28 Jun 2026 - Ahad [12 Muharram 1448H]
Sambungan dari [SINI]
Pagi..
Sebaik sahaja terjaga, perkara pertama yang aku buat ialah check lutut sendiri. Alhamdulillah.. rasa sakitnya semakin berkurangan.
Kenapa nak jumpa dak Kakak?
Selain nak belikan barang keperluan dan stok makanan untuknya, tujuan utama kami datang — nak luangkan masa bersama. Sekurang-kurangnya dapat buat dak Kakak gembira, hilangkan rasa sunyi dan kurangkan sedikit tekanan yang sedang hadapinya.
Tengah hari..
Kami mencari tempat makan yang ringkas dan tidak terlalu sesak. Aku dan anak-anak memang cepat rasa rimas kalau kedai makan ramai orang. Makan dalam suasana yang tenang lebih membuatkan kami selesa. Menu pun simple je sebab takut mengantuk waktu drive balik nanti.
Petang..
Selesai urusan dengan dak Kakak, kami pun memulakan perjalanan pulang. Penat memang penat tapi hati terasa lega kerana dapat meluangkan masa bersama beliau. Semoga sedikit kehadiran kami mampu menceriakan harinya.
Malam..
Badan letih — masa untuk berehat. Esok dah kena kembali bekerja dan rutin harian pun bermula semula.
No comments:
Post a Comment