Sunday, August 30, 2026

Patutnya Dah Tahu


Peraturan parking sebenarnya tak susah pun nak faham, cuma bila kita rasa  'Tak apa kot, kejap je..'. Biasanya perkataan kejap itulah yang akhirnya jadi cerita panjang. Bila dah menghalang laluan, menyusahkan orang dan mengundang masalah, baru nak rasa menyesal? Padahal dari awal dah tahu.
  1. Jangan parking di laluan keluar masuk atau tepi jalan secara haram.
  2. Rujuk No. 1.
  3. Kena sodok atau sagat? Jangan panik atau gelabah.
  4. Rujuk No. 2.
  5. Kena saman atau towing? Bayar je.
  6. Rujuk No. 2.
  7. Itu namanya 'yuran pembelajaran'.
  8. Masih tak faham? Sila rujuk No. 2.


Jangan salahkan orang.
Jangan salahkan nasib.
Kadang-kadang, kita sendiri yang menjemput masalah datang bertandang.


Mudah je sebenarnya. Kalau tak mahu saman, jangan parking salah tempat. Kalau tak mahu kena towing, jangan menyusahkan laluan. Kalau tak mahu menanggung kerugian, jangan buat benda yang memang mengundang kerugian. Lain kali nampak tempat parking yang tak sepatutnya, ingat satu benda saja — Rujuk No. 2.

#RemajaPurba: ..

1 comment:

  1. Benda tu kdg2 tak perlu diajar hanya perlukan kefahaman sendiri mengikut akal yg normal..

    ReplyDelete

AdSense

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...