Kadang-kadang kita tak sedar, perkara kecil yang kita buat secara konsisten itu sebenarnya diperhatikan orang. Bukan untuk dipuji tapi cukup sekadar menjadi tanda bahawa kita masih setia dengan apa yang kita minat. Menulis di blog, bagi aku.. bukan sekadar hobi — tapi ruang untuk aku 'bercakap' dengan diri sendiri dan menyimpan kenangan yang mungkin suatu hari nanti aku akan baca semula.
Ada sahabat yang bertanya..
'Rajin akak update blog, bertahun-tahun masih setia dengan blog'.
Ada entry yang aku pernah share dengan dia, juga dalam group kami #RemajaPurba.
Dari mana datangnya nama blog aku ni?
Daripada salah seorang sahabat — Kak Yanz. Aku suka bunyinya dan tak fikir panjang terus jadikan sebagai nama blog. Blog ini memang wujud kerana dak Adik tapi nama itu sendiri lahir daripada idea Kak Yanz. Luv u Kak Yanz..
Aku memang suka menulis.. lebih-lebih lagi bila hati tak tenang. Kadang-kadang bermula dengan satu perenggan, boleh jadi seperti karangan dua muka surat penuh. Dalam marah aku menulis tapi gaya bahasa tetap aku jaga. Aku tak akan terus publish — aku simpan dalam draf. Sebab itu, banyak entry yang masih tersimpan dalam draf. Bukan tak mahu kongsi tapi aku tak mahu tulisan dalam blog aku ni terlalu sarat dengan emosi. Marah atau kecewa itu biasa tapi cara kita menyampaikan — itu pilihan.
Walaupun tak seindah tatabahasa di dalam karangan Bahasa Melayu, aku tetap cuba menulis dengan baik. Memegang pesan en. Hubby.. 'Nak tulis boleh tapi jangan berlebih-lebihan'.
Tak semua yang kita rasa perlu diluahkan segera — kadang-kadang yang ditapis itulah yang paling bermakna.
Sebab itu, setiap kata aku pilih dengan hati-hati — bukan untuk sempurna tapi untuk jujur pada diri sendiri.
Saya setuju sangat dengan post ni sebab ada banyak persamaan. Bila menulis di blog terasa ada satu perasaan puas. Kemudian boleh baca semula penulisan kita dengan perkongsian gambar dan ditambah sokongan rakan bloggers yang lain. Menarik. Keep it up!
ReplyDeleteBlog ini… adalah tempat berbicara.
ReplyDeleteTentang rasa, tentang apa yang dilalui.
Bukan untuk menyentuh sesiapa. Bukan untuk mengganggu sesiapa.
Cuma ruang kecil — tempat menulis untuk tenangkan hati sendiri.
Menulis blog pada sy terapi... Kdg apabila emosi sy lebih suka menulis...
ReplyDeleteYa perasan blog ini banyak meluahkan perasaan. Bagus dapat luahkan dengan cara baik.
ReplyDeletebetuuul... awal2 dulu saya menulis nyaris tanpa filter... kalau makan di suatu tempat dan tak sedap, saya tulis langsung tak sedap... tapi skr, saya memilih untuk menghaluskan bahasanya, bahkan kalau perlu, tak usah ditulis sajalah. lebih memilih mereview tempat makan yg memang dah sesuai dengan selera saya
ReplyDelete