Ketika kali pertama Atiey dimasukkan ke hospital di sini, aku tidak terus pergi melawat. Aku beri ruang kepada yang lain terlebih dahulu. Walaupun dak Allyn, salah seorang daripada group kami ada mengajak, aku tetap menolak. Entah kenapa, hati terasa berat untuk melangkah waktu itu.
30 Januari 2026 - Jumaat [11 Syaaban 1447H]
Pada tarikh ini.. Allah beri ruang dan peluang buat aku menziarahi Atiey. Ditemani beberapa rakan dari tempat kerja, pergi melawat pada waktu rehat. Sampai sahaja di wad, rezeki kami — jururawat sedang menguruskan Atiey dan meminta kami membantu menyuapkan makanan. Atiey makan, namun dalam keadaan separa mamai dan sedikit meracau.
Memang pada awalnya aku masih mampu menahan air mata tapi saat aku bergerak untuk pulang — memberi ruang kepada yang lain untuk melawat, akhirnya tumpah juga waktu Atiey sempat memberitahu jururawat, 'Ini kakak saya..' diulangnya dua kali kepada jururawat yang datang membantu Atiey. Berjuraian air mata di sebalik pelitup muka yang aku pakai.
Lebih meruntun hati, Atiey pula yang memujuk aku.. 'Jangan nangis, akak kena strong..' Sempat aku mencium kepalanya sebelum melangkah keluar. Tiba di lobi utama, sementara menunggu en. Grab sampai, sekali lagi pecah empangan air mata — bila nampak kelibat kak Yanz yang juga salah seorang sahabat kami.
Selang tak lama selepas hari aku melawat, Atiey akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila dia sekali lagi dikejarkan ke hospital. Kali ini, aku tidak berkesempatan untuk menziarahinya. Hanya doa yang mampu aku kirim dari jauh, sambil bertanya khabar melalui group WhatsApp. Bila dikenang kembali, terbit rasa terkilan di hati kerana tidak sempat untuk menziarahi Atiey ketika dia dirawat di hospital tersebut.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
08 Mac 2026 (10:30 am) - Ahad [18 Ramadan 1447H]
Tarikh inilah, Atiey buat video call dalam group WhatsApp kami. Kebetulan, aku sedang mengadap laptop, perasan ada panggilan masuk. Aku ni jenis yang silent kan notifikasi panggilan WhatsApp, jadi memang kalau ada yang call atau video call, aku selalunya takkan perasan.
Teruja sungguh aku masa tu bila dapat berkomunikasi dengan Atiey. Sempatlah kami berbual seketika, bertanya khabar. Dalam diam aku screenshoot wajah Atiey ketika itu. Sahabat yang lain — kakYanz, kak GJa, Lalink Sue dan Allyn bukan tak respond tapi faham kedaan masing-masing ada urusan.
Atiey ada meminta pes kari daripada en. Hubby tapi dia kata, tunggu sembuh dan pulang ke rumah nanti, dia mahu en. Hubby buatkan. Aku sempat bertanya, jika mahu sekarang kami boleh hantarkan ke hospital, namun Atiey menolak. Rupanya itulah kali terakhir aku berkesempatan berbual dengannya.
'Atiey tipu akak..'
Terasa terkilan yang sukar digambarkan kerana tidak berkeras untuk menghantarnya ke hospital ketika itu. Kenapa.. kenapa waktu itu aku tidak lebih tegas..?
Kadang, yang sedang bertarung dengan kesakitan itulah yang mengajar kita erti kekuatan dan dalam pelukan yang singat, tersimpan doa yang panjang.. yang hanya Tuhan benar-benar mengerti.
#RemajaPurba: ..


No comments:
Post a Comment