Latar belakang Bukit Fraser, Pahang secara umum:
Berada pada kedudukan 99 kilometer dari Kuala Lumpur di mana mempunyai keluasan 3.4 ekar persegi dan ketinggian dari aras laut adalah setinggi 1254 meter. Terdapat lebih 250 spesis burung termasuk burung-burung hijrah yang datang dari sejauh Siberia.
Aktiviti tambahan di sekitar Bukit Fraser yang boleh dilakukan adalah seperti boating, sukan memanah, paddock dan golf. Manakala suhu paling sejuk secara rasmi di Bukit Fraser pernah direkodkan adalah 16 darjah celcius.
Tetapi tujuan utama yang ingin aku kongsikan di sini adalah pengalaman mengenai program yang aku hadiri:
Tajuk: PROGRAM PEMANTAPAN DAN PENGUKUHAN PRESTASI
Tarikh: 29 - 31 OOKTOBER 2018 (Isnin - Rabu)
Tempat: BUKIT FRASER, PAHANG
'Setiap pengisian itu ada matlamatnya.'
'Setiap benda takkan jadi kalau takde niat.'
- Matlamat nak bagi enjoy - kena sporting.
Team aku = KEBAHAGIAAN (HAPPINESS EVER AFTER)
Utamakan yang Utama (First thing First)
Dari segi Pengurusan Masa:
NIAT (Itu sebagai matlamat) - apa tujuan kita?
'Kadang-kadang kita lupa matlamat kita'
Waktu Pagi:
Kadang-kadang kita lupa nak kukuhkan niat waktu nak keluar bekerja kepadaNYA.
Persediaan untuk solat - perlu di perkukuhkanNYA.
Cara untuk atasi: Kita tulis dan sentiasa baca dan ingat.
Tujuan kita wujud di dunia ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara hubungan keluarga.
PROAKTIF - Sifat Orang.
Ambil tindakan, bukan dikenakan tindakan. Jangan jadi seperti 'Anjing Atas Sofa'
'Kadang-kadang kita duduk atas masalah, kita bercakap pada dunia tapi kita tak ambil satu apa pun tindakan untuk selesaikan masalah tersebut.'
Orang Proaktif - Jika dia ada:
- Masalah - dia akan selesaikan.
- Kelemahan - dia akan atasinya.
- Kekuatan - dia akan gunakannya.
'Kadangkala kita sukar nak puaskan hati orang lain; lain orang lain pendapat tetapi orang proaktif akan putuskan berdasarkan situasi/data/fakta. Mereka tak peduli apa orang nak kata dan ilmu yang ada pada mereka.'
Satu MISI terbaik yang ingin aku kongsikan yang boleh dilakukan setiap hari:
Satu MISI terbaik yang ingin aku kongsikan yang boleh dilakukan setiap hari:
- Untuk hidup berpusatkan agama.
- Tidak berpura-pura (tidak menjadi orang lain).
- Berintegriti.
- Konsisten dalam berakhlak (Ada orang dengan orang lain bagus tapi dengan anak isteri sendiri tidak bagus).
- Menyayangi dan menghidupkan silaturrahim (selalu call/whatsapps ibubapa sendiri).
- Berkhidmat untuk masyarakat.
Satu Kisah Pencari Emas
Mula-mula jelas, makin lama makin kabur matlamat rutin hariannya. (boleh google cari di internet).
'Anak kita bukan sekadar perlukan duit tapi anak kita perlukan kita sebenarnya.'
RUTIN mengakibatkan kita lupa MATLAMAT kita.
'SAD Reality of Today'
Apa guna membaca Al-Quran tapi tidak memahami maksudnya.
Berniat dalam hati setiap kali sebelum keluar dari rumah pada waktu pagi. (niat tak dalam hati?). Muhasabah dalam diri - Fikir untuk baiki diri. Titik di mana perlu dibaiki atas landasan yang betul.
Sejuk malam sikit tak terasa bila dapat menikmatinya dengan tenang..
StatusHati: Banyak lagi yang nak dikongsikan..
dah 3 kali ke fraser. dengan moto.. hehehe... best, sejuk..
ReplyDeleteApa yang menarik di Fraser Hill nie? Ada pokok Strawberry tak?
ReplyDelete