Followers Remaja Purba

Thursday, October 8, 2009

Bahagian pemulihan Anggota Badan, PPUM

07 OKTOBER 2009 (Rabu)

Petang:
Bawa ammar ke PPUM - Bahagian Pemulihan Anggota Badan, jumpa Lily. Datang nak ambil glove khas untuk tangan ammar dan pelapik khas yang ada ni nak kena kecilkan sikit (lupa nak ambil gambar), ammar kena pakai kedua-duanya.


'glove'


Ammar meronta-ronta tak nak pakai benda ni tapi akhirnya inilah hasilnya. Kena pakai 24 jam hanya buka time nak mandi dan time buat urutan.


di bilik rawatan.


merajuk sebab kena tegur


Sementara Lily betulkan balik pelapik khas tu, ammar disogok dengan mainan nak bagi leka tapi mood dah hilang, merajuklah tu.


Malam:
Aku paksa anak-anak tidur awal, gara-gara aku dah mula rasa tak sedap badan, batuk-batuk dan suara makin bertambah serak.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...