Ada masanya kita perlu mengutamakan diri sendiri. Bukan kerana pentingkan diri tapi kerana kita sedar bahawa kesihatan, ketenangan dan kesejahteraan diri juga perlu dijaga.
Kalau hari ini terasa berat, rehatlah sekejap. Kita bukan WiFi yang perlu sentiasa laju dan berfungsi tanpa henti. Ada masanya badan penat, fikiran berserabut dan emosi meminta ruang untuk dipulihkan. Hidup ini memang begitu. Ada hari tenang, ada hari huru-hara. Kadang-kadang belum sempat satu masalah selesai, datang pula masalah yang lain — seperti di [SINI].
Aku tak boleh biarkan diri terlalu penat hingga akhirnya tumbang. Pengalaman lalu mengajar aku bahawa kesihatan perlu diutamakan. Aku tak mahu lagi 'staycation' di hospital hanya kerana gagal menjaga diri sendiri.
Usia mengajar kita bahawa menjaga diri bukan tanda kelemahan tapi tanda kita semakin menghargai kehidupan.
#RemajaPurba: Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri.

No comments:
Post a Comment