Followers Remaja Purba

Wednesday, January 13, 2016

MENGAPA MAHU TUKAR FORMAT UPSR..??


Dalam Suratkhabar Berita Harian edisi hari ini 13 Januari 2016.

Pengumuman Kementerian Pendidikan mengenai cadangan untuk ubah format Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipersoal NUTP kerana kaedah sedia ada sudah lama dilaksanakan dan juga terbukti berjaya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dalam reaksi terhadap pengumuman cadangan mengubah konsep UPSR kepada 40 peratus PBS dan 60 peratus lagi peperiksaan berpusat, turut meminta kementerian itu membuat kajian terperinci dan mendengar pandangan pihak berkepentingan.

USPR TERBUKTI BERJAYA
Presidennya, Hashim Adnan, menegaskan pihaknya tidak mahu sistem yang sudah sekian lama dilaksanakan dan berjaya, diubah tanpa melihat kesan daripada perubahan berkenaan.

"Sistem UPSR sudah terbukti sejak sekian lama dan ramai yang berjaya melalui UPSR. Jadi mengapa perlu tukar? Jika mahukan pandangan kami, maka dengarlah dan terimalah kerana kami berada di lapangan."

Hashim meminta kementerian berkenaan tidak terburu-buru membuat perubahan kepada PBS, terutama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dinilai dan dikaji semula dari semua sudut kerana ada banyak kelemahan hingga menyebabkan masalah kepada pelajar serta sekolah.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamed Ali Hassan juga meminta kementerian tidak tergesa-gesa mengubah format UPSR mengikut sistem PBS, sebaliknya mahu ia dibuat secara berperingkat supaya dapat diterima pelajar dan pengajar.

"Kementerian perlu pastikan sistem baharu dilaksanakan dengan profesional dan semua pihak terbabit cukup bersedia. Paling penting ialah pelajar, ibu bapa dan guru dapat menyesuaikan diri dengan format baharu itu."


Aku highlight kan tulisan tersebut berwarna merah kerana..
Dak Kakak antara murid perintis yang belajar mengikut format baru KSSR berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sejak dari darjah satu.
Tahun ni adalah peperiksaan kali pertama UPSR berdasarkan format baru tersebut.
Jadi apa rasionalnya pihak kementerian ingin membuat perubahan pada sistem sedia ada.
Janganlah murid dan tenaga pengajar dijadikan 'tikus makmal'.
Cukuplah PT3 yang kali pertama dulu berhadapan masalah yang teruk hingga terjejas keputusan keseluruhan sekolah di seluruh negara.
Takkan nak ulang pada peperiksaan UPSR kali ni..?

Ya!Allah Ya!Tuhanku..
Kau bukakanlah mata hati mereka yang berkenaan agar tidak mengganggu sistem pendidikan sedia ada. Tolonglah jangan jadi syok sendiri.. yang jadi mangsa kami ni haa..

Masalah lain pulak..
Buku Teks Sejarah Tahun 6 akan hanya diterima pada hujung bulan ini gara-gara kesilapan cetakan pada kedudukan negeri Melaka seperti di SINI..


StatusHati: Janganlah menambah beban sedia ada..



12 comments:

  1. kalo asyik bertukar sahaja..kesian kat anak2 yg akan mengambil upsr..silibus asyik berbeza..kesian kat cikgu jugak

    ReplyDelete
  2. Yalah kakak pun sedih juga bila nak tukar camni,anak2 kakak dulu semua upsr bila nk ubah camni kesian pulak si bongsu kakak ni trpaksa hadapi sedang kan apa yg dia belajar sekarang ni pun susah kami nak tunjuk ajar dah...tengokkan dia belajar pun stress je hari2.




    ReplyDelete
  3. Saya yang anak baru masuk Tahun 4 pun dah susah hati. Macamanalah agaknya anak saya nak cope dengan sukatan baru macam ni. Tak penat ke agaknya mereka ni asyik tukar sistem aje. Buatlah satu sistem yang betul-betul berkesan. Ini tidak, kejap-kejap tukar bila mahunya. Kasihan tenaga pengajar, murid-murid dan makpak juga!

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kakak dah lepas semuanya UPSR. Tahun lepas anak dara yg kecik. Alhamdulillah.. Pada kakak pun UPSR dah cukup menguji tak tahulah KSSR dgn periksanya PBS ni apa jadi pada bebudak. Macam juga PMR ke PT3 - bebudak jadi eksperiment org politik - sedih kan:(

    ReplyDelete
  5. tulah kak... setuju ngn akak, jgn lah budak2 12thn tu nk di jadikan bahan eksperimen pulak...

    aritu bdk2 pt3 nih nk bt apa lg lah upsrnya...
    bila asik tukar je, buku2 nk tkr lg... sabo jelah

    ReplyDelete
  6. Anak2 kita dianggap sebagai tikus putih eksperimen oleh mereka yg berkuasa di Putrajaya. Sebelum PT3 ada PMR,sebelum itu SRP, tapi tahap pendidikan kita masih berada di bawah beberapa negara seperti Thailand dan Vietnam. Kini giliran UPSR pula diubah. Ramai menteri2 hantar anak mereka ke luar negara, mungkin masalah ibu bapa seperti kita tak mereka fahami...

    ReplyDelete
  7. negara kita memang pelik, sistem bertukar dengan bertukarnya menteri. sibuk nak cipta nama, bukannya nak cipta rekod.

    ReplyDelete
  8. perkara ini perlu dibincang dengan baik...demi kebaikan semua bukan kerana ada keuntungan mana mana pihak

    ReplyDelete
  9. habis semua nak diubah..yang patut ubah tak nak ubah pulak..heheh

    ReplyDelete
  10. Cikgu pun ada yang x faham habis sistem baru KSSR apa tah lagi anak murid..x tau la apa nasib anak kita...

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...