13 Ogos 2026 | Khamis [29 Safar 1448H]
Kisah ni sebenarnya bukan semata-mata nak menyebelahi caller tapi nak buka perspektif yang lebih luas tentang beban kerja yang terpaksa ditanggung akibat colleague tidak hadir. Cuma yang selalu hilang dalam perdebatan macam ni ialah empati kepada pihak yang satu lagi — bukan menghentam working mom, bukan juga membela caller secara membuta tuli.
Ada antara suara dalam komen-komen tu:
- Ada yang simpati kepada caller kerana penat menanggung kerja colleague.
- Ada yang mempertahankan working parents.
- Ada yang rasa DJ sepatutnya dengar dahulu sebelum membuat kesimpulan.
- Ada juga komen yang sudah terlalu jauh sampai mendoakan perkara yang bukan-bukan.
Isu ni memang meletup!
Sepatutnya DJ dengar dulu sampai habis, jangan cantas apa yang cuba disampaikan oleh caller. Kesannya, ramai mak-mak yang terkesan dan merentan hanya kerana ayat last caller tersebut. Aku tak rasa dia akan menjawab sampai macam itu sekiranya dia tidak di provoke. Burnout sebab kerja jangan buat main ye.
'Saya rasa saya boleh je susun masa saya'.
'Tak apa, saya boleh urus masa saya'.
Realiti bagi isu ini, ramai yang trigger dengan jawapan caller tersebut hingga menjadi perbualan hangat. Ada yang mempertahankan anak sakit bukan sesuatu yang boleh dirancang. Itu betul.. tapi empati sepatutnya berjalan dua hala. Kalau kita mahu orang memahami keadaan seorang ibu yang terpaksa mengambil EL kerana anak sakit, kita juga perlu cuba memahami keadaan colleague yang berkali-kali terpaksa mengambil alih kerja tersebut.
Bila baca komen dari netizen, aku tak bersetuju dengan komen-komen yang sampai mendoakan perkara buruk kepada caller seolah-olah mereka pula yang tersakiti. Kita boleh tidak bersetuju. Kita boleh terasa. Kita boleh mempertahankan pendirian masing-masing TAPI tak perlulah sampai mendoakan yang bukan-bukan. Kebanyakkan komen yang mendoakan yang buruk tu sangat 'menyeramkan' dan aku pula yang takut membacanya.
Single pula tidak bermaksud dia tiada kehidupan. Dia mungkin ada ibu bapa yang perlu dijaga. Ada masalah sendiri. Ada komitmen yang kita tidak tahu dan ya.. dia juga berhak untuk mempunyai kehidupan di luar tempat kerja. Jangan kerana seseorang itu tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak, kita terus menganggap hidupnya lebih lapang dan kerjanya boleh diserahkan kepadanya apabila kita tidak dapat hadir bekerja. Jangan begitu..
Mungkin sudah tiba masanya management melihat semula bagaimana tugasan diagihkan. Mungkin perlu ada backup. Mungkin perlu ada sistem supaya beban tidak jatuh kepada orang yang sama setiap kali seseorang tidak hadir. Mungkin juga kedua-dua pihak perlu belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik supaya tiada yang sampai tahap burn out.
- Untuk colleague yang mempunyai anak dan sering memerlukan EL — cuba fikirkan kesannya kepada orang yang selalu membantu menampung kerja.
- Untuk colleague yang selalu diminta cover — jangan pendam sehingga meletup. Kalau beban sudah terlalu berat, suarakan kepada management. Fight for your right too.
— Cuba pandang dari sudut perspektif yang lebih luas —
Kalau kita mahu difahami, kita juga perlu belajar memahami.
Dalam dunia pekerjaan, bukan seorang je yang perlu dijaga.
Working parents perlu empati.
Working colleagues juga perlukan empati.
Management pula perlu ambil peduli, jangan tutup mata dan berat sebelah.
Mereka yang merentan atas alasan 'anak nak dengan ibu, tak nak dengan ayah..' itulah yang menyebabkan mereka terpaksa EL tapi sesusah mana pun situasi tersebut, the key is 'urus masa dengan betul'. Aku pun, anak-anak nak dengan aku sebab mereka jarang dapat berjumpa Babah deme. Waktu dak Kakak dengan dak Adik masih kecil aku struggle sebab aku dan en. Hubby LDR.
Aku pernah berhadapan situasi dak Adik yang perlu kerap ke hospital mendapatkan rawatan pakar untuk kaki dan tangannya. Pernah seminggu dak Adik dimasukkan ke hospital, aku pula terpaksa ulang-alik dari rumah, hospital dan tempat kerja. Waktu itu.. aku bersyukur. Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh mereka yang baik-baik – baik dari sisi keluarga, tempat kerja mahupun mereka di hospital.
Like I say.. the key is 'urus masa dengan betul'. Jangan merentan.
#RemajaPurba: Balance is the key ..
Uncle terlepas ni... anti uncle dengar
ReplyDelete