13 Ogos 2026 - Khamis [29 Safar 1448H]
Menjadi kidal bukan sesuatu yang perlu disorok atau dirasakan pelik. Setiap manusia diciptakan dengan keunikan masing-masing. Mungkin cara kita berbeza tapi itu tidak pernah bermaksud kita kurang daripada sesiapa. Apa yang penting, belajar menyesuaikan diri, menjaga adab dan menghormati perbezaan.
Siapa Kidal, kita geng..
Hari ini, kita raikan mereka yang menggunakan tangan kiri — kerana berbeza itu juga satu keistimewaan.
#RemajaPurba: Berbeza tangan, sama nilai..
#RemajaPurba: Berbeza tangan, sama nilai..

Suami dan anak sulung Linda orang kidal
ReplyDeleteSaya dengan anak no. 2 - dak Adik
Deletekat rumah ni dak Aish sorang je kidal
ReplyDeleteSaya pulak ada geng - anak bujang saya.
DeleteArwah bestfriend ammi kidal. Teringat masa sekolah kita kena buat kaligrafi. Kononnya ammi sorang jelah beli pen tu nanti kita share pakai. Sekali ammi tulis ok je, sampai kat dia terkoyak kertas. Rupanya org tangan kiri kena pakai pen lain sebab serong mata tu berbeza.
ReplyDeletePastu ada sekali ammi beli gunting. Manjang jelah ammi gunting tak boleh nak straight walaupun dah buat garisan lurus sebelum menggunting. Rupanya yg ammi beli tu gunting untuk org kidal. Aduhaiiii baru tau. Apa-apa pun korang special
Dulu waktu kecil rasa malu bila guna tangan kiri tapi makin lama, bila tengok ada kawan yang kidal juga, rasa seronok dan bangga.
DeleteSaya 60% kidal - computer, basuh pinggan mangkuk, drive, buat kerja2 teknikal semua kidal . Menulis memotong itu kanan
ReplyDeleteSaya menulis je guna tangan kanan sebab waktu saya kecil dulu arwah atok pernah cakap 'tak baik menulis guna tangan kiri' dan sejak itu saya belajar menggunakan tangan kanan untuk menulis. Tangan kiri masih boleh menulis tapi tidaklah selancar tangan kanan.
DeleteBerbanding anak no. dua saya - dak Adik.. dia 100% kidal.