Followers Remaja Purba

Friday, March 28, 2014

Pertingkatkan lagi mutu perhidmatan atau lagi hardcore.....



Lokasi pilihan makan malam kali ni di salah sebuah deret kedai di Klang Sentral..
Aku tak pernah cuba sebelum ni walau selalu je aku lalu depan kedai ni..
Komen aku tentang kedai ni, mungkin sedap kalau order menu utama doranglah.. mungkin..
Aku tak order pun sebab aku dah jemu makan udang sebenarnya.. asyik-asyik udang.. udang je.. dahlah malam tadi makan udang galah sweet sour.. tengok.. kan udang lagi..




kali pertama aku dapat air tembikai yang... eerrr..
Aku tak puas hati sebab meja sebelah aku tu air tembikainya tak seperti aku punya..
Cantik je merahnya.. aku punya.. tu tengoklah.. tak aci sungguh..
Lagi komen sentap ---> Ikan siakap sweet sour tu berbau sikitlah..



'Ibu ni asyik mengomel je.. minum jelah..'
Masa ni dak Nuha dah nak tidur sebenarnya..




Selesai makan.. tengok bil boleh tahanlah untuk menu yang eeeerrrrr.. 'ok bang.. boleh pangkah kedai ni..' dah macam dalam cerita P.Ramlee main pangkah-pangkah.. kihkihkih..
Biasanya, kalau aku makan kat kedai yang tak menepati piawaian tekak aku, itulah kali terakhir aku singgah melainkan kalau pihak kedai tu buat post mortem ubah resepi atau pertingkatkan lagi mutu perhidmatan atau lagi hardcore tukar tukang masak lain dan jemput aku buat food review.. kehkehkeh.. sapelah kau mak budak nak request macam tu..





psstt: Takpe.. banyak lagi kedai makan lain kita boleh cuba.. nak lagi sedap mintak je chef hubby masakkan.. kihkihkih..




11 comments:

Kakzakie said...

Ibu membebel sebab air tembikai dia tak merah macam org lain punya dik. Lagi ikan siakap ada bau lain sikit..

Nuha tu mengantuk pun mata bulat dan boleh senyum lagi ye:)

Nurzakiah Hanum said...

betul2

MIL HASHIM said...

salam...

singgah

jm @ http://jmbelog.blogspot.com

❤Kamsiah❤ said...

sama la akak pun kalau services ala2 ja...blacklist terus tempat tu..

Rai Ourkizuna said...

chef hubby masakkan jugak yg terbaik kan.. sebab tu suami saya susah nak ajak dia makan kat kedai yg tak pernah cuba..takut tak berbaloi.. haha

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Hilang selera nak mkn kalau gitu kekdah nya.. Memang kena pangkah tu ;)

Myra Jay said...

Memang kalau kita makan tapi makanannya tak sedap akan membantutkan selera kita kan.. sabo jela

Aziela said...

Pangkah..pangkah... Ada komen kat tokey tak Ai?

Fiza Rahman said...

Saya pon pangkah gak klo kedai makan tak menepati citarasa tekak dan service tak bagus.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...betui kalau tak kena dgn tekak kita..jgn masuk lagi kedai tue..byk lagi pilihan kita bole pilihkan.

Pha Is said...

kalau jenis orang yg tak layan udang macam saya ni, kurang best la..

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...