- Awalnya dengan confident.. ingat aku selamatlah.. sekali aku kena daa.. kihkihkih..
- Cuma kali ni aku sekadar jawab soalan dak Pha Is ni..
- Bukan taknak buat rantaian soalan tapi keadaan belum mengizinkan..
[edited]
kalau ikutkan
peraturan asal, kalau aku nak tag orang lain, aku kena buat 11 soalan lain plak,
khas untuk mereka. so, kat sini aku letak 11 soalan baru.
1. suka warna
apa? why? (5 markah)
Jawapan aku:
Warna kesukaan: Merah, Hijau, Kuning ---> dulu kini dan selamanya 3 warna ni memang tak boleh dipisahkan..
2. kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki
dan 1 untuk perempuan. (4 markah)
Jawapan aku:
eeemm.. dah ada.. dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..
psstt: tapi cadang nak tambah sorang lagi.. hikhikhik..
3. jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion,
berikan SATU benda yang pertama sekali yang akan dibeli. (2 markah)
Jawapan aku:
Tanah sebelah rumah aku..
4.
ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10 markah)
Jawapan aku:
Dulu dok berangan nak pasangan ideal yang macam mana.. sekarang tak payah fikir dah.. dah ada yang punya.. Alhamdulillah..
5. aktiviti masa lapang/hobi ?
(5 markah)
Jawapan aku:
Kalau tak hadap tv, layan novel.. takpun hadap lappy.. tapi kebanyakkan masa layan dak Nuha tidur.. hahaha.. stamina pun takde sejak dah 'pencen' dari berlari ni..
6. subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah?
(6markah)
Jawapan:
Dulu suka Geografi sebab cikgu tu suka puji aku pandai jawab.. jadi bersemangat aku time subjek tu..
Paling tak suka.. eeemm.. biarlah rahsia, taknak ada yang sentap pulak nanti.. (macamlah cikgu tu baca entry ni..)
7. makanan kegemaran? (4 markah)
Jawapan aku:
Sejak adanya dak Nuha ni, selera makan aku semakin tajam + runcing.. nak pulak kalau adanya ayam..
8. siapakah yang paling
disanjungi/dijadikan inspirasi? (5markah)
Jawapan aku:
Skip boleh untuk soalan ni..? Rugi dah 5 markah..
9. suka makan ubat tak? (4
markah)
Jawapan:
Mana suka.. tapi kalau terpaksa, telan jugaklah.. tak nanti, lambat baik..
10. kartun/anime yang paling suka dan berikan watak yang paling
disukai dalam kartun/anime tersebut. kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5
markah)
Jawapan aku:
Tak sempat nak suka.. terlampau banyak kartun yang dihidangkan 7 hari seminggu.. 24 jam sehari.. tapi kebanyakkannya langsung tak best.. ntah apa-apa ntah..
11. ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang
hidup.. (10 markah)
Jawapan aku:
Pengalaman yang tak manis dah bancuh dengan gula bagi manis.. yang tinggal semua yang manis-manis je..
Anugerah yang tak ternilai: dak Kakak.. dak Adik.. dak Nuha..
psstt: Gigih aku siapkan jawapannya.. cuma tak berpeluhlah sebab dalam aircond kan..
psstt lagi: Dah lama tak join segmen bagai ni.. skill tak asah, tu yang tumpul tu..
last psstt: Nak elak.. ingat selamat.. rupa-rupanya kena gak..