Followers Remaja Purba

Wednesday, September 9, 2009

Operation Day

08 SEPTEMBER 2009 (Selasa)

PAGI:
Lepas hantar kakak Irah ke rumah pengasuh baru pergi ke PPUM. Kitorang sampai di Daycare Operation, Tingkat 4, Menara Timur, PPUM pukul 7.45 am, staf nurse kat situ dah tunggu ammar rupanya sebab hanya ammar yang akan di operate, patutlah pun.

Lepas dah tandatangan borang untuk operation tu (hubby yang sign), hubby dan adik kena tukar baju dan temankan adik sampai dalam dewan bedah, aku bagi peluang pada hubby sebab sebelum ni aku dah pernah buat.

8.20 am hubby iring ammar masuk dewan bedah ditemani oleh doctor yang terlibat. Sebelum tu pakar bius dan doctor plastic surgery & burn maklumkan apa yang diorang akan buat selepas hubby keluar. Doctor dalam dewan bedah cakap diorang cuma ‘luruskan’ balik jari tangan ammar je. Aku cakap takkan kot mesti ada miss communication sebab masa tu doc. Margaret takde. Risau pulak aku sebab sepatutnya doc. Margaret yang buat operation tu.

Tak lama lepas tu doc Margaret sampai & say hello to us. Mungkin doc Margaret bagitahu kat doc dalam dewan bedah tu yang sebenarnya nak dibuat kat tangan ammar, baru salah seorang kat dalam tu datang bagithau pada kitorang hal sebenar, rupa-rupanya ada miss communication.

Lama jugalah kitorang tunggu, ingatkan 2 ke 3 jam tapi rupa-rupanya berlarutan sampai pukul 1.15 pm - dekat 5 jam. Ammar keular dari dewan bedah masa aku turun kat lobi nak beli makanan untuk ammar sikit sebab dia kena puasa sejak malam tadi.

Bila ammar nampak je aku lagi kuat dia nangis. Ibu… ibu… rasa sayu je dan kali pertama ammar sebut nama aku dengan betul.

Aku rasa lembik sekejap bila aku tengok peha ammar, dalam hati, takkan banyak sangat doc ambil kulit peha dia tapi doc kata ambil sikit je. Bila diperhatikan balik rupa-rupanya tu balutan untuk cover jangan bagi kena air, kira macam kalis air lah. Syukur lega hatiku sebab sikit je. Aku banyak tanya macam mana nak jaga yang dekat peha ammar tu sebab aku tak boleh bayangkan rupa jahitan kat peha ammar tu.

Ammar merengek-rengek nak susu. bu… cu… bu… cu… Aku bagi dia air masak, banyak juga dia minum. Kemudian ammar dipindahkan dar katil bilik bedah ke katil yang disediakan. Ammar merengek-rengek tak nak baring, menggigil takut pun ye tak selesa pun ye. Lepas dah pakai pampers aku bersila atas katil tidurkan ammar. Sekejap-sekejap merengek, kesian dia.

Kitorang lama kat situ sebab ammar muntah susu jadi kena tunggu lagi, kalau dia masih muntah-muntah kena tahan wad tapi syukur lepas 2 jam ammar ok takde muntah & 4.30 pm doc pakar bius datang sign borang untuk keluar. Lega dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

Lepas ambil kakak, terus balik rumah. Kat rumah mula-mula ammar ok baring je, dapatlah aku buat kerja sekejap. Malam masa nak tidur dia dah mula merengek-rengek, sepanjang malam tak cukup tidur, kesian ammar, aku sendiri pun dah tak larat.

Patutnya aku cuti esok tapi sementelah hubby tak kerja ni biarlah dia jaga, esok hubby bawa ammar ke rumah mak diaa, apa-apa hal senang dekat dengan PPUM.

No comments:

Tabung Purba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...