Followers Remaja Purba

Monday, November 19, 2018

'Sijil' daripada Doktor


ISNIN..

Hari yang sangat-sangat aku cuba elakkan dari menerima 'Sijil' daripada Doktor terpaksa jua kuhadapi.

Bukan sengaja mencipta alasan atau perhatian tapi aku geram sebenarnya.. meh sini turn aku pulak.

Lagipun dah seminggu lebih aku sanggup tahan diri dari pergi dapatkan rawatan dari kes jatuh tersadung di Bukit Fraser di SINI hinggalah batuk + selesema yang melanda diri sejak minggu lepas.

Kali ni.. angkat bendera putih #MakBudak.. surrender.. 

Bak kata en. Hubby.. 'Mana lagi penting.. nyawa ke kerja sayang tu..?!'

Seperti kata Doctor tadi pagi tadi..
'Saya tengok keadaan isteri awak ni pun saya tahu yang dia ni tengah stress. Lupakan sekejap hal kerja tu. Rehat.. pergi bercuti ke mana yang awak mahu. Takpe.. hari ni saya bagi awak cuti. Awak balik rumah, awak rehat ye..'


Terima kasih banyak-banyak doktor.
Sila sayangi diri sendiri dahulu ye #MakBudak.
Bak kata doktor pagi tadi.. 'waktu kita sakit, mereka di tempat kerja tu belum tentu ada yang pedulikan kita.'


StatusHati: Sabarlah wahai hati..


7 comments:

  1. Semoga cepat sihat dan hilang stress

    ReplyDelete
  2. entah kak, keje tu lain kali blh buat... pentingkan kesihatan n kegembiraan kita dulu

    ReplyDelete
  3. saya pun doktor suruh pergi bercuti. haha... duit takde.

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuhnya.
    Jangan jadi ulat kerja.
    Fizikal dan mental kita perlu berehat juga.

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...