau.

Di Tanah Perkuburan..
Melihat cara pengebumian allahyarhamah ibu beliau.

Sebelum balik..
'Akak nak ikut mak akak.' Menangis dalam pelukan aku. Sedih aku, sedih lagi kawanku itu. Sehingga selesai urusan tersebut baru kami kembali ke tempat kerja.

Aku..?
Ketika di masjid aku dah mula rasa sakit kepala dan sampai di tempat kerja migrain menyerang. Rasa nak muntah, rasa tak larat nak berurusan dengan orang tapi kugagahkan jua. Terima kasih pada yang memberi ubat kepadaku. 

Pagi ini..
#PenemanSepanjangHayat tak bagi aku kerja tapi aku yang degil. Maaf ye abang, tak dengar kata tapi banyak kerja menunggu memandangkan semalam hanya dapat menyiapkan separuh dari kerja tersebut. Hari ini migrain menyerang pula sebelah kiri.. hadaplah kau sorang-sorang ye MakBudak.. Degil, tak dengar cakap en. Hubby.. 😩

StatusHati: Bersabarlah menghadapi ujian dariNYA.

7 comments:

  1. Kehilangan mengejut memang sukar diterima.. sha memahami perasaan kawan sis tu.. Semoga beliau dikurniakan kekuatan dan ketabahan melalaui hari-hari yang mendatang..

    Buat sis, untuk hilangkan migrain tu memang kena rehat.. lagi mengadap kerja dan komputer lagi stress dan sakit.. semoga lekas pulih ye..

    ReplyDelete
  2. I kalau migrain kena tidur je. Memang apa pun tak boleh buat

    ReplyDelete
  3. bawak2 berehat...jangan paksa diri sangat tauu

    ReplyDelete
  4. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh ibu kawan sis. Dan syafakillah buat sis.

    ReplyDelete
  5. Takutnya bila bayangkan masa tu akan tiba, orang kesayangan pergi meninggalkan kita..semoga arwah emak kawan ditempatkan di kalangan orang beriman..

    ReplyDelete
  6. Betapa seeing kehilangan yg tersayang.. gws aizamia

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...