Dahulu..
Kalau boleh semua kenderaan di depan nak dipotong. Pantang nampak jalan kosong, kaki ringan menekan minyak.
Sekarang..
Aku lebih memilih untuk memandu dengan santai cuba mengelakkan diri daripada tekanan yang tidak perlu dan nak jaga tangki emosi sendiri. Asalkan selamat sampai ke destinasi, itu sudah lebih daripada mencukupi.
Seperti baru-baru ini, ketika berada di belakang sebuah lori tangki yang berkilat sehingga jelas memantulkan kenderaan di belakangnya. Kalau hendak dibandingkan dengan Mr. Black, rasanya lori tangki ni jauh lebih berkilat. Geram pula melihatnya kerana nampak begitu bersih dan terjaga.
Sesekali berada di belakang lori tangki yang berkilat seperti ini memang menghiburkan. Rasa seolah-olah sedang melihat pantulan diri sendiri di hadapan cermin gergasi yang bergerak di atas jalan raya. Walau ada ruang yang cukup untuk aku memotong lori tangki ni tapi rasa teruja pulak berada di belakangnya.
Mungkin nampak biasa pada orang lain tapi bagi aku, moment seperti inilah yang kadang-kadang mencuri perhatian dan menceriakan perjalanan. Sampai rasa mengantuk pun boleh hilang.
Apabila kita belajar menikmati perkara-perkara kecil, perjalanan yang biasa pun mampu meninggalkan kenangan yang luar biasa.
Semoga setiap perjalanan dipermudahkan dan kita semua sentiasa dilindungi daripada sebarang perkara yang tidak diingini.. Aamiin..

No comments:
Post a Comment