Monday, April 27, 2026

Gosok Baju Nikah - Berdebar Lain Macam!

 
Hari Jumaat lepas, ketika kebanyakan orang sudah lena dibuai mimpi, en. Hubby tiba-tiba 'terlebih gula' mengajak aku dan dak Nuha untuk mengemas dapur. Maka bermulalah misi kami — mengalih rak dari kiri ke kanan, dari belakang ke depan.

Dari pukul sepuluh malam hingga hampir pukul dua pagi, kami mengemas, menyisih dan membuang mana yang tak lagi diperlukan. Ada juga beberapa barang catering milik en Hubby yang akan dilepaskan kepada kawannya. Selebihnya, ada barang yang kami letakkan di luar rumah — yang ini tunggu dak Adik balik dari selatan esoknya.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

25 April 2026 - Sabtu [7 Zulkaedah 1447H]

Pagi..
Mengambil dak Adik di Terminal di situ. Hampir sejam dia menunggu — semuanya gara-gara aku lewat keluar rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dalam keadaan kepala berdenyut menahan migrain, aku tetap gagahkan diri memandu. Malas nak layan sangat sakit ni, nanti habis semua benda terasa serabut. Punca migrain ni datang akibat tidak cukup tidurt dan kepenatan mengemas rumah.


Tengah hari..
Alhamdulillah, sebaik sahaja tiba di Terminal di situ dan ambil dak Adik, aku terus bertukar tempat dengan en. Hubby — kali ini aku jadi co-pilot saja. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Gombak untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah myFIL.


De Cassa Mahligai Wedding & Event di Batu Caves


Memandangkan aku tidak mengenali sesiapa di sana, aku hanya duduk diam di sisi dak Adik dan dak Nuha. Tambahan pula kepala masih berdenyut menahan migrain, nak berbual pun terasa berat.

Tak lama kami berada di majlis tersebut, kami pun mohon diri untuk beransur pulang. Aku tak sabar nak balik berehat di rumah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

26 April 2026 - Ahad [8 Zulkaedah 1447H]

Menghadiri kenduri kahwin en. Awe, saudara a.k.a jiran sebelah rumah kami yang berlangsung di rumah mertuanya di sini. Alhamdulillah, suasana majlis sangat meriah dan penuh dengan kemesraan.


Luas kawasan rumah pengantin perempuan

Selamat Pengantin Baru buat en. Awe dan psangannya pn. Sidah
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat


Berdebar Lain Macam Bila Gosok Baju Nikah Pengantin Lelaki


Semalamnya, kali kedua beliau meminta bantuan aku untuk menggosok baju Melayu yang bakal dipakai pada hari nikahnya. Sebelum ini pun pernah — waktu dia hendak menunaikan umrah, dua helai jubahnya aku yang gosokkan. Tadi, bila bertemu beliau bersama pasangannya, sempat juga aku mengusik.. 'Lepas ni takde dah hantar kat rumah kami untuk gosok baju sebab dah ada orang jaga'.


Petang..
Kami sambung mengemas rumah, kali ni en. Hubby dan dak Adik mengemas di bahagian luar rumah dan dak Nuha menemani aku di dapur. Semuanya gara-gara cikTi — terpaksa mengerah tenaga mengemas semuanya.


Malam..
Rezeki kami.. en. Awe menghantarkan lauk kenduri buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, esok tak perlu masak — ini pun satu nikmat yang patut disyukuri.

Dalam masa yang sama, aku dah pasangkan perangkap untuk cikTi. Tunggu masa aje.. selagi tak kena, rasa geram je hati ni cuma aku risau dak Jasmine pulak yang makan umpan tu.

#RemajaPurba: ..

18 comments:

  1. Wahh besar tanggungjawab menggosok tu ya
    Alhamdulillah majlis semua berjalan lancar
    Baju pon selamat di iron kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. selesai majlisnya. Rasa lega bajunya elok kemas dipakai.

      Delete
  2. Sakit hati betul dengan CikTi itu. Kadang-kadang bijak CikTi ni tak makan perangkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sehingga hari ni, masih belum masuk perangkap lagi.

      Delete
  3. Wow..Mmg brdebar2 gosok baju pengantin ni sis...=D

    ReplyDelete
  4. Sy pun takut nak gosok baju pengantin... takut terbakar ke huhu ...
    Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ...
    btw sy tag akak utk segmen in case akak berminat... Boleh join.. Takda paksaan https://www.siinurul.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. berdebar2 rasanya..

      Tag untuk segmen tu.. ok will update soon

      Delete
  5. https://belogsjm.blogspot.com/2026/04/tag-berantai-jom-berkenalan-jmbelog.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tag untuk segmen tu, will update soon.

      Delete
  6. Kenapa berdebar tu MakBudak.. hehe, terkenang memori lama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar-debar sebab gosok baju orang, bukan baju sendiri.

      Delete
  7. Kenapa pararaph di atas sekali tu berulang ye? Sy ingt sy yg salah baca 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana boleh berulang ayat yang sama ni.. Terima KakMim, telah diperbetulkan.

      Delete
  8. Bagai pinang dibelah dua pengantinnya!

    ReplyDelete
  9. ya allah kak, saya pikir siapalah cikti yg dimaksud kan... ntah2 saudara yang nak dipasang umpan untuk nanti menikah hahahahahha... ternyata tikus yaaa hihihihi

    luar biasa encik suami yaaa, sanggub beres2 rumah jam 10 malam sampai 2 pagi hahahahaha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemas waktu malam sejuk sikit sebab siang dekat sini panas sangat.

      Delete
  10. Selamat PengantinBaru buat En Awe dan Pn Sidah, moga berbahagia selamanya

    ReplyDelete

Ingatan Purba

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...