Followers Remaja Purba

Sunday, February 17, 2019

Roti Canai dan kuahnya


Aku jarang bersarapan di luar tapi kalau bersarapan di luar biasanya akan ikut selera en. Hubby. Biasanya, kami akan cuba di kedai makan yang berbeza-beza, sekadar ingin merasa menu yang disajikan. Andai sedap, lain kali boleh datang lagi atau boleh cadangkan pada kawan-kawan tempat  makan tersebut.

Kalau bab makan roti canai, kami takde spesifik tempat. Asal tempat tu bersih dan selesa pada pandangan mata aku, maka disitulah tempat kami bersarapan.


Perangai aku, waktu makan roti canai..
Aku tak kisah rotinya tapi aku cukup kisah kuahnya..


Aku jadi kurang berselera nak makan kalau kuah tu dah bercampur dengan sambal.
Aku sanggup makan roti canai kosong je berbanding nak cicah dengan kuahnya.


StatusHati: Hujung minggu, berehat secukupnya di rumah..


5 comments:

  1. Kita prefer roti canai buatan Melayu atau kalau nak sangat roti canai mamak muslim. Susah juga nak cari kat area rumah.

    ReplyDelete
  2. Biasa makan luar dengan anak3..masa order dah cakap sesiap kuah takmo sambal😋

    ReplyDelete
  3. saya pulak kalau makan roti canai mesti dengan kuah dal, kuah dal pulak tak suka yang cayak tu...orang kata kuah dal baru masak hiksss. suka kuah dal yang dah beberapa kali reheat. sambal pulak ikut la, kalau letak ke tak letak ke okay je :D

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...