Ada makanan yang kita suka bukan semata-mata kerana rasanya yang sedap tapi kerana kenangan yang hadir bersama setiap suapan. Walau bertahun-tahun telah berlalu, ada menu tertentu yang mampu membawa kita kembali kepada kenangan yang pernah kita lalui.
Aku..?
Salah satunya Som Tam.
Som Tam merupakan sejenis salad tradisional yang terkenal dari Thailand. Hidangan ini terkenal dengan gabungan rasa masam, masin, manis dan pedas yang menjadikannya pembuka selera yang sangat popular.
Bahan utama somtam ialah betik muda yang diparut halus. Bahan lain yang biasa digunakan antaranya kacang panjang, cili padi, kacang tanah panggang, jus limau nipis, sos ikan dan boleh google je resipinya. Semua bahan ini akan ditumbuk menggunakan lesung bagi memastikan rasa sebati tanpa menghancurkan tekstur bahan-bahan yang digunakan.
Kenapa Som Tam?
Aku mula mengenali Som Tam ni waktu mengandungkan dak Kakak dulu ketika makan di sebuah kedai makan berhampiran rumah myMIL.
Kedai makan tu orang panggil kedai maknyah sebab ada antara mereka lelaki 'lembut'. Mereka lembut tapi bukan jenis ala-ala gedik dan layanan mereka pada pelanggan pun baik.
Menunya lebih kurang sama je macam kedai makan lain dan setiap kali datang aku mesti order Som Tam tapi dengan syarat, aku cuma mahu seorang tukang masak tu je yang buatkan untuk aku. Kalau orang lain yang buat, aku tak nak makan — en. Hubby cakap itu pembawakan budak.
Sekarang?
Tiap kali aku makan Som Tam, kenangan waktu itu pasti muncul semula dalam ingatan. Kadang-kadang makanan bukan sekadar tentang rasa tapi ada antaranya mengingatkan kita kepada seseorang atau moment yang pernah mewarnai kehidupan. Bagi aku, Som Tam akan sentiasa menjadi salah satu daripadanya.
#RemajaPurba: ..
No comments:
Post a Comment