Followers Remaja Purba

Friday, January 24, 2014

Bila dak Nuha muntah-muntah..



  • Dah 2 hari dak Nuha meragam tak berapa nak minum susu.. lebih banyak buang dari diminum.
  • Awalnya aku syak sebab puting tapi dah tukar yang baru pun masih jadi macam tu..
  • Malam tadi lepas makan.. minum susu.. tak dan nak hadam, keluar balik..
  • Pandai pulak tu, nak muntah hadap kat riba aku.. nuha.. nuha..
  • Pagi tadi macam biasa sebelum aku pergi kerja, aku sediakan susu untuk dia.. aku tengok dia minum ok, aku terus pergi kerja..
  • Tup tup tadi hubby bagitahu dak Nuha muntah + buang air besar..
  • eemm.. part buang air besar tu bagi aku normallah.. waktu pagi dia memang macam tu..
  • Cuma yang nampak tak ok.. sebab babah dia yang kena uruskan..
  • Aku pulak kena bebel dengan babah dia gara-gara aku bagi susu tu..
  • Ok.. takpe lagi..
 
  • Tapi yang buat aku risau, aku tengok dak Nuha dah tak berapa nak minum susu dalam botol..
  • Susu tak sedap..? --> aku bancuh ikut sukatan yang betul..
  • Nak minum dalam cawan..? ---> bila aku bagi memang dia minum banyak (sebab dah kurang minum susu kan..)
  • Atau nak tukar susu..? ---> Susu apa pulak yang sesuai..
  • Atau dah tak nak langsung minum susu..?


psstt: Takpe.. aku tengok dalam sehari dua ni.. kalau masih jadi macam tu lagi.. muntah-muntah.. nanti aku cuba cara lain pulak.. bawa jumpa doktor..?



18 comments:

  1. maybe nuha dah big, tak mahu pakai botol lagi...nak pakai cawan pulak

    ReplyDelete
  2. + mungkin gusi sakit?
    + kene jumpe doktor..
    + take care nuha syg

    ReplyDelete
  3. benda tu biasa terjadi kat semua anak2... qausar pun mcm tu jugak. kadang dorang terlebih kenyang... kadang mugkin nak tukar susu, atau kadang mungkin benda ni sekejap je. mcm qausar penah terjadi, dah cuba tukar susu pun takmo... dlm dua minggu dia mcm tu tapi lepas tu dia ok balik... perubahan utk pembesaran rasanya ni

    ReplyDelete
  4. nak tumbuh gigi kot kak..? ke kembung ke.?

    cepat sembuh ya nuha..

    ReplyDelete
  5. La.. siannya Nuha...
    mungkin perut dia tak selesa kot.. tapi kalau dia berak2 jugak kena bawak klinik la..

    ReplyDelete
  6. hurm... nape ek? pening kepala ku memikirkan tentang anak mu aizamia3... huhuhuhu.. ape ape pun harap segera jumpe penyelesaiannya...

    ReplyDelete
  7. kalau asyik muntah2 tiap kali minum susu,ada sesuatu yg tak kena tu...kalau sekali dua,mmg normal..

    ReplyDelete
  8. Eh... jgn tunggu 2-3 hari. Pergilah sekarang. Kakak yg naik risau pulak. Kesian Nuha... nak makan tak dia?

    Moga cepat sembuhlah..

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang takde masalah dengan susu tapi masalah dengan botol susu.

    Kadang-kadang perubahan pada imun dan pembesaran anak-anak kita.

    Atau rotavirus yg sekarang ni mmg bnyk kes dah.

    Kita boleh assume macam-macam, tapi lebih eloknya consult dengan doktor segera.

    Take care Nuha... speedy recovery. :)

    ReplyDelete
  10. kesian dak nuha. kena bawak jumpa doc nih.

    ReplyDelete
  11. Kalau berterusan baik jumpa Dr.. budak2 ni kita tak tau sgt...pastu br fikir utk tukar susu...

    ReplyDelete
  12. sakit gusi kot...tak pun ulser mulut kot...try tanya daddy ziyyad..
    ciaan dia..

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...