17 April 2026 - Jumaat [28 Syawal 1447H]
Selepas beberapa kali sesi perbincangan, akhirnya gabungan dari tiga bahagian kecil menetapkan tarikh ini bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat aras di tempat kerja. Apa yang berlaku behind the scene, biarlah menjadi kenangan.
Selepas beberapa kali sesi perbincangan, akhirnya gabungan dari tiga bahagian kecil menetapkan tarikh ini bagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat aras di tempat kerja. Apa yang berlaku behind the scene, biarlah menjadi kenangan.
Pukul satu pagi..
en. Hubby baru sampai rumah dari tempat kerja, terus bakar lemang sebab tempat kerjaku telah menempah awal cuma kebetulan en. Hubby terpaksa lewat pulang.
Pagi..
Sebelum subuh — en. Hubby telah siap memotong dan menyusun dalam tray makanan, aku tinggal membawanya ke tempat kerja bersama lemang periuk kera.
Pagi.. di tempat kerja
Persiapan berjalan dengan semangat kerjasama — paling penting, ringan tulang, bukan sekadar mengarah itu ini. Dalam sibuk potong buah, boleh pulak jari sendiri terhiris, patut rasa pedih bila terkena air tapi itu tidak sedikit pun mengganggu tugas.
Majlis dimulakan pukul 11:30 pagi, diawalkan sedikit memandangkan hari Jumaat dan team lelaki perlu bersiap lebih awal untuk menunaikan solat Jumaat. Ini pun menarik juga - PMX, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan tempat kerjaku.
Dengan pelbagai juadah terhidang — suasana bertukar santai dengan aktiviti makan, berbual, berkaraoke dan melayani tetamu yang hadir.
Aku..?
Sempat juga membelek tugasan hakiki yang menunggu. Dunia aku.. cara aku.
Gambar..?
Memang ada banyak tapi sebab Mak Budak sekarang dah tak lagi berstatus #PerasanSlim — [ada kisah pahit manis #PerasanSlim dalam blog ni]. Sekarang ni.. bezanya bukan sedikit. Kamera pun kalau boleh nak auto-blur sendiri. Jadi, daripada terus menjadi mimpi ngeri, lebih baik Mak Budak jadi photographer tak rasmi je.
Aku kongsikan gambar makanan mewakili keseluruhan cerita.

Dihujung sana — bubur nasi + kuih-muih
close up sikit
Laksa Penang — lupa nak ambil gambarnya

Sate pun ada

Bukan hasil potongan aku
Aku potong buah jambu batu dan mangga
Gambar air lupa nak ambil..
Necafe, Teh Tarik, air buah, air detox menghiasi meja hidangan
Apa yang aku makan..?
Dengan pelbagai menu raya yang terhidang — laksa, bihun sup, nasi minyak, ayam masak merah, lemang, rendang tapi aku? — bubur nasi menjadi pilihan hati hingga menambah dua kali. Kenyang dibuatnya. Sambil menikmati hidangan pilihan hati, sempat juga aku ulang tayang entah kali ke berapa drama Pursuit of Jade di [SINI].
Bubur Nasi
Alhamdulillah..
Penat, kenyang dan pastinya meriah — semua lengkap.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Buat team di tempat kerja..
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang sama-sama menggembleng tenaga bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat aras di sini. Majlis terasa begitu meriah dengan pelbagai juadah dari — Timur ke Barat, Selatan ke Utara (lirik lagu ni).
Dengan rendah diri, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau ada yang terasa hati sepanjang majlis berlangsung.
Terima kasih buat semua yang membantu dari awal hingga akhir, I really appreciate it (keluar pula loghat kampungnya). Panjang umur, murah rezeki, badan sihat dan kuat.. InsyaAllah jika ada kesempatan, kita bertemu lagi pada tahun 1448H. Kita semua rakyat Malaysia, harmoni saling-menghormati (lirik lagu ni).
#RemajaPurba: Alhamdulillah..










No comments:
Post a Comment