Sambungan dari SINI..
Entry lama terperam..
Jangan tanya kenapa.. sebab aku susah nak terangkan kenapa ianya jadi begini..
Hari ketiga di Sarawak diteruskan menuju ke Pasar Serikin.. tempat yang sangat sesuai bagi kaki shopping..
Aku..? Serius tak minat..
Namun memandangkan itu dah termasuk dalam program, pergi jugaklah.. yang tak suka aku sorang.. yang lain suka je.. kihkihkih..
Sedikit info mengenai Pasar Serikin dari Cornie (our tourist guide).
Dulu orang shopping di Sempadan Tebedu..
Kawasan tersebut adalah pintu rasmi antara Malaysia dan Indonesia dan jualan bukan dalam bentuk rupiah tapi sebaliknya menggunakan RM.
Kemudian, dalam tahun 1980-an, mereka mula pindah berniaga di Serikin..
Kalau dulu mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Pasar Serikin (dari Kuching) sebab jalan tak elok waktu pasar tersebut baru dibuka. Sekarang sejam setengah dah boleh sampai di sana..
Perjalanan sepanjang ke Pasar Serikin pasti akan berjumpa dengan parabola hampir di setiap rumah.. Dulu pernah ada arahan untuk turunkan parabola tapi rakyat di pedalaman tak setuju.. 'kami jugak perlukan hiburan'.. Lepas tu arahan tu terus senyap..
Di sana, kaum Melanau adalah kaum majoriti dalam 70% muslim dan bakinya adalah beragama Kristian dan Likau (tiada pegangan agama)..
Dari Kuching ke Pasar Serikin..
Singgah sekejap di Pekan Bau..
Bertahun lamanya aku tak naik bas jenis macam ni..
Tapi masa tu, kitorang naik bas yang disewa khas..
Sepanjang perjalanan Cornie - our tourist guide banyak bercerita
tentang sejarah tentang tempat, budaya, makanan, bahasa kepada kami..
Ada antaranya aku catat tapi tak fokus sangat sebab dok leka ambil
gambar pemandangan.. Really enjoy it..
Pemandangan di Pasar Serikin..
Pelbagai jenis barangan ada.. sediakan duit je mana yang berkenan..
Dulu.. aku pernah gosok baju menggunakan seterika ini..
Tak sampai pertengahan pun, kami patah balik..
Panas membahang walau ketika itu baru pukul 9 pagi..
sebab Pasar Serikin yang kedudukannya hampir di Garisan Khatulistiwa..
Masa diberikan kepada kami untuk shopping selama 2 jam kerana ada aktiviti lain pulak pada sebelah petangnya.. Sungguh, lepas ni kalau ada yang ajak aku ke Pasar Serikin, memang taklah aku nak pergi.. Gambar pulak tak banyak sebab masa ni aku terpisah dengan 'cameraman' aku.. kihkihkih..
Selesai aktiviti membeli dan belah di Pasar Serikin, kami singgah makan tengahari di Pekan Bau sebelum perjalanan diteruskan menghala ke Perkampungan Budaya Sarawak..
Untuk yang ni next entry..
StatusHati: Bertabahlah wahai hati.. jangan teruja sangat..
Epik sungguh seterika tu. Saya adalah peluang melihatnya tapi tak pernah menggunakannya!
ReplyDeleteDalam banyak-banyak negeri, Sarawak ni saya belum sampai lagi tau. Tak tahulah mengapa, takda pulak sampai seru nak jalan-jalan ke Sarawak!
bila balik ke kuching kalau nak keserikin lepas subuh saya dan suami akan bertolak. jam 10 dha balik rumah balik dah
ReplyDeletePernah sekali sampai ke Serikin ni. Yang diingat beli langsir dan telekung...
ReplyDeletePanas giler kat sini..mak i hampir pitam...
ReplyDeletelama betul nk sambung citer ye..huhu..
ReplyDeletebestla dpt jln tmpt org :)
ARI TU TAK SEMPAT KE SINI PUN ....
ReplyDeletenak batu lesung yg leper tu...dalam filem indonesia selalu nampak diorang guna lesung batu camtu...cam senang je diorng gesek2 cili bawang bagai pakai tu...kalau ada rezeki sampai kuching mesti ajak cik boss ke sini...
ReplyDeleterindu nk dtg sarawak lg.... banyak benda2 yg antik kt situ ye kak...
ReplyDeleteselamat lah akak jns tak suke supink... selamat duit hehehhe
Sungguhpun saya org kch kak. tak minat terus nak pergi sana. hehehe.. malas nak bersesak kot. Anyaway. kampung budaya sgt best!! hope sis enjoy kat sana
ReplyDeleteAlanak, tak best ek kat situ, Ai?
ReplyDeleteDiam diam dah sampai Sarawak rupanya awak ye Aiza....Sakanlah ukur jalan no hihi....
ReplyDeleteBilalah agaknya mak nak sampai Sarawak ni agaknya...
ohhh ala ala macam wang kelian dekat perlis tu la. sempadan antara siam dengan malaysia. barang murah2 tapi skang kata dorg kalau beli dalam duit siam dapat la harga murah lagi. kalau duit mesia tak dapet lahhhh
ReplyDelete