22 SEPTEMBER 2009 (Selasa)
PAGI
Dah nak sampai ke PPUM baru perasan kad biru ammar tertinggal. Nak patah balik jauh. Jadi leceh sikitlah bila kad biru tu takde tapi kira bernasib baik boleh bertolak ansur dengan pihak hospital dan diorang call plastic team dan ok boleh buat dressing, di tempat yang sama Trauma & Kecemasan.
Cadang lepas nak settle di PPUM, nak pergi telaga cuci baju tapi tak tukar duit, akhirnya tukar plan terus ke rumah pakcu di Semenyih.
Sempat singgah makan sate Kajang, masing-masing tak berapa nak makan sangat sebab letih semalam belum hilang ditambah lagi pagi-pagi dah ke PPUM. Anaka-anak pun kurang selera nak makan.
THARI/PTG
Masa kat rumah pakcu, hubby ajak ke rumah Eman dekat Beranang, raya kali ni banyak pertanyaan berkenaan tangan ammar yang berbalut. Aku rasa macam nak rakam dan dengarkan pada mereka yang bertanya.
KEM Millenium, Kg Kuala Pajam Beranang dekat rumah family Eman
Lepas makan mangga, baru makan kuih raya bersulamkan air
Adik yang baru bangun tidur
Lewat petang balik rumah pakcu sebab malam ni kitorang tidur sama. Malam takde aktiviti menarik selain dari pakcu yang sibuk dengan buluh lemang untuk bakar lemang.
macam tv kat rumah Meru pulak si ammar buat
kakak Irah yang leka main sampai lewat malam, aku dah lena tapi dia masih lagi leka main
=====================================================
Balik Meru - esok kerja
23 SEPTEMBER 2009 (Rabu)
Petang:
Balik dari rumah pakcu, singgah telaga basuh baju.
di sinilah aku selalu cuci baju - 'telaga'ku
No comments:
Post a Comment