Followers Remaja Purba

Tuesday, April 9, 2019

Kisah Ikan Laga


Baru-baru ini berlaku kejadian yang sama sekali tak kusangka telah terjadi. Dak kakak menghubungi aku, bagitahu ikan dak Nuha dah mati. Hah!Terkejut aku dek apa yang dak Kakak sampaikan ketika itu.

'Habislah ibu, mesti Nuha marah nanti.' dak Kakak bisik padaku.
'Macam mana boleh jadi macam tu..?' Soalku pada dak Kakak.
'Tak tahu ibu, tahu-tahu tengok ikan tu dah timbul.'
'Kakak tak bagi makan ke?'
'Semalam kakak lupa nak bagi ia makan. Macam mana ni ibu?'
'Takpe, tunggu ibu balik. Nanti kita kebumikan ia.'

Waktu ini aku tak perasan yang aku bercakap agak kuat hinggakan ada yang memandang aku dengan wajah terkejut sebab aku sebut 'kebumikan' sambil ketawa.

Petang, bila dak Nuha balik dari sekolah, aku bagitahu yang ikan laga dia dah mati. Dengan muka terkejut nak menangis terus ia belek ikan laga dia.

'Kenapa ia mati ibu?' soal dak Nuha.
'Sebab ia tak cukup nafas.' balas aku.
'Itulah gelojoh sangat.'
'Kenapa?' Pelik pulak aku dengan kata-kata dak Nuha
'Yelah.. kakak bagi makan ia laju je makan, tak sabar-sabar.' 😂😂

Nak tergelak aku mendengarkannya dan kutahan senyum dek jawapan dak Nuha itu. Aku risau kalau dia merengek menangis, satu hal pulak nak kena beli ikan laga baru.

'Ibu, nanti kita pergi tempat hari tu beli ikan laga yang lain ye ibu.'
DAN.. aku diam je, tak berjanji nanti dia tuntut pulak janjiku itu.

StatusHati: Hanya kenangan yang tinggal.

5 comments:

PeRdU cINta said...

Ikan laga yang cute..lebih makan mati..tak makan mati..tak tukar air mati..hehehehe..sensitif..PC pernah bela sepasang..bertahan 2 tahun..lepas tu dah tak bela..sedih.

norhidana said...

kira ikan laga tu mati sbb terlebih makan la ye kak hehehehe...

aiyan kan sibyk nk bela pet , nk bela kucing... aku kata bela ikan senang nk jaga... dia takmo lak ehehheeh takut katanya

#JMBELOG said...

KESIAN DIA...

Ana Suhana said...

Sama lah. Kat rumah ni dah beberapa ekor mati. Terpaksa ganti yg baru nak elak dgr bebelan dak kecil tu. Hehe

Sunah Sakura said...

ikan laga ni memang sensitif sikit kan...tiber je mati...da banyak kali gak bela..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...