31 Ogos 2026 | Isnin [18 Rabiulawal 1448H]
Lahir di tanah yang sama, membesar dengan pelbagai cerita, budaya dan warna yang berbeza. Kita mungkin tak sama latar belakang, tak sama cara hidup dan tak sama pandangan tapi kita berkongsi satu perkara yang sama — kita rakyat Malaysia.
Menjadi anak Malaysia bermaksud kita ada tanggungjawab untuk menjaga apa yang telah diwariskan. Bermula dengan perkara kecil — menjaga adab, menghormati orang lain, mematuhi peraturan dan tidak menyusahkan orang sekeliling. Menghargai keamanan yang kita ada, menghormati perbezaan dan belajar untuk hidup bersama tanpa menjadikan perbezaan sebagai alasan untuk bermusuh.
Hebatnya aura lagu Negaraku.
Walau di mana kita berada tetap mampu buat kita berhenti sekejap dan ingat siapa kita.
dari [SINI]
Ingatlah..
Kita anak Malaysia.
Ini tanah air kita.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.
Merdeka..!
— Jangan lupa —
Mengkritik kerana mahu melihat negara menjadi lebih baik itu berbeza dengan tidak menghargai apa yang kita ada.
Semoga negara kita terus aman, bersatu padu dan kita belajar menjadi rakyat yang lebih baik serta Malaysia sentiasa menjadi tempat yang selamat untuk kita panggil rumah.
No comments:
Post a Comment